You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Isu kali ini mengupaskan tentang keperluan kefahaman Islam yang amat kritikal bagi setiap Muslim. Memahami tanggungjawab syahadah, secara tidak langsung mewajibkan kita untuk mengerti dan mendalami erti Islam yang sebenar. Tanpa kefahaman yang mendalam, bagaimana seseorang dapat menjadi manusia yang super dan menyebarkannya kepada orang lain? Antara artikel yang dimuatkan adalah: - Kesyumulan Islam yang Super! oleh Ustaz Alias Othman - Hidayah Itu Perlu Dicari, perkongsian khas daripada Wardina Safiyyah - Aku Berbangsa Muslim oleh PM Dr Hafidzi Mohd Noor - Kini Semua Orang Boleh Terbang oleh Inche Gabbana - Tips: 10 Amalan Mukmin Super - Cerpen Sungai Taff Dan Seorang Bugoslavsky oleh Shahkang Kandungan-kandungan di dalam isu ini bertujuan mengetengahkan kepada pembaca bahawa dengan memahami dan mempraktikkan Islam secara menyeluruh, masyarakat boleh bebas daripada gejala-gejala sosial dan mampu mengangkat masyarakat yang biasa menjadi generasi yang super luar biasa!
Isu kali ini membawakan tema tarbiyah sebagai medium pembentukan Muslim yang hebat. Dengan tarbiyah, umat Islam akan diselamatkan daripada terus hanyut dalam jahiliyah dan dengan tarbiyah yang luar biasa, kita mampu melahirkan mukmin yang hebat dalam mihrab dan kerjayanya! Apakah sebenarnya tarbiyah itu dan kenapa semua orang perlu kepada tarbiyah, semuanya dijelaskan di dalam isu 4 ini.
Displaced. Forgotten. Having nowhere to go. A heart-breaking tales of persecution, forced migration, separation and exploitation. Anecdotes of courage, resilience, faith and hope. Behind all the complex academic discussions and sensational news in the media about wars and displacement, refugees are after all humans. Displaced and Forgotten: Memoirs of Refugees is hoped to bridge the gap between the majority population and this vulnerable group which is often misunderstood and misrepresented. Because the world needs to know about the refugees’ stories, their experiences and their struggles in search of a place called home.
Majalah Jom! Isu ke-6 membawa tajuk ‘Kini Kuasa Di Tangan Anda!’ yang memfokuskan tentang pilihan yang perlu dibuat oleh manusia dalam hidupnya. Daripada taqwa hasil Ramadhan yang lalu, terlahirlah neraca; neraca yang akan menjadi penyuluh dan mentor dalam kehidupan. Menyuluh jalan-jalan kebenaran untuk dilalui oleh manusia. Neraca yang dapat membezakan al-haq dan batil. Itulah anugerah Furqan daripada Allah.
Kali ini, Majalah JOM! Isu 9 yang bertajuk ‘Saya Tergoda! Anda?’ ingin membawa para pembaca untuk mengetahui godaan-godaan di dunia yang membuatkan kita menjadi jauh daripada Allah. Selain itu, semoga para pembaca dapat merasakan bahawa Allah bukan sahaja mengajar kita untuk mengenal diri-Nya sebagai Rabb, Ilah dan Malik tetapi juga Allah mengajarkan kita untuk sentiasa meminta pertolongan dan perlindungan kepada-Nya daripada godaan-godaan tersebut.
Majalah Jom! kini sudah menghampiri ke angka 20! Alhamdulillah, bermula minggu lepas, Majalah Jom! isu ke-19 yang bertajuk; Saya Takkan Lupa! Janji! sudah pun berada di pasaran majalah tempatan. Secara keseluruhannya, Majalah Jom! edisi terbaru ini mengangkat tema daripada surah Quraisy. Dengar sahaja nama surah ini, pasti kita sudah terasa jauh dengan isi kandungannya. Tetapi hakikatnya, surah ini membawakan mesej penting, bukan sahaja buat kaum Quraisy, tetapi umat manusia secara seluruhnya. Mahu tahu apa mesej itu? Dapatkan Majalah Jom! isu ke-19 sekarang!
Ramadhan sudah semakin hampir kepada penghujungnya. Sungguh sayu pabila mengenangkan, kita mungkin tidak ada lagi peluang untuk berjumpa dengannya tahun hadapan. Namun begitu, kehidupan perlu diteruskan. Bersempena dengan itu, Majalah Jom! isu ke-17; 'Allah, Aku Datang!' juga sudah berada di pasaran. Majalah Jom! isu ke-17 kali ini, membawakan pula tema berkisarkan pengembalian paksi kehidupan kepada Allah, sebagai kesimpulan kepada isi yang dibawa daripada surah an-Nas sehingga surah al-Kauthar. Sungguh, seharusnya Ramadhan yang bakal berlalu ini, sepatutnya membawa kita lebih dekat dengan Allah!
Alhamdulillah, Majalah Jom! telah memasuki isu ke-12! Dengan membawakan tema daripada surah al-Lahab, Majalah Jom! yang bertajuk ‘Cobaan Datang Lagi!’ ini membincangkan pula tentang sebuah lagi halangan besar yang akan melanda seorang mukmin yang ingin merubah dirinya serta mengajak orang lain untuk menyertainya iaitu halangan daripada orang yang terdekat dengan dirinya. Allah telah mengisyaratkan tentang perkara tersebut melalui surah ini yang melaknat Abu Lahab dan isterinya yang begitu bersungguh-sungguh berusaha untuk menghalang jalan dakwah Rasulullah S.A.W. Sehingga akhirnya, terpahatlah nama mereka di dalam al-Quran setaraf Firaun dan Haman.
Tema yang dibawakan dalam isu kali ini adalah 'Anda Special Edition' dengan penekanan bahawa setiap manusia diciptakan oleh Allah S.W.T dengan potensi dan kelebihan yang unik. Setiap apa yang dimiliki manusia adalah potensi baginya, sama ada mereka sedar atau tidak. Kerana itu, kita harus mengoreksi diri dan menggunakan potensi yang Allah telah anugerahkan kepada kita untuk manfaat agama dan ummah atau lambat-laun potensi itu akan disalah gunakan ke arah jalan jahiliyah.
Kami yakin, tiada makhluk di dunia ini yang menolak bahagia. Siang dan malam, dicari-cari bahagia itu merata-rata. Maka, isu kali ini kami bawakan jawapan tuntas dari kupasan tafsir surah al-Lail! Dari sini, Allah S.W.T menjelaskan tentang kepelbagaian amal dan usaha manusia untuk menemukan bahagia masing-masing. Ada yang mudah dan ada yang sukar. Ada yang ke syurga dan ada yang ke neraka. Apakah kita tergolong dalam salah satu daripadanya? JOM! TEMUKAN BAHAGIA ITU, DI SINI!