Welcome to our book review site go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

Kamasutra
  • Language: en
  • Pages: 432

Kamasutra

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2006
  • -
  • Publisher: Alaf 21

KAMASUTRA memaparkan kisah pergolakan hidup seorang gadis berbangsa asing yang merasakan dia telah kehilangan segala-galanya selepas dirinya dinodai oleh orang yang patut dihormati. Bagi gadis ini yang bernama Samantha, kehidupannya sudah berakhir selepas tragedi pahit itu. Malah, dia bercadang untuk mengakhiri sahaja hidupnya. Namun, dia dipertemukan oleh seorang duda beranak satu bernama Kama. Dari pertemuan itu, Samantha banyak belajar tentang Islam sehingga melahirkan bibit-bibit cinta. Adakah Samantha menerima cinta Kama sedangkan lelaki itu disukai oleh gadis lain? Mahukah Kama menerima bekas isterinya yang kembali untuk menuntut hak ke atas anak perempuan mereka yang berusia lapan tahun?

Kuserahkan Kasih
  • Language: en
  • Pages: 448

Kuserahkan Kasih

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2009
  • -
  • Publisher: Alaf 21

BERADA dalam pelukan suami, serasa dunia ini telah dimiliki. Itu yang dirasakan Jasmin sepanjang hidup bersama Farid. Namun, dunianya bergoncang dengan kehadiran Azura sebagai isteri kedua. Ke rana sakit hati suami menduakan kasih, dia bertindak ‘menunduk kan’ Farid supaya tidak lupa jalan pulang. Tempias orang ketiga turut dirasai Intan Fariha, seorang wartawan majalah. Setiap hari dia melihat deraian air mata isteri-isteri yang dimadukan. Namun, dia sendiri terseksa kerana berkongsi kasih suami dengan dua wanita lain. Badai dan gelora yang melanda di hati hanya dia yang tahu. Terbukti, kata-kata di hujung penanya tentang poligami tidak semudah yang dilakarkan. Manis pada insan lain, tapi tidak di pihaknya... Sanggupkah Intan Fariha membiarkan dirinya terus terluka sedangkan kebahagiaan itu boleh dimiliki tanpa lelaki bernama suami? Keputusan di tangannya. Atau tunggu saja bila akhirnya ijab kabul yang terpateri berkecai dengan lafaz talak!

Kasih Yang Suci
  • Language: en
  • Pages: 716

Kasih Yang Suci

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2007
  • -
  • Publisher: Alaf 21

KEPADA para peminat novel Alaf 21, jangan lepaskan peluang untuk memiliki novel terbaru bertajuk 'Kasih Yang Suci' hasil nukilan penulis baru iaitu Meen Zulaikha yang kini sudah berada di pasaran. Novel yang membelai perasaan ini mampu membuatkan anda sayang untuk meninggalkan walau satu patah perkataan pun. Sepuluh tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepasa sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru... Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan mereka? Rahsia yang selama ini disimpan kemas, akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Tak Semanis Impian
  • Language: en
  • Pages: 754

Tak Semanis Impian

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2003
  • -
  • Publisher: Alaf 21

NORJINAH... bahagianya sekejap cuma. Kini, kasihnya bersama Razif digugat orang ketiga. Sekeping kad luahan cinta seorang gadis untuk Razif, meraih air matanya. Benarkah suaminya menjalin hubungan sulit di belakangnya? Apakah ini balasan TUHAN sedangkan dia tidak merampas Razif dari sesiapa! Tapi...siapakah gadis itu? “Lupakah Abang Razif pada janji kita untuk sehidup semati?” NORSEHA... bukan kali pertama dia melihat lelaki itu. Tetapi pertemuan kedua ini mengusik perasaannya. Lelaki tampan itu cukup memikat. Apatah lagi layanannya yang romantik dan gentleman pada Norjinah menerbitkan api cemburu di hatinya. Sepatutnya, dia tidak boleh berperasaan begitu.

Notes
  • Language: en
  • Pages: 724

Notes

  • Type: Book
  • -
  • Published: 1957
  • -
  • Publisher: Unknown

None

Queennora
  • Language: id
  • Pages: 336

Queennora

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2017-10-05
  • -
  • Publisher: Pastel Books

Sahabat bukanlah guru walau sering memberi petuah, bukan juga orangtua meski selalu menasehati, bukan pula pelawak kendati kerap mengukir tawa. Seorang sahabat akan marah seperti ayah, peduli seperti ibu, kadang mengganggu seperti kakak, dan sering menyebalkan seperti adik. Tapi yang pasti, mereka menyayangi kita lebih dari kekasih. Bersahabat baik, Queen dan Nora adalah dua pribadi yang berbeda. Queen yang penuh tanya dan Nora yang penuh ilmu, membagi kisah mereka tentang pentingnya persahabatan. Bahwa bersahabat bukan hanya tentang saling tertawa bersama, namun juga tentang saling mengingatkan. *** Sahabat harganya mahal. Mahal banget. Bayarnya pake kepercayaan dan rasa sayang satu sama lain. Dan jika ada yang berusaha curang, biar saja. Biar alam semesta yang menghajarnya. [Mizan, Pastel Books, Friendship, Young Adult, Teens, Indonesia]

