Welcome to our book review site go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

Indonesian Readings
  • Language: en
  • Pages: 482

Indonesian Readings

Includes an Indonesian-English glossary (over 3,700 words), as well as a description of the Indonesian use of the Arabic alphabet.

Kuseru Namamu
  • Language: en
  • Pages: 521

Kuseru Namamu

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2007
  • -
  • Publisher: Alaf 21

APA ada pada nama? Kalau nama bukan segala-galanya, mengapa ada yang memilih darjat dan keturunan? Sesungguhnya, nama itu bukan sekadar dipertuturkan tapi mempertahankannya adalah satu tangggungjawab. Maka, tersingkaplah satu cerita dongeng tentang per-juangan, cinta, air mata dan pengorbanan seorang Dewi. Sumpah begitu senang diucapkan. Janji terlampau mudah diluahkan. Tapi, hakikatnya di antara mereka berdua telah menanti pelbagai dugaan tanpa dijemput. Mampukah mereka mempertahankannya? Bacalah demi sebuah nama yang suci...

Genta
  • Language: en
  • Pages: 122

Genta

Genta sekali lagi berbunyi menghadirkan rasa gelisah. Cuma dia tidak tahu dari mana arahnya genta itu berbunyi. Mengenang kembali bagaimana makhluk aneh yang memburunya itu bertindak balas ke atas genta menyedarkannya betapa tajamnya pendengaran makhluk itu. Genta di bumi yang menuju kehancuran. Seorang mangsa diburu oleh makhluk yang tersembunyi. Timbulnya sebuah persoalan – untuk siapakah genta bergema, dan adakah ia jawapan kepada perburuan itu? Dalam novel terbaru Lokman Hakim, selamilah ruang antara jarak dan waktu, antara dimensi.

Untuk Sekali Lagi
  • Language: en
  • Pages: 528

Untuk Sekali Lagi

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2011
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Rashidah – Sekalipun dia datang dan pergi sesuka hatinya, namun aku pasrah. Walaupun aku cuba membina tembok kebencian padanya, namun kebencian itu bagai tiada di dalam diri ini. Sejauh mana dia pergi, aku masih tetap mahunya kembali. Aku ingin membina semula mahligai bahagia kami yang sudah goyah walaupun diri ini sakit akibat kekejaman yang dilakukannya. Dan lebih parah lagi… aku difitnah! Kamal – Kemewahan dan pangkat itulah yang menjadi tunjang untuk aku mencapai matlamat dan cita-cita. Kini, aku berjaya memperolehnya. Perlukah aku kembali ke rumah itu setelah melihat apa yang telah dilakukan olehnya? Adakah aku suami yang kejam? Tidak! Biarkan dia rasa. Sayang aku padanya sudah pudar! Syuhadah – Aku cinta padanya walaupun aku dituduh perampas! Tiada niat di hati ini untuk merenggut kebahagiaan orang lain. Aku hanya mahukan lelaki itu bersikap adil. Namun, aku tidak boleh terima dia menyakiti perasaan wanita itu kerana aku juga murah dengan air mata. Rashidah dan Syuhadah menjadi taruhan kasih sayang Kamal. Kedua-duanya saling memerlukan, namun ada sesuatu yang mengejar bayang-bayangnya. Dia tersungkur mencari kebahagiaan yang hilang!

MAMA, DIA SAYA PUNYA!
  • Language: en
  • Pages: 429

MAMA, DIA SAYA PUNYA!

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2015
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Izma Huda – Seorang pensyarah kolej yang sukar untuk jatuh cinta. Kehadiran Firdaus telah berjaya membuka pintu hatinya untuk mengenali lelaki itu. Tatkala mereka bersulam kasih dan tiga minggu lagi akan diijabkabulkan, hati gadis itu luluh. Sanggup mamanya, Hasmina menjadi perosak hubungan mereka. Lebih sakit apabila Firdaus menikahi mamanya! Nazhan Nizar – Nekadnya untuk menawan hati Izma Huda yang sedingin ais di kutub tidak pernah pudar. Akhirnya, dia berjaya menghangatkan kembali perasaan Izma Huda yang sudah lama dingin. Namun, halangan demi halangan muncul dalam hubungan mereka. Siapa yang menjadi angkara? Hasmina lagikah? Atau gara-gara Kaz, teman serumah Nazhan? Jika benar, mengapa? Kemuncaknya, Nazhan Nizar ditahan polis pada hari pernikahan mereka. Izma Huda merasakan nafasnya seakan terhenti. Apabila terlerai teka-teki, muncul pula Alya cuba merampas kebahagiaan mereka. Siapa pula Alya? Mengapa begitu dalam dendamnya pada Nazhan?

