You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
None
This book seeks to break new ground, both empirically and conceptually, in examining discourses of identity formation and the agency of critical social practices in Malaysia. Taking an inclusive cultural studies perspective, it questions the ideological narrative of ‘race’ and ‘ethnicity’ that dominates explanations of conflicts and cleavages in the Malaysian context. The contributions are organised in three broad themes. ‘Identities in Contestation: Borders, Complexities and Hybridities’ takes a range of empirical studies—literary translation, religion, gender, ethnicity, indigeneity and sexual orientation—to break down preconceived notions of fixed identities. This then ope...
"...Keindahan ada dalam luka, dalam kehalusan benda-benda yang terbiar dipinggirkan. Tuhan tersalin ke seluruh alam, dalam secarik sinar matahari, dalam semilir angin, dalam secebis tanah, dalam sebintil debunga. Tuhan memang wujud dalam keindahan jalur pelangi, tetapi Dia juga wujud dalam titis air yang membentuk pelangi itu. Kita boleh melihat seluruh alam dalam sebutir debu. Dan dalam sebutir debu lantai yang halus tidak dipedulikan itu, ada Tuhan.” 13 buah cerpen karya Saharil Hasrin Sanin dalam naskhah ini telah memenangi pelbagai hadiah sastera, dan membuktikan bahawa beliau kekal seorang tukang cerita yang ampuh. Dari kisah gerai penjaja alusmitai sehinggalah cinta ratusan batu di dasar Al-Aqsa, buku ini bakal membawa kita menjelajah ke pelusuk rencam rasa: bahagia, dan luka.
Fiksyen dalam buku yang anda pegang ini adalah sebuah labirin. Labirin yang mengelilingi belantara padat imej-imej aneh dan magikal. Bukan. Labirin tak dicipta untuk menemukan jawapan, tetapi dimemberikan anda pengalaman yang janggal. Keluar masuk, ke kiri ke kanan, ke depan dan belakang. Akhirnya berdiri di titik mula dengan lebih banyak soalan dan kerunsingan. Dua puluh cerpen yang dipilih dalam naskhah ini adalah pintu-pintu, masing-masing membawa ke ruang aneh dan magikal yang tersendiri. Manusia klon berinsang serta matahari yang dipunggah helikopter. Wanita yang mengandungkan bom juga ahli sihir yang mengakali Profesor. Naga yang kembali hidup. Manusia yang kehilangan lidah. Lagi. Dan lagi. Dan lagi. Sudahkah kami beritahu? Fiksyen dalam buku yang anda pegang ini adalah sebuah labirin. Yang aneh. Yang magis.
Bayang Sudah Pandai Mengejek mengumpulkan 14 cerpen seputar pelbagai watak dan identiti dalam mendepani bayang-bayang mereka. Rafilus yang memilih untuk membunuh lembaga di ruang tamunya; Omar yang membangunkan raksasa dalam tubuh isterinya Eva; Jin yang dibicarakan di mahkamah atas pertuduhan menjadikan manusia gila; atau Dr. Azy yang menjalankan sesi terapi kepada pesakitnya secara senyap-senyap, menyelinap dalam gelap malam. Memanfaatkan kepakaran bidang psikiatri ke dalam fiksyen, Zul Azlin menerokai dunia jiwa dan psike manusia yang aneh, misteri, mendebarkan, serta mengujakan.
Antologi Cerpen Indonesia-Malaysia ini menghimpunkan karya penulis serta menampilkan kepelbagaian tema daripada latar belakang yang pelbagai. Perjuangan, jati diri bangsa, kecintaan kepada tanah air, sejarah dan kehidupan manusiawi diangkat dan dicernakan dengan cara yang tersendiri. Setiap penulis memiliki gaya penyampaian yang berbeza untuk berkongsi pengalaman dan sudut pandangan. Semuanya ini akan menjadi perakam sejarah dan zaman. Khalayak pembaca antara kedua-dua Negara boleh mempelajari hal tentang sebuah dunia Nusantara yang dipisahkan oleh sempadan politik, tetapi bahasa dan manusianya masih tetap sama.
Author's account of her travels to United Kingdom and Dublin.
Sering berbaju biru dan bertopeng muka, doktor bius menjadi figur misteri di hospital. Mereka muncul tiba-tiba, dan pergi tanpa disedari. Dalam dewan bedah mereka hanya bayang-bayang yang muncul antara jaga dan khayal, dan hilang sebelum mata pesakit benar-benar terbuka. Begitu perahsia, sehingga kita tertanya-tanya: siapakah watak-watak biru ini? Beep… beep… Sejak kali pertama berdegup di dalam rahim ibu, jantung tidak pernah berhenti. Menghidupkan organ, menggerakkan nafas, bahkan menjadi bayang kepada ‘nyawa’. Saban hari, kita tak pernah memikirkannya, uh, sudah berapa kali jantung berdenyut hari ini? Ia bekerja, amat menghidupkan, sekalipun tersembunyi dari perhitungan manusia. Terlepas dari kesedaran manusia. Begitulah juga para doktor bius. Tersembunyi di belakang tabir. Sering tercicir dari penghargaan tetapi di bahu mereka tergalas tanggungjawab yang menggunung. Setiap helaan nafas. Setiap denyut nadi. Setiap degup jantung. Bila jantung kata BEEP…BEEP…
None