Welcome to our book review site go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

JAHAT
  • Language: ms
  • Pages: 271

JAHAT

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2016-02-03
  • -
  • Publisher: Buku Fixi

Kerana sehelai sut, seseorang mati di tangan Affan. Hari-hari Affan sebagai orang bebas akan tamat jika dia terus di KL, jadi dia perlu melarikan diri. Namun apalah advencer tanpa perempuan di sisi. Di sinilah munculnya Jude, seorang kashier 7-Eleven. Affan mengajak perempuan itu mengikutnya dalam kembara jalan ke utara. Satu lagi pembunuhan berlaku, kali ini oleh Jude. Maka secara rasminya, Affan dan Jude bersalah dalam dua pembunuhan berbeza. Seorang melarikan diri dari polis, seorang lagi dari penjahat. Dan masing-masing menyembunyikan rahsia dari satu sama lain. Ini kisah tentang pelarian, pengkhianatan, dan lagu Jazz yang menemani perjalanan mereka. (Buku Fixi)

Hari Terakhir di Tubuhmu
  • Language: ms
  • Pages: 100

Hari Terakhir di Tubuhmu

FINALIS SAYEMBARA PUISI KATA-PILAR 2.0 (2019/2020) “...Diksi, serta penyusunan baitnya memberikan pengucapan dirasakan lebih ringan, remaja dan mendekati unsur popular. Bagaimanapun ia menggunakan imej-imej segar yang telah membangunkan emosi serta fikiran dalam sentuhannya yang langsung.....” (Petikan laporan panel hakim) Cinta, keintiman, kerinduan membentuk bait-bait puisi yang segar dan menyentuh oleh Syafiq Ghazali.

KIUB
  • Language: ms
  • Pages: 335

KIUB

  • Type: Book
  • -
  • Published: Unknown
  • -
  • Publisher: Buku Fixi

Anas Mohd cuma seorang lelaki tall, handsome, and funny biasa yang ingin menghadiahkan dirinya dengan masakan kari ayam setelah separuh hari melakukan kerja yang baik di pejabat. Dia ke pasaraya untuk mendapatkan bahan-bahan membuat kari ayam, terutamanya Kiub Ayam Nora. Siapa sangka kiub ayam sekecil itu akan membawanya ke dalam sebuah konflik berskala galaksi. Lalu advencer berlatarkan bintang-bintang bermula, dan seorang hero (dan beberapa lagi) pun lahir dari perut angkasa yang hitam pekat. Makluman: kisah ini berlaku sebelum pembentukan Malaysia Baru. (Buku Fixi)

Yang Aneh Yang Magis
  • Language: ms
  • Pages: 212

Yang Aneh Yang Magis

Fiksyen dalam buku yang anda pegang ini adalah sebuah labirin. Labirin yang mengelilingi belantara padat imej-imej aneh dan magikal. Bukan. Labirin tak dicipta untuk menemukan jawapan, tetapi dimemberikan anda pengalaman yang janggal. Keluar masuk, ke kiri ke kanan, ke depan dan belakang. Akhirnya berdiri di titik mula dengan lebih banyak soalan dan kerunsingan. Dua puluh cerpen yang dipilih dalam naskhah ini adalah pintu-pintu, masing-masing membawa ke ruang aneh dan magikal yang tersendiri. Manusia klon berinsang serta matahari yang dipunggah helikopter. Wanita yang mengandungkan bom juga ahli sihir yang mengakali Profesor. Naga yang kembali hidup. Manusia yang kehilangan lidah. Lagi. Dan lagi. Dan lagi. Sudahkah kami beritahu? Fiksyen dalam buku yang anda pegang ini adalah sebuah labirin. Yang aneh. Yang magis.

Bila Jantung Kata Beep-beep
  • Language: ms
  • Pages: 250

Bila Jantung Kata Beep-beep

Sering berbaju biru dan bertopeng muka, doktor bius menjadi figur misteri di hospital. Mereka muncul tiba-tiba, dan pergi tanpa disedari. Dalam dewan bedah mereka hanya bayang-bayang yang muncul antara jaga dan khayal, dan hilang sebelum mata pesakit benar-benar terbuka. Begitu perahsia, sehingga kita tertanya-tanya: siapakah watak-watak biru ini? Beep… beep… Sejak kali pertama berdegup di dalam rahim ibu, jantung tidak pernah berhenti. Menghidupkan organ, menggerakkan nafas, bahkan menjadi bayang kepada ‘nyawa’. Saban hari, kita tak pernah memikirkannya, uh, sudah berapa kali jantung berdenyut hari ini? Ia bekerja, amat menghidupkan, sekalipun tersembunyi dari perhitungan manusia. Terlepas dari kesedaran manusia. Begitulah juga para doktor bius. Tersembunyi di belakang tabir. Sering tercicir dari penghargaan tetapi di bahu mereka tergalas tanggungjawab yang menggunung. Setiap helaan nafas. Setiap denyut nadi. Setiap degup jantung. Bila jantung kata BEEP…BEEP…

