You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Penulis yang berjaya menyelitkan unsur pengajaran secara ‘hidup’ di sebalik kisah-kisah yang dipaparkan.- Ain Maisarah [Penulis Best-Seller Novel Remaja] Travelog Cinta Abadi: Masa yang Berlalu adalah sebuah autobiografi yang ‘tawaduk tetapi mesra’ dan berupaya mengusik sukma pembacanya. - Zaid Akhtar [Pengarang Sesegar Nailofar, Rona Bosphorus, Justeru Impian di Jaring dan Salju Sakinah] Keistimewaan Travelog Cinta Abadi : Masa Yang Berlalu ini terletak pada cara setiap kisah digarap sehingga menimbulkan tanda tanya yang mengujakan. Pembaca jadi setia mengikuti perjalanan kisah pengarang dan juga beberapa insan tersayang di sisinya. Nisah Haron [Novelis Terkenal, Lentera Mustika]
Masya Allah, Subhanallah, Allahuakbar. Sungguh, saya rasa teruja apabila dikhabarkan ketiga-tiga buku, iaitu Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman (THMSI), Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok (TDMHE), dan 50 Tip Motivasi Haji (50TMH) hasil karya bersama PTS akan diterbitkan semula sebagai buku tunggal. Ia memberi makna mendalam kepada perjalanan kehidupan saya bersama pembaca. Tentu sekali saya masih terkenang bagaimana teragak-agaknya hati dan perasaan ketika menghulurkan manuskrip THMSI kepada Puan Ainon Mohamad (Pengerusi PTS) pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007. Sepatah komen beliau, “Buku ini akan memberi kesan motivasi besar kepada khalayak pembaca.” Beliau menolak rasa ti...
Travelog Kehidupan Abadi, Perjalanan Menuju Dewasa membenarkan saya berfikir dan merenung kembali sebagai seorang lelaki, ayah, dan insan yang sedang menuju kedewasaan yang hakiki. Ini adalah sebuah buku yang tidak khusus buat wanita semata-mata. Prof. Madya Dr. Mohd. Nizam Mohd. Said, Pensyarah Ekologi, Universiti Kebangsaan Malaysia Penulis sentiasa menyelitkan unsur-unsur ketuhanan dan kemanusiaan yang menyentuh jiwa. Teguran bersahaja tetapi tepat dapat dijadikan pengajaran kepada semua pembaca. Roshanilawatey Jusoh, Pendidik, Kota Bharu, Kelantan Sebagaimana siri yang terdahulu, Travelog Kehidupan Abadi: Perjalanan Menuju Dewasa ini meneruskan perjalanan penulis mencari cinta abadi milik Allah. Buku ini adalah sambungan daripada perca hidup penulis. Paling menarik penulis menceritakan kisah lintasan hati seorang anak kecil yang ingin ke luar negara. Ia adalah hasrat hati yang tidak pernah luntur.
“Kreativiti sambil melihat sesuatu isu dalam keadaan sedikit berbeza memberi kesan yang luar biasa kepada khalayak pembaca.” Jika sebaris ayat yang diperlukan, itulah yang ingin saya simpulkan setelah membaca manuskrip 50 Tip Motivasi Haji & Umrah. Begitulah ilmu Allah, sesuatu yang tidak difikirkan oleh orang lain,boleh menjadi sumber panduan kepada yang lain.Petua-petua yang dikemukakan kelihatan biasa tetapi dijadikanluar biasa oleh kedua-dua penulis dengan mengekalkan nilai-nilaisantai dan bersahaja. Bagi saya, ia anugerah Allah kepada penulisbuku ini, Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim dan Puan Raudzah Roslan. Isu-isu yang ditonjolkan disampaikan dengan cara yangsangat mudah sehingga khalayak pembaca tidak menyedari yangia merupakan satu isu besar. Isu menduakan Allah, berpuasa tahaptinggi dan konsep mengingati Allah secara istiqamah dihujahkandengan penuh kasih sayang.Ia sebuah buku yang mahu dan boleh dihabiskan secepatmungkin tanpa berlalu begitu sahaja. Ia akan diulang bacaterutamanya bagi bakal jemaah haji dan umrah yang inginkansesuatu yang terbaik. Ia menyentuh hati dan saya berasa damaiapabila selesai membaca manuskrip ini. Kamaruddin Majid, Penasihat Agama UiTM
Ada banyak doa yang terkandung dalam buku ini. Doa-doa itu dapat digunakan sesiapa sahaja yang membacanya. Berdoa tidak semestinya dalam bahasa Arab, malah bukankah doa itu menjadi lebih bermakna apabila kita berdoa dalam bahasa yang kita fahami. - Nisah Haron, penulis dan peguam Roza menyingkap dan mentafsirkan makna kehidupan yang dilaluinya daripada sudut ketuhanan. Bagaimanakah seharusnya kita memaknai dan mengisi kehidupan ini supaya memberi saham besar ketika menuju ke destinasi abadi. Sudahkah kita mengharungi kehidupan ini mengikut landasan yang benar dan betul. Mungkinkah kita lebih banyak dikuasai dan dipengaruhi oleh emosi melulu dan bukan akal sihat sesuai dengan ajaran Allah. - ...
