You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
musim bunga turun dari bukit dan menegur kota. pohon bangun sakura pun senyum dan berasmara dengan cahaya. kumbang berdengung ke udara mabuk madu puspa. Menjadi pengembara bermakna menjadi seorang pemerhati. Ibarat merenung permukaan tasik, kaulihat rupa dan ragam penghuninya: menghadam segala riaknya, sesekali cuba memahamkan kocaknya. Muhammad Haji Salleh membawa kau membonceng basikal—memperinci alam dan watak-watak pelbagai latar yang merentas benua dan arus waktu. Bau soyu dan tempura membertih musim, helai-helai hari penjual batik di pasar sibuk, atau wanita berambut biru asyik merias untuk kekasih yang tak kunjung tiba—segalanya terlihat jelas di deria. Kau telusuri perjalanan kegelisahan seorang mahasiswa kepada kematangan seorang pemikir yang memperhalusi kerencaman budaya serta tradisi. Naskhah ini mengumpulkan 81 puisi terbaik sempena ulang tahun kelapan puluh Sasterawan Negara ini, di samping transkripsi temu ramah istimewa seputar kepengarangan beliau dan sastera Malaysia. Hari sudah hampir malam. Mahukah kau pulang, atau teruskan kelana?
bagaimana selimut akan panggil sejuk? tanpa kipas tanpa baju tetap badan peluh Malam. Gelap. Lampu malap, tapi susah lelap. 3,2,1... Selamat datang ke persembahan sulung Aliff Awan! Pada malam kita semua tidak boleh tidur, ayuh goncang bunyi-bunyi dalam kepala La-li nyanyi! Rah! Sia! "Ya, saya! Masa untuk mencari jawapan untuk hal-hal yang terselindung tadi siang-atau jika anda hanya mahu bermain dengan soalan, silakan! Tarik tombol pintu fikiran, depakan tangan, biarkan angin geletek: kita bertampar tepuk dalam puisi!
Penulis: Zulaikha Adam, Faisal Mat Zawi, 'Ariff Mustaffa Hamzah, Rinna Annirza, Hidayyah AT Mizi, Rabiatul Hassan, Abdullah Hussaini, Fakhrull Halim, Istajib Mokhtar, Azrida Yusop, Ainunl Muaiyanah, Nor Suhaila Yusman, Rudi Mahmood, Wan Nor Azriq, Khanafi, Zamhari Bakti, W.Azzuar, Jaymani Sevanathan, Asba, Amli Ilma, Ryan Doughty, Rasydan Fitri, Fahd Razy. Risalah Tukang Puisi merupakan makalah berkala yang mengumpulkan puisi-puisi yang disiarkan pada hujung minggu di laman Facebook Tukang Puisi. Untuk isu ketujuh, kami tampilkan Lokman Hakim, A. Muziru Idham & Rasydan Fitri untuk ruangan artikel dan ulasan. Antara penyair yang ditampilkan dalam naskhah ini termasuklah Fahd Razy, Rudi Mahmood, Wan Nor Azriq, Ainunl Muaiyanah, Faisal Mat Zawi, Hidayyah AT Mizi, Abdullah Hussaini dan ramai lagi.
setelah gagal masuk, aku mengharapkan siangnya aku memulangkan mata untuk aku kembali di lain waktu Sepasang mata lalah cahaya yang menyuluh sisi-sisi kehidupan yang tersembunyi. la pemerhati yang merakam peristiwa dan menyimpannya di dalam kotak memori. Jika ditenung dalam, la Jadi sebuah terowong kehidupan: merentas waktu, tidak berpenghujung. Daniyal Kadir menceroboh sisi pandang pelbagai persona, watak dan perasaan seputar keluarga dan masyarakat dalam kumpulan puisi ini.
The 4th revised edition expands on the basic chemistry of high energy materials of the precious editions and examines new research developments, including hydrodynamics and ionic liquids. Applications in military and civil fields are discussed. This work is of interest to advanced students in chemistry, materials science and engineering, as well as to all those working in defense technology.
dan nanti kumpulkan segenap pusaka dari tujuh keturunan segenap mimpi dari tujuh fajar segenap zuriat dari tujuh kelamin dan akhirnya pasrah seluruh keluargamu ke dada jala Siapakah yang benar-benar mengerti tentang ketentuan? Bahawa daun hijau akan menggelepar ke perut bumi. Ikan yang dipesona dunia samudera akan menyerah diri ke dada pukat. Nelayan, petani dan penoreh masing-masing sedar—dalam resah-payahnya—bahawa sela raung gelombang, suara guruh di bumbung, dan cakaran kemarau tidak memungkinkan rezeki bertandang. Di tangan Moechtar Awang, segala di dalam puisi mengerti bahasa pasrah. Seru kalimatnya gelepar dengan nada taufan, tetapi tetap berdegup menyebut nama Tuhan. Naskhah ini, yang mengandungi 50 puisi terbaik beliau, wajib dibaca pencinta puisi—sekaligus menggilap semula mutiara nama Moechtar Awang dalam khazanah sastera tanah air untuk tatapan khalayak baharu.
barangkali cinta juga menyelak selimut senja memasuki kamar malam sebelum mengucup subuh dan melihat kita selaku sahabat pada pagl esoknya Persis anak kecil, cinta awalnya kekok dijaga; serba tak tahu dan penuh keliru. Namun la membesar dengan sela pertelingkahan dan perdamaian. Melalul puisi-puisinya, Lokman Hakim mengasuh cinta yang seusia bayi dari ruang rumah serba sederhana, menjadi dewasa seakan-seakan sebuah bandar: fiesta meriah, penuh warna.
Risalah Tukang Puisi merupakan makalah berkala yang mengumpulkan puisi-puisi yang disiarkan pada hujung minggu di laman Facebook Tukang Puisi. Untuk isu kelapan, kami tampilkan Salman Sulaiman dan Shafiq Said untuk ruangan artikel dan ulasan. Antara penyair yang ditampilkan dalam naskhah ini termasuklah Wan Nor Azriq, Daniyal Kadir, Lokman Hakim, Karim Mohd, Hidayah AT Mizi, Jack Malik, Abdullah Hussaini dan ramai lagi.
None
di laman rumahku bergumam bisikan manis madu, opium lebah pepatung, hidup melayangkan warna kupu-kupu dikumpul mataku Berada di kota, segalanya seakan mimpi. Dilema muncul di setiap sudut: di pasar raya, di antara lorong hamis, di celah jalan yang sibuk, serta himpitan bangunan dan landasan. Abdullah Hussaini memetakan pertentangan kehidupan orang desa di kota yang serba runsing ini dalam imej serta babakan yang segar. Dilayur dalam hangat warna dunia kampung yang mnggiur, ia langsung mewaraskan deria penghuni kota yang cedera.