You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Yasmin marah terhadap perbuatan papanya yang menghancurkan perasaan mamanya. Dia benci terhadap Nenek Mary kerana menjadi punca perpisahan mama dengan papanya. Disebabkan mereka juga, dia terpisah dengan Dahlia, kakaknya. Mamanya pula kemudian meninggalkannya untuk selama-lamanya. Bagaimanakah dia dapat menghadapi semua perkara yang langsung tidak menyebelahi nasibnya? Namun, kemarahan dan kebencian itu reda apabila Yasmin melihat keadaan Nenek Mary dan mengetahui perkara sebenar tentang papa dan kakaknya. Perasaan kasih dan sayang pula meresap ke dalam sanubarinya. Dia terpaksa membuat pilihan. Mampukah Yasmin menyatukan kasihnya dan membahagiakan orang-orang yang disayanginya?
Entahlah, aku tak mahu memikirkan ini semua, aku tak dapat menipu diri sendiri. Aku takut hari perpisahan akan datang juga... Perjalanan kita masih jauh lagi. Masih panjang. Walaupun satu masa nanti kita terpaksa berpisah aku yakin kita akan berjumpa semula. Tuhan akan makbulkan doa kita...
KAMASUTRA memaparkan kisah pergolakan hidup seorang gadis berbangsa asing yang merasakan dia telah kehilangan segala-galanya selepas dirinya dinodai oleh orang yang patut dihormati. Bagi gadis ini yang bernama Samantha, kehidupannya sudah berakhir selepas tragedi pahit itu. Malah, dia bercadang untuk mengakhiri sahaja hidupnya. Namun, dia dipertemukan oleh seorang duda beranak satu bernama Kama. Dari pertemuan itu, Samantha banyak belajar tentang Islam sehingga melahirkan bibit-bibit cinta. Adakah Samantha menerima cinta Kama sedangkan lelaki itu disukai oleh gadis lain? Mahukah Kama menerima bekas isterinya yang kembali untuk menuntut hak ke atas anak perempuan mereka yang berusia lapan tahun?
Berkawan sejak kecil, Adrian dan Puteri Sara Ibrani berkongsi segala suka dan duka. Puteri Sara, gadis yang kuat merajuk namun Adrian ada cara terbaik untuk memujuk. Hadiahkan bunga tulip… seluruh hati Puteri Sara cepat saja cair! Mereka hanya sayang-menyayangi. Istilah cinta tidak terpahat dalam sanubari. Namun bohonglah kalau tidak ada sekelumit cinta! Dalam geram menunggu luahan Adrian, Puteri Sara ingin mencapai satu impian. Dia ingin pulang ke Malaysia, merungkai rahsia yang dipendam oleh papanya selama 21 tahun. Dia perlukan pertolongan Adrian untuk meyakinkan papanya yang dia sudah cukup dewasa untuk pulang ke kampung halaman.
HARLINA seorang gadis yang tegas ketika bekerja. Bagaimana pun, sejak Ryan Iskandar mengetuai syarikat tempat dia bertugas, Harlina sering dibuli. Lama-kelamaan, lelaki itu mula jatuh cinta setelah mengenali hati budi Harlina. Namun, gadis itu bagaikan mawar berduri. Cantik dipandang, tetapi sukar didekati. Cinta yang mekar di hati Ryan Iskandar hanya dipandang sepi. Kehadiran Eddie Firhan telah menawan hati Harlina yang sekeras kerikil. Belaian cinta lelaki itu menyebabkan dia rasa sangat dihargai. Tanpa disedarinya, Eddie Firhan mempunyai muslihat tertentu. Ryan Iskandar yang mengetahui tentang kejahatan lelaki itu bertindak menyelamatkan Harlina. Dia sanggup menggadai nyawa demi Harlina biarpun huluran cintanya tidak disambut.
