You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
"Jangan kalah dengan diri kau, Athena!" Setelah misi menyelamatkan isteri presiden yang diculik menemui kegagalan, negara Erudayn gempar pula dengan berita pembunuhan presiden dan serangan android pengganas. Rentetan tragedi itu membuatkan Athena merasakan kewujudannya sebagai manusia ciptaan adalah penyebab utama. "Kau hanyalah manusia ciptaan yang mengecewakan!” Keadaan semakin genting apabila Athena tiba-tiba bertukar menjadi makhluk bengis yang tidak mampu dikawal. Orang-orang yang dia ingin lindungi kini menjauhinya. Bahkan, pasukan inteligen khas merancang untuk menangkapnya. Athena semakin tersepit; benarkah dia seorang pelindung, atau sebenarnya raksasa? Emily yang sering muncul dalam mimpinya buat Athena sedar bahawa pertempuran kali ini bukan hanya tentang mengalahkan kejahatan luaran, tetapi melawan musuh dalaman yang tersembunyi – dendam dalam diri manusia, dan ketakutan dalam diri sendiri!
Jika kita takutkan kegagalan, bagaimana kita boleh belajar daripadanya? Setiap episod kegagalan ialah persimpangan yang membentuk diri kita. Buku ini merupakan kompilasi kisah-kisah kegagalan daripada 19 penulis. Ada yang gagal sambung belajar, gagal lesen memandu, gagal tiga kali peperiksaan untuk subjek yang sama, gagal meneruskan impian, gagal dapatkan anak, dan macam-macam jenis kegagalan lagi, sehingga ada yang ingin putus asa, ada yang mengalami depresi, ada yang ingin mencederakan diri sendiri. Ada yang kelakar, ada yang sayu. Tapi satu benda yang mengagumkan, iaitu mereka semua ini tetap bangkit dari kegagalan dan tetap positif. Gagal itu boleh jadi satu persimpangan, boleh jadi membuka satu jalan yang baru. Parut gagal itu boleh jadi satu trofi, kerana dengan melalui trek gagal itu yang kita jadi seperti apa adanya kita hari ini. Gagal setelah mencuba, atau gagal mencuba? Moga tidak gagal membaca buku ini.
Rumi, a young man with schizophrenia who has a voice that narrates his life 24/7. Eve, an albino vampire who is running from the police. And the world—infested with flesh-eating zombies. In an apocalyptic world riddled with ruthless zombies, Rumi must fight the past that haunts him and survive if he wants to meet his family in Perak. But when the greatest enemy is not the zombies but Rumi himself… Will he make it?
“Hardship may dishearten at first, but every hardship passes away. All despair is followed by hope; all darkness is followed by sunshine.” Rumi. *** Struggling to fit in all her life, Nieza, a cardiologist, decided that it was time for her to move back home to Malaysia. With one of her best friends leaving and the other busy with oncologist training, she felt that there was nothing left for her in Liverpool. Then, a man from her past unexpectedly appeared and stirred up new, unfamiliar emotions within her. He awakened a feeling she never knew existed. As fate threw them in each other's path, they found they share similar struggles – isolation and loneliness. However, they soon realised that while a life designed by God is beautiful, it is not without obstacles. Just as Nieza began to feel like she belonged, her faith was put to the test. Will she be able to weather the storm and open herself up to love again? *** In this book, award-winning author Norhafsah Hamid takes the reader on a heartwarming journey of struggles, loneliness, and heartbreak before finding hope and love amidst it all
“Asil, misi kamu kali ini adalah menyelinap ke istana sebagai tukang masak.” “Hah?” Tercengang Asil mendengarnya. *** Daulah Uthmaniyah meski makmur dan maju di bawah pemerintahan Sultan Abdul Hamid II, ada pakatan belot yang cuba menggulingkan pemerintahan beliau. Mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk menjatuhkan khalifah Uthmaniyah. Kerana itu, Asil dihantar untuk menyelinap ke istana – agar rancangan Sultan Abdul Hamid II untuk menghalang pemberontakan gagal! Namun, ketika Asil mula bertugas sebagai tukang masak, semua orang di istana menunjukkan rasa sayang pada Sultan. Lebih mengejutkannya apabila dia melihat sendiri akhlak Sultan yang terpuji, bukannya pemimpin kejam seperti yang dikhabarkan. Asil mula tertanya-tanya, mengapa ada orang yang mahu menjatuhkan khalifah?
