Welcome to our book review site go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

Sajak kepada Tuhan
  • Language: ms
  • Pages: 100

Sajak kepada Tuhan

Kumpulan puisi sulung yang mengandungi siri-siri sajak kepada Tuhan, oleh Faisal Mat Zawi, dan sejumlah sajak kritik sosial terhadap masyarakat. Sajak kepada Tuhan (5) Tuhan setelah aku ke sana dan ke mari hilang di waktu petang pulang mengetuk pintu-Mu di waktu pagi seperti anak nakal. aku menuliskan pada-Mu semoga kartu yang bernamaku tetap sampai seperti selalu.

Malam Persembunyian
  • Language: ms
  • Pages: 117

Malam Persembunyian

Faisal nampak begitu selesa dalam percubaannya mempersoal agama sebagai candu rencam label ini. Antara yang mengesankan, dalam Doa Perkahwinan, Beliau memerhatikan seorang wanita Kristian yang sedang “berlutut di depan altar/ (…) –O Tuhan yang kudus/ dia merintih dengan tangan di dada/ ingatan dosanya terbeban di lutut”. Setelah keluar dari kamar pengaduan, wanita ini mempersoal kembali ‘keberkesanan’ aduannya kepada Tuhan yang mungkin tidak dapat memahami gejolak hidupnya kerana Tuhan barangkali seorang lelaki. Pemuisi muda ini begitu sedar dan berjaya memanipulasi praktik tradisi sesuatu agama untuk menyampaikan makna yang lebih besar. Puisi Nyanyian antara lain, segar dan cerdik—pembaca secara automatik diberi capahan makna yang lebih besar apabila melihat pembinaan fizikal dan amalan ritual di sesebuah rumah ibadat pasca membaca puisi ini: Kita pun tergesa-gesa dengan pahat dan tukul di tangan mengukir ketakutan menjadi tuhan

Sains Menulis Puisi
  • Language: ms
  • Pages: 202

Sains Menulis Puisi

Ditulis oleh Dr. Fahd Razy - pengarang, penyair, cerpenis yang telah memenangi pelbagai hadiah sastera di peringkat kebangsaan - buku ini tidak pernah dijual sebelum ini kerana menjadi modul lebih 10 siri bengkel dengan melebihi 150 peserta yang telah diadakan di Malaysia & Singapura sejak penerbitannya. Tidak. Ini bukan buku sains. Ini juga bukan buku puisi. Sains Menulis Puisi membincangkan penulisan puisi secara teknikal dan objektif. Puisi yang sering dimomokkan sebagai sesuatu yang abstrak, subjektif dan tidak konsisten dipegunkan di atas slaid kaca dan diteliti di bawah kanta mikroskop secara sistematik dan mekanik. Ia buku asas penulisan yang ideal untuk pengarang baru atau mereka yang mahu membedah seni sains berpuisi secara kritis. Tidak, ini masih bukan buku sains, bukan juga buku puisi. Ia Sains Menulis Puisi!

Antologi Puisi: KOTA TULIP
  • Language: ms
  • Pages: 140

Antologi Puisi: KOTA TULIP

  • Type: Book
  • -
  • Published: Unknown
  • -
  • Publisher: ITBM

None

Bara Hujan
  • Language: ms
  • Pages: 82

Bara Hujan

hirisan tak mengusik dukaku di tanganmu, cinta seperti merebut berbilah perasaan, jangan kau lepaskan mimpi berkali mengulangi pisau ini hirisan terakhir, tangkai maut dan bingkai kubur bertaburan. Bunyi hujan atau tetes gerimis sering saja membawa makna. Langit dan bumi, kubur-kubur dan kehidupan bergaul menjadi satu. Ada cinta bertebaran. Bara Hujan membawa maksud hangat dan dingin. Demikian sajak-sajak dalam naskhah ini menjadi tanda kecintaan terhadap hidup dan mati. Dua hal yang bertentang, namun saling melengkapkan. Puisi-puisi Rudi Mahmood telah memenangi pelbagai hadiah sastera, antaranya Hadiah Sastera Perdana Malaysia dan Anugerah Sastera Kelantan. Bara Hujan merupakan naskhah puisi sulungnya.

Elise di Wanderlan
  • Language: ms
  • Pages: 200

Elise di Wanderlan

Wanderlan - dunia asing yang magis, menakjubkan namun menggelisahkan. Di sini anda akan bertemu android yang boleh membaca minda separa sedar, senjata biologi, Periplaneta Americana yang menjengkelkan, kucing yang tidak mahu lagi makan tikus, kaki palsu, bio-baja sisa buangan ikan, pepejal terampai, klon biri-biri dan radiasi sinar-X. Di Wanderlan, anda akan bertanya: yang mana dongengan, dan yang mana bukan?

Sebuah Rumah di Kepala
  • Language: ms
  • Pages: 64

Sebuah Rumah di Kepala

Penulis: Zulaikha Adam, Faisal Mat Zawi, 'Ariff Mustaffa Hamzah, Rinna Annirza, Hidayyah AT Mizi, Rabiatul Hassan, Abdullah Hussaini, Fakhrull Halim, Istajib Mokhtar, Azrida Yusop, Ainunl Muaiyanah, Nor Suhaila Yusman, Rudi Mahmood, Wan Nor Azriq, Khanafi, Zamhari Bakti, W.Azzuar, Jaymani Sevanathan, Asba, Amli Ilma, Ryan Doughty, Rasydan Fitri, Fahd Razy. Risalah Tukang Puisi merupakan makalah berkala yang mengumpulkan puisi-puisi yang disiarkan pada hujung minggu di laman Facebook Tukang Puisi. Untuk isu ketujuh, kami tampilkan Lokman Hakim, A. Muziru Idham & Rasydan Fitri untuk ruangan artikel dan ulasan. Antara penyair yang ditampilkan dalam naskhah ini termasuklah Fahd Razy, Rudi Mahmood, Wan Nor Azriq, Ainunl Muaiyanah, Faisal Mat Zawi, Hidayyah AT Mizi, Abdullah Hussaini dan ramai lagi.

KOTA SUBUH
  • Language: ms
  • Pages: 78

KOTA SUBUH

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2013
  • -
  • Publisher: ITBM

None

Parabel Tubuh
  • Language: ms
  • Pages: 122

Parabel Tubuh

FINALIS SAYEMBARA PUISI KATA-PILAR 2017/18 kukutip embun kemboja di sepanjang trem saraf kranialmu-- ada pungguk mati di situ--antara serpihan ganglia retak impian, liuk vagus, rahsia angkasa-- hampir kesegalaan-nya adalah kamu-- rebah ketika mencari terowong masuk. Istilah anatomi, fenomena sains tubuh dan alam dimurni, dicantum dan dimaknai dengan cahaya puisi baharu. Keunikan puisi sains oleh Taufiq Roslan bukan sahaja menerokai ruang diri peribadi, tetapi turut menggerakkan fisiologi, mekanisme serta kesan perhubungan dan pertemuan yang seni. Seperti parabel, puisinya direka untuk menggambar untuk mengajar beberapa kebenaran dan pelajaran moral - sehingga tertingginya, memungkinkan kesedaran akan keagungan Tuhan.

IZRAIL SIBUK DI GAZA
  • Language: ms
  • Pages: 230

IZRAIL SIBUK DI GAZA

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2014
  • -
  • Publisher: ITBM

None