Cinta itu suatu rasa yang aneh, unik, sukar untuk ditafsirkan dengan kata-kata. Datangnya tidak dijemput dan perginya tidak diusir. Uniknya cinta, manusia berasa bahagia ketika menderita. Begitulah yang dirasakan Anna. Kehadiran Hud yang pada mulanya tidak diumpamakan itu amat memberi erti yang besar dalam dirinya. Perkenalan singkat itu adalah titik mula sebuah kehidupan yang baru. Benarlah, TUHAN tidak akan jadikan sesuatu tanpa sebabnya. Kerana itu dia sedar, kehilangan dan kekecewaan itu adalah rahmat TUHAN. Biarpun berbeza adat dan budaya, tidak sesekali dia mengusir cinta yang datang. Biarpun jarak dan waktu memisahkan, dia akan tetap bahagia merindui lelaki itu. Biarpun memiliki hati lelaki itu seakan mustahil, dia tidak akan pernah kesal mencintai Hud. “Saya bukan siapa-siapa untuk menyayangi awak. Kalaupun saya, sayang tu takkan kekal. Bila-bila masa saja saya akan pergi dan sayang tu akan hilang. Tapi ada yang akan kekal mengasihi awak sampai bila-bila. DIA TUHAN Yang Esa...” – HUD AIDIT
Cinta pandang pertama – “Hmm... aku tak percaya pada ungkapan ini sebenarnya. Tapi, sejak bertemu Naura... kenapa hati aku rasa lain? Naura nampak cute sangat. Mana tahu kalau ini memang jodoh aku! Terima ajelah.” – Ammar Bakhtiar Tak kenal maka tak cinta – “ Aduh, macam mana nak cinta kalau kenal pun tak? Macam kahwin dengan orang asing. Kenapa pulak lelaki ni tiba-tiba setuju? Suka-suka hati dia aje. Atau dia ada agenda lain? Dia nak jual aku ke? Ibu, tolong!” – Naura Namun, walau macam mana pun kata hati Ammar dan Naura, mereka tetap disatukan. Bahtera itu harus dikemudi dengan apa cara sekali pun. Kalau karam, lemaslah mereka. Kalau dilanda badai, hancurlah semua. Selebihnya biarkan cinta bercerita...
PERTEMUAN semula dengan Luqman benarbenar tidak diduga. Natasha pernah terluka kerana jejaka itu. Telah dilempar jauh semua kenangan manis agar tiada rindu mencengkam jiwa. Cinta di hati telah pudar dibawa arus masa. Tetapi, Luqman tidak pernah berputus asa menjejak cinta Natasha. Dia mahu menjernihkan hubungan, memperbetulkan keadaan. Perpisahan yang terjadi bukan pintanya. Kemaafan Natasha diraih agar terhapus rasa derita.
Macam orang angau. Kalau aku yang angau lainlah. Dah dua minggu aku tak jumpa tunang aku.” Terdiam Anis Razikin seketika. Angau. Perkataan itu yang disebut oleh Norma. Aku angau? Hah... biar betul! Dia tidak pernah bercinta, tentulah dia tidak tahu bagaimana rasanya bercinta. Kata Norma, “Kau belum rasa... kalau kau dah masuk dalam dunia cinta, baru kau tahu penangannya.” Dia dan Hakim dipertemukan dalam keadaan yang tidak memihak kepada mereka. Lalu, ikatan itu terjalin tanpa perasaan... tanpa cinta. Bagaimana rasanya rindu pada seseorang yang disayangi? Dia tidak tahu, tapi apa yang pasti setiap kali mengingati Hakim... dadanya terasa sesak, jantungnya berubah irama. Acap kali Hakim mengucapkan kata rindu, namun apakah dia juga begitu? Tetapi, kalau bukan angin rindu, kenapa dia begitu kepingin mendengar suara Hakim? Mulut memang sering menafi kan, tapi hati tak pernah mahu berkompromi. Hah... dalam diam, dia sudah pandai menjadi perindu! Kerana rindu... bunga-bunga kasih berkembang di hatinya, lalu tercipta suatu perasaan indah yang tidak pernah dirasainya sebelum ini, rasa istimewa hanya untuk si dia... CINTA.