You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
None
Antologi Cerpen Indonesia-Malaysia ini menghimpunkan karya penulis serta menampilkan kepelbagaian tema daripada latar belakang yang pelbagai. Perjuangan, jati diri bangsa, kecintaan kepada tanah air, sejarah dan kehidupan manusiawi diangkat dan dicernakan dengan cara yang tersendiri. Setiap penulis memiliki gaya penyampaian yang berbeza untuk berkongsi pengalaman dan sudut pandangan. Semuanya ini akan menjadi perakam sejarah dan zaman. Khalayak pembaca antara kedua-dua Negara boleh mempelajari hal tentang sebuah dunia Nusantara yang dipisahkan oleh sempadan politik, tetapi bahasa dan manusianya masih tetap sama.
None
Buku ini merupakan gabungan tulisan dua sarjana sastra dari dua Negara serumpun, yaitu Norhayati Ab. Rahman (Malaysia) dan Free Hearty (Indonesia), sebagai bagian dari usaha mempererat kesepahaman budaya, termasuk sastra, antara kedua negara. Norhayati mengawali tulisannya dengan menyorot aspek kehidupan perempuan pengusaha dalam teks sastra Melayu modern Malaysia, sebelum beralih kepada aspek kompleksitas suara perempuan perkotaan dalam media sastra di Malaysia dan Indonesia. Sastra tradisional turut mendapat perhatian dalam buku ini dengan membincangkan keterlibatan dan peran yang dimainkan perempuan dalam hubungan Melayu-Cina, berdasarkan teks sastra tradisional. Juga diangkat nuansa peng...
Sering berbaju biru dan bertopeng muka, doktor bius menjadi figur misteri di hospital. Mereka muncul tiba-tiba, dan pergi tanpa disedari. Dalam dewan bedah mereka hanya bayang-bayang yang muncul antara jaga dan khayal, dan hilang sebelum mata pesakit benar-benar terbuka. Begitu perahsia, sehingga kita tertanya-tanya: siapakah watak-watak biru ini? Beep… beep… Sejak kali pertama berdegup di dalam rahim ibu, jantung tidak pernah berhenti. Menghidupkan organ, menggerakkan nafas, bahkan menjadi bayang kepada ‘nyawa’. Saban hari, kita tak pernah memikirkannya, uh, sudah berapa kali jantung berdenyut hari ini? Ia bekerja, amat menghidupkan, sekalipun tersembunyi dari perhitungan manusia. Terlepas dari kesedaran manusia. Begitulah juga para doktor bius. Tersembunyi di belakang tabir. Sering tercicir dari penghargaan tetapi di bahu mereka tergalas tanggungjawab yang menggunung. Setiap helaan nafas. Setiap denyut nadi. Setiap degup jantung. Bila jantung kata BEEP…BEEP…
None
Fiksyen dalam buku yang anda pegang ini adalah sebuah labirin. Labirin yang mengelilingi belantara padat imej-imej aneh dan magikal. Bukan. Labirin tak dicipta untuk menemukan jawapan, tetapi dimemberikan anda pengalaman yang janggal. Keluar masuk, ke kiri ke kanan, ke depan dan belakang. Akhirnya berdiri di titik mula dengan lebih banyak soalan dan kerunsingan. Dua puluh cerpen yang dipilih dalam naskhah ini adalah pintu-pintu, masing-masing membawa ke ruang aneh dan magikal yang tersendiri. Manusia klon berinsang serta matahari yang dipunggah helikopter. Wanita yang mengandungkan bom juga ahli sihir yang mengakali Profesor. Naga yang kembali hidup. Manusia yang kehilangan lidah. Lagi. Dan lagi. Dan lagi. Sudahkah kami beritahu? Fiksyen dalam buku yang anda pegang ini adalah sebuah labirin. Yang aneh. Yang magis.