You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
This open access e-proceeding is a compilation of 134 articles presented at the 8th Mechanical Engineering Research Day (MERD'22) - Kampus Teknologi UTeM, Melaka, Malaysia on 13 July 2022.
SINOPSIS: Setiap kejahatan yang dilakukan akan menerima pembalasan yang setimpal dengan perbuatan jahat itu. Hal demikian bukan sahaja termaktub dalam hukum atau peraturan Allah SWT. Malah dalam sistem dan perundangan manusia pun – siapa yang buat salah akan dihukum. “Himpunan 40 Kisah Balasan Tuhan” ini, mengisahkan nasib orang yang malang disebabkan amal perbuatan mereka sendiri. Kejahatan yang telah mereka perbuat membawa akibat yang sangat buruk. Tidak tunggu di akhirat, di dunia lagi Allah SWT boleh menurunkan pembalasannya itu.
Muhammad SAW-Putera Lembah Bakkah 3, susulan daripada karya sirah yang pertama dan kedua; (Muhammad SAW- Putera Lembah Bakkah, Muhammad SAW-Putera Lembah Bakkah 2) meneruskan lagi kesinambungan riwayat hidup Rasulullah SAW menerusi genre novel. Dengan kata lain, sirah Rasulullah SAW dihidangkan melalui pendekatan kreatif. Jika buku kedua menceritakan akan tahun-tahun awal Baginda ditabalkan sebagai Nabi SAW, buku ketiga ini lebih terarah kepada detik-detik awal perjuangan Rasul junjungan SAW, juga mengenai ujian penyeksaan dan pemulauan yang diterima orang Islam waktu itu. ----- Sayidina Abu Bakar r.a. tidak putus asa. Dia cuba meng gunakan muslihat untuk memerangkap perhatian Umayyah, “Ak...
Muhammad SAW – Putera Lembah Bakkah 2, susulan daripada karya sirah yang pertama; (Muhammad SAW – Putera Lembah Bakkah) meneruskan lagi kesinambungan riwayat hidup Rasulullah SAW menerusi genre novel. Dengan kata lain, sirah Rasulullah SAW dihidangkan melalui pendekatan kreatif. Jika buku pertama menceritakan akan tahun-tahun awal kehidupan Rasul junjungan SAW, buku kedua ini lebih terarah kepada detik-detik awal Baginda ditabal sebagai Nabi SAW, juga mengenai permulaan dakwah Baginda secara sembunyi di kota Makkah.
“Pak cik tunggu sini. Saya panggil orang,” kata Johan, selesai membalut luka. Pak cik itu mengangguk lemah dalam mengah yang belum reda. Johan terus berlari meredah semak rumput dan lalang menghala arah yang ditunjukkan oleh pak cik itu tadi. Agak jauh menjejak arah, dia bertemu jalan yang dicari-carinya sejak tadi. Johan tahu, itulah laluan utama di ladang getah itu. Sama juga seperti ladang sawit ayahnya, ada jalan utama untuk laluan lori membawa buah-buah sawit ke luar. Johan berdiri di pinggir jalan melepaskan mengah yang keras. Ada sebuah motosikal di situ. Agaknya motosikal pak cik yang cedera itu, fikir Johan. Terlintas di benaknya cara mudah sebaik sahaja terpandang kunci motosik...
SINOPSIS Banyak sudah ditulis tentang sirah Nabi Muhammad SAW. Namun apa yang menarik mengenai buku ini adalah, pengkisahan detik-detik awal kehidupan Nabi SAW diolah dengan gaya kreatif yang cukup indah. Gaya penulisan yang menggunakan ketajaman kreativiti dan kehalusan perasaan ini menjadikan pengkisahan mengenai kehidupan Rasulullah begitu dramatik. Gambaran watak-watak dan ungkapan dialog-dialognya terasa’hidup’. Ia membawa pembaca seolah-olah berada di zaman baginda dan melihat sendiri ‘visual’ yang berlaku di depan mata! Daya imaginasi pembaca akan dirangsang untuk menyelami kehidupan Nabi SAW di zaman kanak-kanak dan remaja membawa ke usia baginda 25 tahun, malah turut menelus...
