Welcome to our book review site go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

International Journal of Evaluation and Research in Education
  • Language: en
  • Pages: 52

International Journal of Evaluation and Research in Education

Relationship Domain of Form Six Teachers Thinking in Teaching with External Factors of Form Six Teachers Mokhtar bin Pet, Ahmad Johari Hj Sihes 1-7 Primary Science Teaching to Bicolano Students: In Bicol, English or Filipino? Jualim Datiles Vela 8-15 Socio-Economic Background and Access to Internet as Correlates of Students Achievement in Agricultural Science Sunday Paul Adegoke, Modupe M. Osokoya 16-21 Students’ Satisfaction Toward The Services of The Chemical Laboratory Astin Lukum, Yoseph Paramata 22-29 The Effectiveness of Facebook Group Discussions on Writing Performance: A Study in Matriculation College Ng Sau Ping, Mahendran Maniam 30-37 Correlation between Teacher’s PCK (Pedagogical Content Knowledge) and Student’s Motivation in Primary School Ika Maryani, Sri Tutur Martaningsih 38-44

Guru Berkesan: Petua dan Panduan (UUM Press)
  • Language: ms
  • Pages: 110

Guru Berkesan: Petua dan Panduan (UUM Press)

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2008-01-01
  • -
  • Publisher: UUM Press

Bidang pendidikan amat memerlukan guru-guru yang berkualiti. Penghasilan guru-guru yang berkualiti dapat menjamin keberkesanan pengajaran. Buku “Guru Berkesan: Petua dan Panduan” ini telah diterbitkan untuk kegunaan institusi-institusi pengajian berkaitan pendidikan khususnya untuk para pensyarah, pendidik dan bakal pendidik serta pengamal pendidikan. Buku ini membincangkan unsur-unsur yang penting dalam proses penyediaan seorang guru yang berkesan terutama dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap guru. Antara perbincangan yang diberi penekanan dalam buku ini ialah dari segi pengajaran yang berkesan, kualiti peribadi guru berkesan, komunikasi guru berkesan, motivasi guru berkesan, guru berkesan dari aspek ilmu pengetahuan dan pengurusan bilik darjah yang berkesan.

Kaedah Penyelidikan Pendidikan Kuantitatif (UUM Press)
  • Language: ms
  • Pages: 264

Kaedah Penyelidikan Pendidikan Kuantitatif (UUM Press)

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2022-04-03
  • -
  • Publisher: UUM Press

Buku ini ditulis untuk kegunaan semua pelajar universiti dan pendidik sama ada di sekolah rendah atau di sekolah menengah atau pendidik yang terlibat dalam pelbagai organisasi berkaitan pendidikan bagi membantu mereka menjalankan penyelidikan secara aktif sama ada dalam kelas, di daerah dan komuniti persekitaran. Buku ini membincangkan proses-proses penting untuk melaksanakan penyelidikan pendidikan menggunakan kaedah kuantitatif. Melalui buku ini diharapkan semua pembaca boleh membezakan pelbagai kaedah dan pendekatan penyelidikan, falsafah, tujuan dan membuat sorotan literatur melalui pendekatan kuantitatif. Pembaca juga akan didedahkan bagaimana untuk menulis objektif dan soalan kajian dan menulis penyataan masalah. Selain itu, buku ini juga membincangkan reka bentuk penyelidikan secara kuantitatif seperti reka bentuk eksperimen, korelasi, tinjauan dan kausal perbandingan. Akhir sekali, bab akhir buku ini berfokus kepada bagaimanakah menulis laporan akhir dan menulis rujukan mengikut Gaya APA edisi ke-7.

Pedagogi Meningkatkan Kualiti Intelektual Pelajar
  • Language: en
  • Pages: 162

Pedagogi Meningkatkan Kualiti Intelektual Pelajar

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2021-01-01
  • -
  • Publisher: Penerbit USM

Buku Pedagogi Meningkatkan Kualiti Intelektual Pelajar merupakan dapatan daripada kajian penyelidikan tentang strategi pengajaran guru. Buku ini memberi pengetahuan yang amat bermakna tentang strategi, pendekatan dan teknik spesifik berdasarkan amalan pedagogi terbaik guru dalam meningkatkan kualiti intelektual pelajar di dalam bilik darjah. Kandungan di dalam buku ini turut membincangkan kepentingan membangunkan potensi kualiti intelektual dalam kalangan pelajar melalui amalan pedagogi yang berkesan oleh guru. Model berserta profil amalan pedagogi terbaik guru dalam meningkatkan kualiti intelektual pelajar turut dikemukakan bagi membantu dan diadaptasi oleh para guru dan bakal guru untuk merancang pengajaran, melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, dan seterusnya membuat penilaian pengajaran untuk meningkatkan kualiti intelektual pelajar. Buku ini dapat menyumbang kepada pembangunan praktis pedagogi guru di dalam bilik darjah ke arah meningkatkan profesion perguruan pada abad ke-21.

Preparing for MQF Documentation: A Manual (UUM Press)
  • Language: en
  • Pages: 115

Preparing for MQF Documentation: A Manual (UUM Press)

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2011-01-01
  • -
  • Publisher: UUM Press

Accreditation is a certification of the academic quality of an institution of higher learning. Some countries require accreditation and others consider it as optional. Some countries accredit through official government agencies while others appoint independent or private organizations that oversee the whole educational accreditation process. In Malaysia, the Malaysian Qualifications Agency (MQA) is the sole responsible body to monitor the accreditation process for all Higher Education Institutions (HEIs). This manual is a standard reference to assist lecturers and teachers in preparing MQF documents. It sets to provide clear guidelines on details of how to prepare all documents necessary for MQA accreditation.

