Welcome to our book review site go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

Kakak Kemboja
  • Language: en
  • Pages: 325

Kakak Kemboja

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2017
  • -
  • Publisher: Buku Prima

"Mak... ada orang teman adik malam-malam..." Siti adalah seorang ibu tunggal telah dihalau oleh emak mentua dan abang iparnya dari rumah peninggalan suaminya. Bersama anaknya, Johari yang berusia sembilan tahun, mereka berdua terpaksa berpindah ke sebuah rumah flat di Bandar Baru Bangi kerana dia bekerja di salah sebuah kilang di sana. Memandangkan Siti sering bekerja lebih masa pada setiap malam minggu, maka tinggallah Johari seorang diri di rumah. Johari sentiasa terdengar bunyi aneh dan gangguan sama ada dari dalam atau luar rumahnya. Pada suatu hari, Johari menyiasat dari mana datangnya bunyi aneh itu dan dia terserempak dengan Kakak Kemboja. Mereka berdua menjadi 'kawan' sejak hari itu dan Kakak Kemboja berjanji akan melindungi Johari. “Adik, tolong abang. Abang ada hutang dengan adik. Tolong abang, dik.”- Jelmaan Salleh. “Aku selalu tengok dia cakap seorang diri. Kadang-kadang macam berbisik.”- Khamis Al Jafri “Akak kan dah janji nak jaga adik?” - Kakak Kemboja

Projek Seram Hotel
  • Language: ms
  • Pages: 528

Projek Seram Hotel

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2016
  • -
  • Publisher: Buku Prima

“Selamat datang tuan...” / BELL-BOY - NINIE OTHMAN Writer’s block yang melanda Farish telah memberi idea kepada Ariff untuk menginap di sebuah hotel yang dikatakan berpuaka. Dengan harapan ilhamnya akan datang mencurah-curah dan mahu menamatkan writer’s blocknya, akhirnya Farish bersetuju untuk menginap di hotel berpuaka itu selama 4 hari. Kisah kematian penuh tragis seorang bell-boy yang pernah bekerja di hotel itu telah menarik minat Farish untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Dia cuba menyiasat apa yang telah menyebabkan bell-boy itu dibunuh dengan kejam. Namun, keberanian Farish dan Ariff semakin goyah apabila mereka sering diganggu dengan gangguan-gangguan yang menakutkan ke...

PROJEK THRILLER - UBAT
  • Language: ar
  • Pages: 252

PROJEK THRILLER - UBAT

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2017
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Ubat: Dadah atau bahan yang diambil untuk mengurangkan simptom atau mengubati sakit. Ubat dibahagi kepada dua kumpulan; (1) tanpa preskripsi (OTC - Over the Counter atau 'Atas Kaunter'), iaitu ubat yang boleh dibeli di farmasi dan pasar raya tanpa sebarang halangan, dan (2) dengan preskripsi, iaitu ubat yang dibenar dan dicadangkan oleh doktor. Kebanyakan ubat OTC dianggap selamat untuk kebanyakan orang jika diambil seperti dalam arahan. Walau bagaimanapun, perbezaan yang tepat antara OTC dan preskripsi bergantung kepada bidang perundangan. Ubat selalunya dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal. Ada sesetengah dadah telah dipatenkan, yang mana syarikat tersebut memegang hak milik untuk mengha...

Khurafat, Tahyul & Mistik di Alam Melayu
  • Language: ms
  • Pages: 180

Khurafat, Tahyul & Mistik di Alam Melayu

Persoalan yang paling besar dalam kehidupan seorang manusia yang berfikir adalah tentang siapakah Tuhan mereka dan apakah hakikat Tuhan itu sendiri? Selain itu, soalan seperti, “Dari mana kita wujud?”, “Mengapa kita wujud?”, dan “Ke manakah kita selepas kewujudan ini?” merupakan soalan pemikiran dan falsafah yang menjadi asas kepada pemikiran falsafah jauh sebelum Nabi Muhammad SAW menerimanya wahyunya yang pertama. Soalan-soalan tersebut tidak mampu sewenang-wenangnya dijawab hatta oleh ahli fikir yang agung sekalipun. Sehinggalah manusia mendapat petunjuk wahyu daripada Sang Pencipta mereka yang berkomunikasi dan menyampaikan watikah-watikah khas melalui pengantara untuk mengin...

Projek Seram - ISTANA
  • Language: ar
  • Pages: 441

Projek Seram - ISTANA

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2016
  • -
  • Publisher: Buku Prima

Pabila mentari pucat-pasi, terbukalah kunci! / GUNDIK UYANG, MARIA KAJIWA Fenomena jerebu yang melanda negara merisaukan hati Tok Isa. Sumpahan Gundik Uyang terlerai. Keturunan Sultan Sulaiman dan Pawang Taib menjadi buruan. Dia berusaha menentang sebelum lebih ramai yang menjadi mangsa. Namun segala apa yang dicuba ternyata sia-sia; sehinggalah dia kembali ke Hutan Tangga Tujuh menjejak Istana Pelambangan. Apakah rahsia istana itu? Siapakah sebenarnya Gundik Uyang? Jika aku merupakan sebuah kesilapan, kau juga tidak boleh wujud / WUJUD, SYASYA BELLYNA Catatan sejarah ketika permulaan zaman Sultan Pertama pada tahun 1913 terpadam satu per satu dari rekod negara sehingga mengubah peristiwa tulen menyebabkan Wangi terpaksa kembali ke zaman lampau untuk memperbetulkan kesilapannya yang mengakibatkan kewujudan si ‘puaka’.

