You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Mangsa-mangsanya daripada kalangan penjenayah yang bebas daripada tuduhan salah laku. Cepat atau lambat dia akan memburu mereka. Maut akan menanti mereka. Pembunuhan kejam yang berlaku seperti bukan kerja seorang manusia. Tiada kesan dan jejak ditinggalkan oleh si pembunuh yang licik. Bayang-bayang hitam yang mengekori Faris menakutkan Asmida, seorang gadis yang terbuka hijabnya melihat makhluk-makhluk halus itu. Asmida turut mendapat petanda-petanda ngeri mangsa-mangsa pembunuh kejam itu seterusnya. Faris pula buntu apabila mengetahui bayang-bayang hitam yang sentiasa berbisik di telinga itu adalah QARIN. QARIN yang dahagakan darah manusia. Faris tidak akan mengikut telunjuk QARIN. Dia bukan seorang pembunuh! Apabila rahsia lama cuba disingkap, segalanya terdedah satu per satu. Faris, QARIN dan seorang lelaki yang sudah mati bernama Nazrin Shah saling berkaitan rapat.
Fate and a Fulbright grant allowed my world to collide with that of this collection’s author. Jo and I met through a friend of a friend while I was teaching English in a remote city on the island of Borneo. We became fast friends, and I was honored when she asked me if I would edit her poetry. When she told me about her goal to write 100 poems in her second language in the span of only a few months, I was blown away. As the poems steadily arrived in my inbox for revision, I had an opportunity to see the fruit of so much personal reflection I have come to associate with Jo. I found her candor, hope, heartbreak, love, and longing to be tangible when we spoke in person about everything and no...
Zaitun, wanita berhati iblis menghasilkan mannequin bernyawa untuk kepentingan diri dan juga sebagai koleksi peribadinya. Kisahnya menjadi tarikan sebuah syarikat produser yang ingin menghasilkan sebuah filem seram berdasarkan kisah benar. Melissa, teraju utama filem itu melakukan sedikit kajian pada watak yang dipegangnya itu. Seorang kru dirasuk. dan seorang kru mati dengan misteri. Melissa pula hilang tanpa jejak. Adam, saudara tiri Melissa pulang untuk menyiasat kehilangan Melissa. Dia dibantu oleh Bella dan juga Inspektor Izwan yang pada mulanya tidak mempercayai kes yang disiasat itu berkaitan manusia yang bersekutu dengan iblis. Kisah Zaitun mempunyai kaitan rapat dengan keluarga Adam. Kisah lama dibongkarkan kembali. Wanita misteri tuan empunya butik turut berkaitan rapat.
NORJINAH... bahagianya sekejap cuma. Kini, kasihnya bersama Razif digugat orang ketiga. Sekeping kad luahan cinta seorang gadis untuk Razif, meraih air matanya. Benarkah suaminya menjalin hubungan sulit di belakangnya? Apakah ini balasan TUHAN sedangkan dia tidak merampas Razif dari sesiapa! Tapi...siapakah gadis itu? “Lupakah Abang Razif pada janji kita untuk sehidup semati?” NORSEHA... bukan kali pertama dia melihat lelaki itu. Tetapi pertemuan kedua ini mengusik perasaannya. Lelaki tampan itu cukup memikat. Apatah lagi layanannya yang romantik dan gentleman pada Norjinah menerbitkan api cemburu di hatinya. Sepatutnya, dia tidak boleh berperasaan begitu.
Mengisahkan suka duka kehidupan seorang perempuan simpanan bernama Saerah. Biarpun dia tahu cara hidupnya tidak bermoral, namun dia terpaksa kerana mahu membantu keluarga di samping dia sendiri dapat menikmati kemewahan dan glamor. Bagaimanapun Datuk Karim tidak berlaku jujur terhadapnya. Di belakang Saerah, lelaki itu telah menjalin hubungan dengan wanita lain. Kecurangan ini terbukti dengan gambar-gambar yang ditunjukkan oleh Datin Kay kepada Saerah. Sejak mengetahui kecurangan lelaki itu Saerah menjauhkan dirinya. Perubahan ini menggembirakan Datin Rose, isteri Datuk Karim yang selama ini mendendaminya kerana Saerah dianggap sebagai perosak rumah tangganya. Datuk Karim menyedari kesilapannya dan berusaha mencari Saerah tetapi gagal. Biarpun hatinya masih menyayangi Datuk Karim namun Saerah terpaksa memilih satu keputusan yang muktamad. Dia harus memilih kehidupan baru yang diredhai ALLAH.
"Dahlah gemuk macam gajah, garang pulak macam singa! Patut tak payah pergi sekolah, duduk saja dalam hutan!" Zairul Hasmat memang meluat dengan Ainnur Azleen. Walaupun mereka berdua sekelas, tetapi tidak pernah sebulu. Ada saja sikap Ainnur yang menjengkelkan hatinya. Di sekolah, Zairul "prince charming" sedangkan Ainnur si Ugly Betty. Beza mereka macam langit dengan bumi! Disebabkan badan saiz XXL, Ainnur hanya mampu memuja Zairul dalam diam. Zairul pula memang seronok menyakat. Tidak sudah-sudah mengejek Ainnur menyebabkan Ainnur berasa hati lalu nekad bertukar sekolah. Setelah bertahun lamanya masa berlalu.... Ainnur bertemu semula dengan Zairul di dalam sebuah syarikat. Dia menjadi ketua di bahagian itu manakala Zairul hanyalah sebagai budak penghantar surat. Zairul tidak tahu bahawa gadis cantik yang menjadi bosnya itu adalah Ainnur Azleen yang pernah dikutuk dan dicaci suatu waktu dulu. Pertama kali berjumpa, dia terus jatuh cinta! Sanggup berkorban jiwa dan raga. Aha, Ainnur mendapat idea! Inilah masanya untuk dia membalas dendam lama.
Indahnya Kasih merupakan sambungan Kisah Kasih, novel pertama yang menceritakan detik pertemuan Puteri dengan kekasih hatinya. Kini, kisah mereka diabadikan lagi dalam gerbang perkahwinan yang dipenuhi sendu duka dan tawa bahagia sebuah kehidupan. Kisah kali ini membuatkan dibuai perasaan. Kisah-kisah dongeng itu amat indah bagi seorang anak kecil seperti Puteri Farahdika. Kisah-kisah khayalan itu peuh dengan kasih sayang, cinta luhur yang akan mematahkan segala kejahatan dunia. Akan ada seorang putera penyelamat membawa tuan puteri ke mahligai kebahagiaan. Tanpa terduga, tiba-tiba muncullah putera hat
EMILYA! Sebaris nama yang tidak pernah luput daripada ingatan Asrul. Dia mencari bayangan gadis itu sejak sepuluh tahun yang lalu. Dunia nan terang bagaikan gelita. Keluhan hatinya membawa derita. Di mana dan ke mana, persoalan itu tidak pernah berjawab. Harapannya terlonta-lonta sendiri mencari, sedangkan Emilya tak sekalipun kunjung menjelma. Di bawah pohon cinta mereka, Asrul mengucapkan selamat tinggal pada kenangan. Farida, dikahwininya sebagai memenuhi satu wasiat. Bagaimana dia harus membelai wanita itu sebagai isteri, sedangkan antara mereka hanya sebagai saudara? Jiwa lelakinya menangis dan Farida sendiri amat mengerti...