Pedagogi: Dari Sekolah Ke Institut Pendidikan Tinggi (UUM Press)
  • Language: ms
  • Pages: 219

Pedagogi: Dari Sekolah Ke Institut Pendidikan Tinggi (UUM Press)

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2011-01-01
  • -
  • Publisher: UUM Press

Bidang pendidikan memerlukan guru-guru yang berkualiti kerana proses penghasilan guru-guru yang berkualiti dapat menjamin keberkesanan pengajaran. Buku Pedagogi: Dari Sekolah ke Institut Pendidikan Tinggi ini diterbitkan untuk kegunaan institusi-institusi pengajian yang berkaitan dengan pendidikan khususnya untuk pensyarah, pendidik dan bakal pendidik. Buku ini membincangkan amalan-amalan penting dalam pedagogi. Antara kandungan buku ini ialah perbincangan tentang konsep pedagogi dan pengajaran serta konsep ilmu dalam bidang pendidikan. Seterusnya perbincangan tentang model-model pengajaran, mengenal pasti dan membezakan pelbagai jenis model pengajaran dan menjelaskan kepentingan model pengajaran. Seterusnya pelbagai gaya pengajaran guru dan gaya pembelajaran pelajar serta kajian-kajian tentang gaya pengajaran dan gaya pembelajaran pelajar juga dibincangkan.

Pembelajaran Bahasa Kanak-kanak Pemulihan Khas
  • Language: ms
  • Pages: 241

Pembelajaran Bahasa Kanak-kanak Pemulihan Khas

Buku Pembelajaran Bahasa Kanak-kanak Pemulihan Khas memaparkan keupayaan pembelajaran bahasa Melayu sekelompok kanak-kanak keperluan khas, iaitu kanak-kanak pemulihan yang memerlukan perhatian khusus pihak berwajib dalam membentuk generasi muda untuk pembangunan negara bangsa. Kandungannya adalah hasil penyelidikan yang sebahagiannya geran BKP (BKS024-2017). Buku ini dihasilkan atas kesedaran bahawa perlunya ada pihak yang perihatin terhadap masalah pembelajaran khususnya dalam kalangan kanak-kanak pemulihan khas. Kejayaan penyelidikan ini adalah hasil bantuan dan sokongan banyak pihak, khususnya Universiti Malaya dan Kementerian Pendidikan Malaysia yang mengizinkan penyelidikan dijalankan oleh sekolah yang melaksanakan program pendidikan integrasi.

Bahasa Verbal dan Bukan Verbal I
  • Language: ms
  • Pages: 334

Bahasa Verbal dan Bukan Verbal I

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2009
  • -
  • Publisher: ITBM

None

Strategi TQM: Dwidimensi (UUM Press)
  • Language: ms
  • Pages: 187

Strategi TQM: Dwidimensi (UUM Press)

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2012-01-01
  • -
  • Publisher: UUM Press

TQM merupakan satu falsafah pengurusan yang bermatlamatkan penambahbaikan produk atau perkhidmatan yang berterusan bagi memastikan kepuasan pelanggan terus dipertingkatkan. Secara konvensional TQM memberi penumpuan kepada sentuhan teknikal seperti kawalan proses secara statistik, analisis reliabiliti dan reka bentuk produk yang dianggap begitu penting kepada pembaikan kualiti. Pendekatan ini dilihat sebagai lebih ‘keras’ kerana lebih berorientasikan kuantitatif, penepatan sasaran kerja yang jelas dan penyelesaian permasalahan yang lebih berstruktur serta bersistematik. Kesan daripada situasi ini menjadikan pembangunan organisasi lebih mudah dijangka dan jika pengurus menyedari berlakunya kesilapan adalah lebih mudah bagi mereka untuk berpatah balik dengan membuat penyusunan semula proses dan struktur yang difikirkan lebih sesuai. Justeru, buku Strategi TQM: Dwidimensi ini menghuraikan beberapa aspek yang penting untuk tatapan dan pemahaman para pembaca khususnya dari sudut kualiti.

Kompetensi Kepemimpinan Budaya dan Sekolah Berprestasi Tinggi di Malaysia (UUM Press)
  • Language: ms
  • Pages: 157

Kompetensi Kepemimpinan Budaya dan Sekolah Berprestasi Tinggi di Malaysia (UUM Press)

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2011-01-01
  • -
  • Publisher: UUM Press

Kompetensi emosi memainkan peranan penting dalam proses kepemimpinan dan pembentukan budaya sekolah yang menjadi tunjang kepada peningkatan bilangan sekolah-sekolah berprestasi tinggi di Malaysia. Kompetensi emosi pemimpin berupaya mempengaruhi pembentukan budaya sekolah yang cemerlang. Emosi dan budaya merupakan aspek penting dalam penjanaan tingkahlaku pemimpin sekolah dalam usaha memotivasikan guru-guru untuk menerima matlamat dan nilai dalam sesebuah sekolah. Fokus utama buku ini ialah mendedahkan dan memberi kefahaman kepada bakal pentadbir, pentadbir, guru, ibu bapa serta masyarakat umum tentang kepemimpinan. Kepemimpinan ini meliputi kepimpinan sekolah, reformasi dan kualiti pemimpin sekolah berprestasi tinggi.