Roh Rumah Sewa
  • Language: ms
  • Pages: 544

Roh Rumah Sewa

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2015
  • -
  • Publisher: Buku Prima

Rafael, seorang guru muda yang ditugaskan di kawasan pedalaman Perak. Papanya lebih suka Rafael bekerja dengannya, tetapi Rafael tetap berdegil mahu bertugas di SK Kampung Pulai Manis yang terpencil terletak sejam perjalanan dari pekan Gerik. Rafael tidak ada pilihan lain, dia terpaksa menyewa sebuah rumah yang mempunyai reka bentuk pelik. Tanpa sedar, Rafael telah membangkitkan makhluk yang telah lama menghuni rumah itu. Makhluk itu telah dipasung selama 150 tahun. Sejak hari pertama Rafael tinggal di situ, pelbagai perkara pelik dan mistik terjadi ke atas dirinya dan penduduk kampung. Misteri dan sejarah mula terungkai satu per satu sehingga melibatkan nyawa!

Bayangan
  • Language: ms
  • Pages: 424

Bayangan

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2020-03-31
  • -
  • Publisher: Buku Prima

Sudah sembilan tahun Nizam disahkan menghidap bipolar disorder. Dalam keriuhan dia dibadai tangisan. Ketika tenang dia diamuk amarah. Tatkala sepi dia digeletek ketawa. Hidup ibarat di pinggir neraka. Tetapi semua tanpa sedarnya. Tuhan menyuluh selorong jalan untuk dia kembali mengharap. Secebis kesempatan itu adalah peluang untuk dia menjejak keberadaan Hajar yang 17 tahun lenyap tanpa khabar. Hajar perlu ditemui sebelum keadaannya bergolak dengan emosi yang huru-hara. Tetapi sejak itu dia kerap mengalami sesuatu yang menakutkan. Tidak kira sama ada di rumah atau di tempat kerja. Dia diganggu sesuatu yang membuatkan dia menggigil dan terlalu gementar. Apa yang dia alami ini mengelirukan fik...

NOVELIS
  • Language: ms
  • Pages: 400

NOVELIS

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2020-03-01
  • -
  • Publisher: Buku Prima

Andai jiwamu lemah, maka itu makanan hati yang rapuh... Tiga belas orang novelis menghadiri Program Santai Bersama Peminat yang dianjurkan oleh pihak penerbit. Mereka semua ditempatkan di Pulau Chenta Aroma. Banglo resort menjadi tempat penginapan mereka yang dimiliki oleh sepasang suami isteri. Anehnya, sebarang alat komunikasi langsung tidak boleh mengakses internet dan laman sosial selain berhubung sesama sendiri di dalam pulau itu. Tanpa diduga, satu per satu makhluk ciptaan para novelis muncul dan memburu penciptanya dan peminat mereka. Ada di antara mereka yang menjadi korban makhluk-makhluk itu. Bertambah malang apabila semua editor yang terlibat hilang begitu sahaja. “Sis, you perasan tak batu ni membentuk kubur dan kubur ni saling tak tumpah seperti kubur bernyawa dalam novel you tu?” - Roszita “Maafkan Nuar, Kak Julie. Nuar sendiri tak tahu macam mana Lanang boleh muncul di Pulau Chenta Aroma. Nuar sendiri pelik, mustahil Ambarningsih menghidupkan kembali wong menyak. Watak tu Nuar dah matikan tapi...”- Anuar “Dia ni dah kena sampuk ke apa? Tak pasal-pasal panggil abang Pawarka... Pawarka... ni dah kenapa?”- Abang ZZ

Trauma
  • Language: ms
  • Pages: 640

Trauma

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2015
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Salmah ditugaskan oleh bapa saudaranya, Datuk Azlan, untuk mengendalikan resort yang sedang dalam proses pembinaan di sebuah pulau di Laut China Selatan bersama pengurus projek bernama Bahar. Pada hari yang dijanjikan, bertolaklah Salmah ke Pulau Aur, tempat di mana resort ini didirikan. Setelah siap sepenuhnya, Salmah telah menga dakan majlisreunion untuk teman-teman sekolahnya di pulau ini. Rosie, Sherry, Kartina dan Hazmiza telah dijemput khas untuk majlis reunion ini. Malang tidak berbau, sebelum majlisreunion itu berlangsung telah berlakunya tragedi yang amat mengerikan. Seorang demi seorang petugas di situ terkorban dalam pembunuhan misteri yang tidak dirancang. Ini menimbulkan rasa kurang senang di kalangan teman-teman Salmah dan seorang wartawan bernama Linda.

Antologi Seram - Anak Patung Nana
  • Language: ms
  • Pages: 560

Antologi Seram - Anak Patung Nana

  • Type: Book
  • -
  • Published: Unknown
  • -
  • Publisher: Buku Prima

Air mata menjadi teman hidup Nana. Dia dibenci oleh bapanya sendiri. Hidup Nana hanya dipayungi ibunya. Tiada teman untuk dirinya. Kesunyian Nana terubat dengan kehadiran sebuah anak patung. Diri Nana seperti dilindungi. Bencana pasti menimpa setiap orang yang menyakitinya. Sehingga terjadi sebuah tragedi yang menyayat hati. Siapakah sebenarnya anak patung itu? "Seru nama saya dan saya akan datang." / ANAK PATUNG NANA Luqman seorang peniaga perabot terpakai. Pada suatu hari, dia terjumpa sebuah meja di dalam stor milik datuknya di Perlis lalu memindahkannya ke kedai. Sejak itu, satu demi satu petaka menimpa. Apakah kaitan antara meja itu dengan satu sejarah yang tercatat dalam kerajaan Ayutt...