Kakak Kemboja
  • Language: en
  • Pages: 325

Kakak Kemboja

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2017
  • -
  • Publisher: Buku Prima

"Mak... ada orang teman adik malam-malam..." Siti adalah seorang ibu tunggal telah dihalau oleh emak mentua dan abang iparnya dari rumah peninggalan suaminya. Bersama anaknya, Johari yang berusia sembilan tahun, mereka berdua terpaksa berpindah ke sebuah rumah flat di Bandar Baru Bangi kerana dia bekerja di salah sebuah kilang di sana. Memandangkan Siti sering bekerja lebih masa pada setiap malam minggu, maka tinggallah Johari seorang diri di rumah. Johari sentiasa terdengar bunyi aneh dan gangguan sama ada dari dalam atau luar rumahnya. Pada suatu hari, Johari menyiasat dari mana datangnya bunyi aneh itu dan dia terserempak dengan Kakak Kemboja. Mereka berdua menjadi 'kawan' sejak hari itu dan Kakak Kemboja berjanji akan melindungi Johari. “Adik, tolong abang. Abang ada hutang dengan adik. Tolong abang, dik.”- Jelmaan Salleh. “Aku selalu tengok dia cakap seorang diri. Kadang-kadang macam berbisik.”- Khamis Al Jafri “Akak kan dah janji nak jaga adik?” - Kakak Kemboja

Dia Yang Mengerti
  • Language: en
  • Pages: 575

Dia Yang Mengerti

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2013
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Kata-kata Bidan Sauyah menusup dalam fikiran Suriyana. Kemarahannya menjulang-julang terhadap Wardina Amni. Dia tidak mahukan anak itu. Kebencian bertukar dendam. Sebaik saja anak itu dilahirkan, terlalu banyak bencana yang datang. Dia benci, benci, benci! - Wardina Amni - Ada waktunya aku dihina, dikeji dan dipandang mereka dengan penuh jijik. Kehadiranku langsung tak dipedulikan meskipun kelahiranku ke dunia ini, bukan aku yang pinta. - Amir Haziq - “Yang penting, Dina ada abang dan abang ada Dina.” Roda alam terus berputar. Wardina Amni bangkit mencari kebahagiaan. Dia ingin mencapai bintang. Dia juga dambakan keadilan. Haknya sebagai anak harus dipertahankan. Bak seorang pengemis, dia terus menadah kasih. Dia mengharap agar kerinduannya berbalas jua. Sampai bilakah caturan takdir dukanya akan bertukar manis?

Saga
  • Language: en
  • Pages: 400

Saga

Merupakan sebuah novel yang mengisahkan tentang perjuangan, idealisme dan cinta 3 segi. Kisah yang pada asasnya mencerminkan ketulusan cinta suci tidak dapat dipisahkan.

Cinta Yang Terpilih
  • Language: en
  • Pages: 512

Cinta Yang Terpilih

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2010
  • -
  • Publisher: Alaf 21

WARDA - Cinta adalah lautan masalah. Aku lemas. Tidak bolehkah cinta itu manis sepanjang masa? Apabila Zahim kemalangan, rupa-rupanya di sebelahnya ada perempuan lain! Malam ini, bukan malam jahanam. Aku berkelana untuk membuang badi cinta. Aku tidak mahu mengusung sengsara selamanya. Semoga ALLAH lapangkan dadaku untuk menerima musibah ini dengan redha dan semoga aku akan menjadi wanita yang lebih baik daripada semalam. ZAHIM - Tak mungkin aku akan meraih cintanya lagi. Aku ada maruah. Dia pun ada maruah. Manusia berbuat silap, ALLAH maafkan. Namun kesilapan manusia sesama manusia, memang payah untuk saling memaafkan.

Satu Janji
  • Language: en
  • Pages: 568

Satu Janji

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2003
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Balas dendam, pencarian keluarga kandung, keadilan, kasih sebuah percintaan, air mata dan kesetiaan seorang lelaki yang bernama suami, adalah satu janji yang melingkari hidup Luqman. Tragedi pembunuhan ayah Luqman, telah membuka satu rahsia yang menjadi hijab jalur pengkhianatan. Pada ketika inilah Luqman menemui Adelia Mustapha. Kasih dan cinta Luqman, rupa-rupanya menjadi racun berbisa di hati Adelia.