Selamat Hari raya Aidilfitri buat pembaca setia Majalah Jom! semuanya. Moga Ramadhan yang baru sahaja berlalu berhasil menjadikan kita golongan yang bertaqwa insyaAllah. Majalah Jom! kembali lagi menghiasi pasaran Majalah di Malaysia dengan kehadiran Isu ke-29 yang bertajuk: Baca Tu Bosan… Kan? Kali ini, dengan mengangkat tema daripada bahagian pertama surah al-‘Alaq, ayat 1 hingga 5. Inilah permulaan segala-galanya. Wahyu yang pertama turun, yang ternyata telah mengubah arus dunia seluruhnya. Wahyu pertama, yang berhasil mengubah sebuah kaum yang buta huruf, dan menyembah berhala, kepada kaum yang paling berkembang ilmunya, paling maju dan terkehadapan dalam dunia, sehingga menjadi tempat rujukan dunia semuanya!
“Hebron akan lindungi Abang Gaza sampai syahid. Sebab Hebron sayang Abang Gaza… kerana Allah!” Hebron terus berdiri di antara Gaza dan jentera besar yang memecut laju di hadapannya. “HEBRON, KE TEPI!!!” *** Sejak penjajahan British ke atas Palestin, berbondong-bondong Yahudi Zionis memasuki tanah itu. Kumpulan militan Yahudi Zionis mula muncul; merampas rumah dan tanah rakyat. Rakyat mula bangkit dan menentang kezaliman Zionis – demi melindungi Palestin! Apabila Gaza dapat tahu Ulza bersama Jerusalem memilih untuk berjuang, Gaza memilih untuk tidak bersama kerana masih berdendam dengan Ulza. Bagi Gaza, dia harus melindungi keluarganya – itu yang utama. Namun, bolehkah Gaza melindungi keluarganya tanpa melindungi Palestin? Apabila keluarga Gaza diserang berkali-kali oleh Yahudi Zionis, mampukah Gaza menyelamatkan mereka?
Keamanan Palestin mesti dipertahankan! Begitu azam Gaza. Namun, bukan semua berkongsi makna keamanan yang sama. Ada pihak yang merasakan perpecahan itu perlu demi membina Palestin yang baru. Yang salah tetap salah, biarpun ramai pengikut. Ketaksuban boleh meretakkan perpaduan yang selama ini menjadikan Palestin kuat. Dan apabila Palestin goyah, pihak musuh bijak menyusun langkah. Apakah akan terjadi kepada Gaza dan adik-beradiknya yang lain? Bagaimanakah nasib empayar Islam selepas kejatuhan Sultan Abdul Hamid II?
Selamat tinggal kepada angin dan matahari rama-rama sayap terkoyak sudah tersadai di sini. Tidak akan ia pulang, mencari cintanya merangkak dengan sayap yang terkoyak. Kumpulan Puisi sulung Adibah Abdullah bakal mempertemukan pembaca dengan makna yang malar hijau sekaligus menghidupkan kehidupan yang sebenar, yang turut mempunyai dua sisi seperti rama-rama: indah, tapi sesungguhnya rapuh.
Adapun hijrah itu merupakan satu perubahan daripada jahat kepada baik. Tapi macam mana pula yang sebaliknya? *** “Umar?” Aku bingkas bangun dan berlari ke arahnya. Hanya beberapa meter sahaja lagi untuk sampai kepadanya, Umar tiba-tiba terbakar. Api berwarna kuning oren itu sangat marak, galak membakar sahabat baikku itu. Dalam kepanasan api itu, aku dapat dengar suara Umar yang sedang menjerit kesakitan, memanggil-manggil namaku. “MAJIDDDDDD!!!!!”