You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Buku ini mendasari konsep psikologi pengurusan pendidikan. Pendekatan serta aplikasi psikologi dalam pengurusan dan kepimpinan sekolah di Malaysia menjadi topik utama buku ini. Kefahaman tentang wujudnya kepelbagaian karakter kepimpinan dan tingkah laku guru serta murid di sekolah merupakan faktor utama yang mampu menjadi pendorong kepada pembentukan budaya dan persekitaran sekolah yang berkesan. Buku ini menggarap panduan dan pendekatan psikologi pengurusan sekolah yang efektif, kaedah pengurusan sumber, struktur organisasi dan pengagihan tugas, serta pengurusan diri guru-guru. Hasil penyelidikan berkaitan pengalaman pengetua dan guru besar, tentang kaedah dan pendekatan psikologi pengurusa...
Buku ini menyentuh aspek kokurikulum dalam pendidikan. Konsep kokurikulum, kepentingan, dan dasar pelaksanaanya turut dibincangkan di samping memberi perhatian kepada dasar-dasar sokongan dalam pelaksanaanya di sekolah. Seterusnya, untuk melihat secara lebih dekat berkaitan aspek kokurikulum yang dikaitkan dengan aktiviti pembelajaran di sekolah, penulis mengetengahkan teori pembelajaran konstruktif dan model pembelajaran berasaskan pengalaman yang diaplikasikan menerusi aktiviti kokurikulum di sekolah. Struktur organisasi kokurikulum, teori konstruktif sosial, pembelajaran konstruktif sosial melalui gerak kerja, dan aplikasi model pembelajaran berasaskan pengalaman terhadap aktiviti kokurikulum turut dibincangkan. Diharapkan monograf ini sedikit sebanyak dapat membantu para pembaca khususnya pihak sekolah, pelajar, ibu bapa dan masyarakat untuk lebih memahami kepentingan kokurikulum yang merupakan pendekatan penting bagi membangunkan pelajar yang seimbang dan cemerlang dalam pelbagai aspek.
This e-book is a compilation of papers presented at the 5th Mechanical Engineering Research Day (MERD'18) - Kampus Teknologi UTeM, Melaka, Malaysia on 03 May 2018.
None
This book gathers papers presented at the 2019 Movement, Health & Exercise (MoHE) Conference and International Sports Science Conference (ISSC). The theme of this year’s conference was "Enhancing Health and Sports Performance by Design". The content covers (but is not limited to) the following topics: exercise science; human performance; physical activity & health; sports medicine; sports nutrition; management & sports studies; and sports engineering & technology.
Hubungan Aceh dan Malaysia sudah terjalin lama seperti yang tercatat dalam dokumen sastera, budaya dan bahasa. Pada hari ini, hubungan itu semakin akrab, khususnya dengan Pulau Pinang kerana kedekatan kedua-duanya dari segi geografi. Makalah-makalah dalam buku ini melanjutkan hubungan itu dengan persekitaran yang baharu dari segi sastera, budaya dan media. Kedua-kedua buah wilayah ini mempunyai hubungan budaya, agama dan politik yang hampir sama. Buku ini dihasilkan ekoran hubungan yang sudah terjalin antara Fakultas Adab dan Humaniora, Universitas Islam Negeri (UIN) Ar-Raniry, Banda Aceh dengan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Melalui jalinan ini berlaku perkongsian ilmu antara kedua-dua belah pihak dan kegiatan ilmu ini memperkasakan hubungan yang telah lama berlaku dan berkembang terus. Beberapa sisi sastera, budaya dan media seperti pantun, bahasa dan alam diteliti oleh para pensyarah dari Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia dan Universitas Islam Negeri (UIN) Ar-Raniry, Banda Aceh, Indonesia.
A directory to the universities of the Commonwealth and the handbook of their association.