Daftar Mimpi
  • Language: ms
  • Pages: 94

Daftar Mimpi

di laman rumahku bergumam bisikan manis madu, opium lebah pepatung, hidup melayangkan warna kupu-kupu dikumpul mataku Berada di kota, segalanya seakan mimpi. Dilema muncul di setiap sudut: di pasar raya, di antara lorong hamis, di celah jalan yang sibuk, serta himpitan bangunan dan landasan. Abdullah Hussaini memetakan pertentangan kehidupan orang desa di kota yang serba runsing ini dalam imej serta babakan yang segar. Dilayur dalam hangat warna dunia kampung yang mnggiur, ia langsung mewaraskan deria penghuni kota yang cedera.

Kek Hari Jadi
  • Language: ms
  • Pages: 60

Kek Hari Jadi

Risalah Tukang Puisi merupakan makalah berkala yang mengumpulkan puisi-puisi yang disiarkan pada hujung minggu di laman Facebook Tukang Puisi. Untuk isu kelapan, kami tampilkan Salman Sulaiman dan Shafiq Said untuk ruangan artikel dan ulasan. Antara penyair yang ditampilkan dalam naskhah ini termasuklah Wan Nor Azriq, Daniyal Kadir, Lokman Hakim, Karim Mohd, Hidayah AT Mizi, Jack Malik, Abdullah Hussaini dan ramai lagi.

Rahang Gelombang
  • Language: ms
  • Pages: 103

Rahang Gelombang

dan nanti kumpulkan segenap pusaka dari tujuh keturunan segenap mimpi dari tujuh fajar segenap zuriat dari tujuh kelamin dan akhirnya pasrah seluruh keluargamu ke dada jala Siapakah yang benar-benar mengerti tentang ketentuan? Bahawa daun hijau akan menggelepar ke perut bumi. Ikan yang dipesona dunia samudera akan menyerah diri ke dada pukat. Nelayan, petani dan penoreh masing-masing sedar—dalam resah-payahnya—bahawa sela raung gelombang, suara guruh di bumbung, dan cakaran kemarau tidak memungkinkan rezeki bertandang. Di tangan Moechtar Awang, segala di dalam puisi mengerti bahasa pasrah. Seru kalimatnya gelepar dengan nada taufan, tetapi tetap berdegup menyebut nama Tuhan. Naskhah ini, yang mengandungi 50 puisi terbaik beliau, wajib dibaca pencinta puisi—sekaligus menggilap semula mutiara nama Moechtar Awang dalam khazanah sastera tanah air untuk tatapan khalayak baharu.

Dalam Bilik Darjah 2.0
  • Language: ms
  • Pages: 215

Dalam Bilik Darjah 2.0

“Kamu demam ke? Muka pucat saja.” “Haaa… lambat kamu ke sekolah hari ini.” “Sedia? 3…2…1 pecut!” “Sudah, jangan bergaduh! Minta maaf balik!” “Nah, ambil RM3 ni buat belanja rehat nanti.” Seorang guru ibarat seorang wira yang sentiasa bersedia membantu. Mereka akan menolong anak-anak didik mereka supaya cukup serba-serbi, bukan hanya menyampaikan ilmu di dalam kelas. Segarang mana pun, mereka mahu yang terbaik untuk anak-anak muridnya. Di rumah pula, mereka akan menyambung kerja-kerja yang tidak sempat diselesaikan di dalam bilik guru. Cikgu pun perlu siapkan ‘homework’ tau! Itu belum lagi perlu melayan pelbagai ragam pelajar dan ibu bapa mereka. Dalam Bilik Darjah 2.0 kembali membawa anda ke sekolah dengan cerita-cerita lucu, menginspirasi dan mengimbau. Loceng dah berbunyi. Jom masuk kelas!

Lelaki Berambut Rumput
  • Language: ms
  • Pages: 109

Lelaki Berambut Rumput

bukankah di kebun itulah ayahmu menabur huruf kemudian Alif pun tertanam kejap dalam dirimu Segalanya terasa hijau di ubun-ubun. Ingatan bertumbuh, menggamit matahari dengan redup udaranya, membangkitkan nostalgia kampung yang kita mungkin tak pernah ada. Tetapi kita ada di situ—di samping penyair santun Rahimidin Zahari—mengerjakan sebidang tanah kenangan, dari benih tradisi dan akar warisan, menyuburkan puisi-puisi dari lecah dan lumpur. Sebanyak 50 puisi terpilih beliau dikumpulkan dalam naskhah segar ini untuk terus dibaca oleh generasi berikutnya. Mari, kita rentas sungai usia bersama-samanya, memaknakan kehidupan dan kematian: dua desa bening yang tak berpenghujung.