Himpunan 10 Kisah Dalam Al-Quran ini mengisahkan 10 cerita yang terkandung dalam kisah -kisah kehidupan beberapa orang rasul, nabi-nabi atau orang soleh. Kesemua kisah tersebut diolah semula dalam bentuk kreatif unutk menarik minat kanak-kanak membaca dan memudahkan mereka memahaminya. Sepuluh kisah terpilih yang di ceritakan dalam buku ini mempunyai pengajaran tersendiri. Kenapakah kisah-kisah itu diceritakan dalam al- Quran? Pastinya Allah SWT mahu supaya kita sebagai hamba-Nya mengambil hikmah di sebalik setiap yang difirmankan-Nya itu.
Sinopsis: Himpunan 20 Kisah Keunggulan Para Sahabat ini menghimpunkan kisah-kisah yang mencerminkan keutamaan para Sahabat dan bagaimana mereka berjuang serta bersungguh-sungguh menegakkan agama. Biografi ringkas dan kisah hidup mereka ini memang hebat dan tidak dapat ditandingi. *** Di dalam buku ini, pembaca akan mengetahui jawapan bagi soalan-soalan seperti berikut, siapakah Sahabat paling muda yang pernah dilantik menjadi ketua perang? Siapakah Sahabat yang pertama sekali menghunuskan pedang di jalan Allah? Siapakah Sahabat yang pertama sekali lahir selepas Hijrah? Siapakah Sahabat yang berperang bersama-sama Nabi SAW sebelum memeluk Islam? Siapakah Sahabat yang membunuh nabi palsu? Siapakah Sahabat yang menjadi duta pertama dalam Islam? Siapakah Sahabat yang rumahnya menjadi pilihan Nabi SAW? Siapakah Sahabat yang mula-mula sekali menjadi muazin? Siapakah Sahabat yang paling gagah perkasa? Siapakah Sahabat yang menjadi ikutan golongan zuhud? Siapakah Sahabat yang paling kuat meniru sunah Nabi SAW? Serta banyak lagi kisah-kisah menarik yang bakal menjadi pedoman untuk semua!
“Cermin sisi motosikal abah kau juga sudah hilang!” kata Najwa yang tercungap-cungap sebaik pulang dari bilik guru. Wasillah Wairah menoleh. Dia memandang tepat ke wajah cemas Najwa. “Biar betul?” “Betul! Sudah heboh satu bilik guru, kau tahu!” Bersungguh-sungguh benar Najwa bercerita mengenai berita yang baru didengarinya itu. Wasillah Wairah terdiam sebentar. Akalnya ligat mencari dalang di sebalik kejadian ini. Licik sungguh orangnya! “Agak-agaknya, siapalah yang mencuri ini?” Wasillah Wairah bertanya-tanya sendiri.
Rahsia 7 Surah Pilihan Penulis: Ustaz Mohamad Zaki Abdul Halim ISBN: 9789830974965 KOD GB: 0299 HARGA: RM 24.00/RM 26.00 TEBAL: 216 ms ٍSINOPSIS: Terdiri daripada surah al-Fatihah, as-Sajadah, al-Kahfi, al-Waqi‘ah, ar-Rahman, Yasin dan al-Mulk. Bukan sekadar surah semata-mata, tetapi padat dengan huraian yang memuatkan kisah-kisah dan fakta yang sahih serta kelebihan dalam mengamalkannya. Menariknya, penulis turut berkongsi tip motivasi yang boleh diambil iktibar sebagai penguat diri. Jika anda membaca, menghayati, mendalami dan mentadabbur setiap kalamullah dalam buku ini, pasti akan menambah iman yang menjadi sumber motivasi hidup serta benteng diri daripada terjerumus ke lembah maksiat.