Relaks betul membaca naskhah ini! Rasa seperti menonton drama di televisyen. Boleh baca sambil makan bertih jagung. Pendekatan dakwah yang cukup santai dan bersahaja hingga kepala pun tak rasa berat mahu menghadam intipati mesejnya. Topik yang diketengahkan berkisar tentang isu biasa yang sentiasa berlegar-legar di sekeliling kita namun dikupas dengan ketinggian ilmu dan ketegasan penulisnya. Alhamdulillah, Berdamai Dengan Takdir adalah naskhah yang sangat sesuai untuk mereka yang mahu memelihara dan memulihara hati agar sentiasa tenang dan redha dengan takdir Allah. Tahniah Puan Rohamiah!
Buku Implementasi Studi Banding Perpus takaan ini menjadikan momentum bagi seluruh pustakawan, staf dan civitas akademika UMSU untuk pengembangan perpustakaan UMSU dan menjadi laporan kepada Rektor UMSU atas pelaksanaan kegiatan tersebut.
“Ia bukan isu tandas tetapi bangunlah untuk berqiamullail. Bukankah itu tujuan sebenar kenapa ibadah haji mahu dilaksanakan?” Kami tidak menyangka terdapat jemaah yang membantah. “Bagaimana mahu solat malam di Mina, khemah penuh sesak, hendak berdiri pun tidak boleh?” “Solat dan bermunajat di luar khemah” “Angin gunung, sejuk. Saya tidak tahan” “Pakailah Long John, termal atau solat, bermunajat dan berzikir di dalam khemah sambil duduk” “Khemah sempit, tidak selesa” Ya benar, secara umumnya ibadah haji tamat dengan tawaf wida'. Persoalannya, apakah motivasi dan inspirasi tersebut mesti terhenti setelah kembali ke tanahair? Tip-tip yang dikemukakan kelihatan biasa tetapi dijadikan luar biasa oleh kedua-dua penulis dengan mengekalkan nilai-nilai santai dan bersahaja.
"Esok, saya tidak pasti apa yang bakal saya lalui. Esok terlampau panjang. Sejam daripada saat ini tidak jelas dan nyata, apatah lagi bagi memikirkan hari esok". "Jika sampai masanya dipanggil pulang, entah sempatkah saya berlari pulang ke pangkuan mereka yang tersayang. Mampukah saya memohon keampunan dan mengucapkan selamat tinggal..." Penulis menyingkap dan mentafsir makna kehidupan yang dilaluinya dari sudut ketuhanan. Bagaimanakah seharusnya kita memaknai dan mengisi kehidupan ini untuk memberi saham besar ketika menuju ke destinasi abadi? Sudahkah kita mengharungi kehidupan ini mengikut landasan yang benar dan betul? Atau kita banyak dikuasai dan dipengaruhi oleh nafsu dan emosi melulu, bukannya akal sihat, sesuai dengan ajaran-Nya?
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.