Saat Kau Hadir
  • Language: en
  • Pages: 486

Saat Kau Hadir

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2008
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Bibit-bibit cinta Eliana dengan Amri berputik sejak mereka sama-sama terlibat dalam aktiviti perkhemahan. Rimbunan kenangan manis bersama-sama Amri menguatkan lagi rasa cinta Eliana. Diri yang selama ini kontang dengan kasih sayang mula diresapi bara asmara, menghangatkan lagi seluruh musim dingin di hatinya. Entah apa silapnya, sedang asyik dilambung rindu, bermulalah satu episod hitam dalam hidupnya. Amri tiba-tiba menghilangkan diri sekali gus mengubah seluruh cerita cinta yang terlakar. Hatinya jadi rawan Tatkala itu, Imran Syakir menghadirkan diri. Jejaka sebelah rumah itu pada awalnya dipandang sinis oleh Eliana. Namun Imran tetap tegar mencelah, menjadikan kehadirannya mula dirasai. Datangnya untuk menyembuh lara hati, memberinya satu pengalaman cinta yang berbeza.

ZOMBIJAYA
  • Language: ms
  • Pages: 242

ZOMBIJAYA

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2014-09-25
  • -
  • Publisher: Buku Fixi

Selamat datang ke Malaysia. Negara yang kaya dengan adat ketimuran. Tetapi apakah yang akan berlaku jika rakyat kita tiba-tiba dikelilingi zombi? Kalendar lama bertukar baru. Aliff baru mengajak Sofia berkahwin. Ana bakal memulakan hari pertama sebagai cikgu. Kamarul akan bertanding dalam program TV realiti. Dan Nipis seronok di dalam dunianya sendiri. Mereka tidak tahu yang suasana mereka kenali bakal berakhir. Aman-damai menjadi kacau-bilau. Tamadun hancur. Rutin harian berubah. Semua perlu mengadaptasi dalam dunia baru ini. Berapa orangkah yang akan mati? Adakah yang mati akan kekal mati? Dan apakah yang menunggu mereka di Putrajaya nanti? Selamat datang ke ZOMBIJAYA. (Buku Fixi)

PARANORMAL
  • Language: ms
  • Pages: 315

PARANORMAL

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2013-06-14
  • -
  • Publisher: Buku Fixi

Anda ada masalah misteri yang ingin diselesaikan? IDBW Investigations sedia membantu (kalau anda sedia membayar). Syarikat kecil ini mengambil upah menyiasat kes-kes PARANORMAL. Mereka diketuai Norin, ahli sihir amatur yang agak flirty. Jimmy yang hidupnya terumbang-ambing mahir dengan ilmu shaman puak Navajo. Fairuz pakar sejarah paranormal yang juga merupakan ‘muscle’ kumpulan. Mahmud werewolf yang periang. Manakala Suzana boleh membaca fikiran orang. Mereka turut dibantu Nora, seorang yang obses dengan kimia. Suatu hari, mereka didatangi Hakim yang ingin mereka menyiasat percubaan bunuh anaknya Maliki yang berumur 3 tahun. Namun apa yang mereka tidak tahu adalah mereka bakal terjebak dalam suatu konspirasi besar. Persahabatan mereka yang kuat juga bakal bergoncang! (Buku Fixi)

Jawapan Yang Pasti
  • Language: en
  • Pages: 496

Jawapan Yang Pasti

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2009
  • -
  • Publisher: Alaf 21

ORANG kata, bercinta dengan dengan golongan artis amat membahayakan kerana hu-bung an pastinya tidak akan kekal lama. Namun bagi Kyra, dia percaya kepada Ariff kerana amat mengenali lelaki itu, jiran sebelah rumahnya. Tidak mungkin Ariff sanggup mempersendakan cinta dan kasih sayang mereka. Namun, langit tidak selalunya cerah. Hubungan mereka yang sudah mendapat restu daripada keluarga tidak bermakna lagi buat Kyra. Kenyataan Ariff yang terpampang di dada akhbar benar-benar merobek hatinya. Sanggup lelaki itu menafi kan hubungan mereka ketika disoal media dan menyatakan bahawa Kyra hanyalah jirannya.Gadis itu lantas membawa diri yang lara. Dia nekad tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu. Namun, dunianya yang sudah tenang dikocak pula dengan berita Ariff ditangkap khalwat. Bencinya terhadap lelaki itu sudah tidak dapat dibendung lagi.Ariff baru tersedar daripada peristiwa hitam itu. Dunianya pula semakin gelap tanpa Kyra di sisi. Dia harus memperisterikan Kyra kerana masih lagi menyayangi gadis itu. Namun, apa yang dibimbanginya... adakah gadis itu masih mahu bertamu di hati-nya sedangkan mendengar suaranya pun sudah tidak sudi lagi