You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
None
Variasi 30 resipi kek batik dari pelbagai bahan. Kek batik bukan sahaja terdapat dalam rasa manis. Jangan terkejut, kek batik boleh juga diolah bagi mendapatkan rasa pedas.
None
Kategori PELIT (Jurnal Peribadi) Diari yang mengisahkan hidup Hani Idayu binti Hamdan yang sering menangis walaupun kerana hal yang kecil belaka.
Setiap kali menghadiri majlis mahupun majlis-majlis korporat, tidak sah sekiranya pengunjung tidak dibekalkan degan dorrgift. Doorgift yang suatu ketika dahulu pemberian yang tidak wajib dan terhad kepada majlis perkahwinan sahaja, kini lebih meluas dan mencipta trend tersendiri. Ianya bahkan lebih komersil serta membuka peluang perniagaan kepada para usahawan. Biarpun dilihat sebagai pernigaan yang bermusim, bisnes doorgift kian berkembang dan sentiasa mendapat permintaan daripada pelanggan.
Sambungan kisah Tempat Ke-2? ini masih menceritakan konflik Alisa dan Alina. Dalam buku kali ini mereka berdua masih bergaduh bagi mendapatkan tempat pertama. Alina sudah berjaya menyaingi kakaknya, Alisa dalam beberapa 'pertandingan'. 'Pertandingan' yang mereka anjurkan itu membuat ibu bapa mereka semakin pening kepala dengan kerenah mereka berdua. Bagi mengetahui 'pertandingan' pelik yang mereka anjurkan itu dapatkan buku ini di pasaran sekarang.
Life, in its infinite wisdom, has a way of imparting profound lessons in the most unexpected ways. In the vast tapestry of existence, each of us embarks on a unique journey and along this path, we encounter countless experiences that shape our perspectives, challenge our beliefs, and inspire our growth. It is within these moments of reflection that we uncover whispers of wisdom, timeless truths that resonate deeply within us and illuminate the path to a truly enriched life. This book invites you to embrace the timeless teachings hidden within life’s ordinary moments. Within the pages, you will embark on a transformative voyage of self-discovery, exploring profound contemplations carefully curated to nurture your spirit, expand your realisation, and inspire meaningful change.
Bagi Dara, dunianya telah musnah pada petang itu. Usia remaja, zaman sekolah, dan masa depannya hancur diragut empat lelaki keparat. Hanya pegangan agama yang mempertahankannya daripada mengambil nyawanya sendiri. Luka di tangan akibat duri mawar menyedarkan Dara daripada terus meratap nasibnya. Di matanya terbayang srikandi Melayu, dengan keris berlumuran darah. Dara mengerti, darahnya yang menitis perlu dibela. Dara bangun dan membetulkan hidupnya semula. Untuk membalas dendam, dia perlu merancang. Dan perancangannya amat teliti dan memakan masa yang lama. Sehinggalah sampai masa untuk melaksanakannya, dan empat lelaki binatang itu tumpas kepada strategi dan bilah mata kerambitnya. Namun, ia tidak berakhir di situ apabila abangnya, Mazlan di tangkap atas tuduhan membunuh. Perjuangan Dara di mahkamah baru bermula! Segala-galanya demi dara dan untuk Dara...
Kehidupan ini mengajar banyak perkara. Bahawa Dia yang memberi nikmat. Diberi bahagia ataupun sedih, ia sesuai kadarnya. Kerana Allah tahu – batasan bagaimana yang sesuai untuk setiap makhluknya. Sesuai kadar, bukan sesuai akal. Justeru, dalam denai dan lapang jiwamu, berbaik sangkalah kepada Allah.
Urusan hati adalah antara urusan yang paling susah untuk difahami. Kerana pada seketul hati ada sebuah kitaran kejam yang manusia sering terikat tanpa sudah. Hati yang kecewa cenderung membawa kepada prestasi yang negatif. Manakala prestasi yang negatif akan menambah kedukaan hati. Namun sebaliknya, jika kita berjaya mengubah sebuah kekecewaan menjadi hati positif, pasti ia berpotensi menghasilkan prestasi yang positif pula. Dan prestasi yang positif akan membantu membina jiwa yang lebih berkualiti dan tabah. Walau apapun kekecewaan yang kita hadapi, masa depan masih boleh dirancang. Malah, pada hari ini pun masih banyak perkara positif yang boleh kita nikmati dan perjuangkan sehabis baik. Ayuh ‘move on’! Kita bebaskan diri daripada kitaran kejam ini. Masih ramai yang perlukan kita. Selak dan baca buku ini sehelai demi sehelai. Fikirkan setiap pesanan dan ulasan yang dipersembahkan, dan muhasabah diri di halaman khas pada setiap akhir bab. Semoga senyuman kembali menceriakan wajah kita, seperti cerahnya sinaran matahari yang indah. Ubah patah hati jadi prestasi!