You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
"Kita adalah hamba yang punya tanggungjawab untuk mengabdikan seluruh kehidupan kepada-NYA. Namun, ada ketika kita tersasar sehingga ada yang bertuhankan hawa nafsu. Sucikan hati, luruskanlah semula nurani agar pengabdian hidup kita benar-benar bertuhankan Yang Maha Esa. Maka, usah pernah lupakan-NYA kerana DIA sentiasa mengingati kita." KITA insan yang tidak sempurna. Tetapi, kita adalah makhluk yang istimewa. Akal fikiran yang dikurniakan mengangkat martabat diri melebihi makhluk lain. ALLAH S.W.T Maha Adil dorongan nafsu yang berpaksikan as-syaitonirrajim menjadi kayu ukur darjat keimanan yang dimiliki. Andai pernah tersasar ke lorong hitam, masih ada pusingan U demi sebuah tekad untuk berubah.
ALLAH Maha Benar. Firman-NYA benar dan janji-NYA juga benar. Cuma ada kala, sebagai hamba kita terlupa merenungi kalam-NYA, al-Quran. Ya, di situlah kita mengenali diri, di situ jugalah kita kenal siapa DIA... Seorang Muslim, langkahnya adalah perjuangan.Fikirannya adalah tajam. Bicaranya adalah kebaikan.Ya, bicara yang penuh berhemah.Namun, ada yang kurang mengerti. Teguran disangka bisa.Nasihat dikatakan tiada gunanya. Maka biarkanlah diri ini berbicarahanya demi DIA, Maha Pencipta.Moga BICARA INI DEMI ILAHI mampu menjentik rasauntuk kita membimbing diri, menjadi Mukmin sejati.Mudah-mudahan hidup di dunia diberkati,di akhirat pula Jannah menanti. Insya-ALLAH.
BUKU ini bukan sahaja mendedahkan punca setiap penyakit misteri. Bahkan kaedah rawatan yang memenuhi tuntutan syariat Islam serta bertepatan dengan kehendak Allah SWT. Ia dapat dijadikan rujukan awal kepada mereka yang ingin mempelajari asas perubatan Islam. Dilengkapi dengan zikir-zikir yang wirid daripada Rasulullah SAW yang menjadi benteng angkara kejahatan jin dan boleh dijadikan amalan harian.
Duhai Wanita Permaisuri Hati' membicarakan mengenai kelebihan, kedudukan dan peranan seorang wanita dalam Islam. Begitu juga wanita sebagai seorang isteri dalam membina rumah tangga bahagia. Buku ini juga menghuraikan hak untuk bagi seorang lelaki dalam memilih calon isteri berdasarkan syariat agama. Namun tidak lupa wanita juga diberikan pilihan untuk memilih calon suami yang terbaik.
Kita bukanlah insan istimewa. Namun, adakala kita berasa kitalah yang paling baik dan kitalah paling sempurna, sehingga ada yang terdetik kita mampu sendirian mengharungi liku-liku kehidupan. Rasa itu terus menjalar ke benak hati paling dalam. Ya! Lupakah kita bahawa hanya ALLAH tempat sandaran? Andai ALLAH diabai, ke mana harapan harus dituju? ALLAH itu dekat. Tidak pernah menjauh. Kita pula sering melupakan-NYA dan mengingati saat kesusahan bertamu. Lalu, munajatlah tanpa henti. DIA akan membantu kita dalam mendidik hati dan jiwa. Pasti kita menjadi sebaik-baik insan. Yakinlah! Cukup hanya DIA di hati.
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) ALLAH dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati ALLAH banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)." Al-Ahzab : 21 Jauh jarak kita dengan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW umpama langit dan bumi. Lebih 1400 tahun jauhnya sehingga kita kadangkala terasa untuk mengenali baginda itu satu utopia sahaja. Padahal sudah disediakan jambatan antara kita dengan baginda. Jambatan yang menjadi penghubung antara kita dengan Pencipta. Jambatan itu pula adalah himpunan ayat al-Quran dan hadis yang sangat tinggi nilainya. Daripada keduanya...
Buku ini dipersembahkan secara teori, praktis dan contoh-contoh penjelasan. Bermula dengan penjelasan konsep, diikuti dengan ilmu-ilmu berhubung pemujukan, dan seterusnya dilengkapkan dengan idea-idea berhubung kaedah perlaksanaannya. Buku ini dapat membantu pembaca untuk mendapat satu kupasan maklumat am dan menyeluruh tentang bidang komunikasi pemujukan, memahami konsep dan pendekatan komunikasi pemujukan, di samping menguasai strategi ke arah memastikan keberkesanan proses pemujukan. Buku ini mengemukakan fakta-fakta ilmiah seperti teori dan model, ia berupaya memberi keyakinan kepada pembaca berhubung intipati yang hendak disampaikan. Bahasa yang digunakan mudah difahami dan menggunakan kosa kata yang boleh difahami oleh semua peringkat pembaca. Dengan contoh-contoh serta pengalaman hidup yang dikemukakan menerusi buku ini, ia membantu pembaca agar memahami idea-idea yang hendak disampaikan. Buku ini sesuai untuk pelajar yang mengikuti bidang komunikasi, psikologi, kaunseling dan bidang yang berkaitan dengan sains sosial dan kemanusiaan. Selain itu, buku ini juga sesuai untuk bacaan umum kepada mereka yang berminat untuk memahami komunikasi antara manusia.
MUTIARA AKIDAH DAN IBADAT memuatkan persoalan kon temporari yang kerap timbul sejak akhir-akhir ini. Buku ini disediakan dalam dua bahagian iaitu akidah dan ibadat.Soalan yang dimuatkan tidaklah merangkumi kedua-dua topik secara terperinci, namun ia menjurus kepada soalan yang dipilih dan kerap diutarakan. Di setiap bahagian, ada disertakan penerangan ringkas sebagai panduan agar dapat difahami dengan lebih jelas dan sempurna. Hampir semua jawapan disertakan dengan dalil dan nas sandarannya supaya pembaca lebih menyedari akan ketepatan setiap huraian yang diberikan.
Menjadi Manusia: Meraup Makna Dibalik Setiap Cerita Penulis : Pilar Teduh Ukuran : 14 x 21 cm ISBN : 978-623-319-130-2 Terbit : Januari 2021 Sinopsis : Buku yang ada di tangan pembaca ini merupakan karya kedua penulis yang bergenre motivasi Islami populer. Di dalamnya memuat 100 kisah-kisah hikmah dari orang-orang besar sepanjang sejarah, seperti Rasulullah Muhammad SAW, Nabi Ibrahim A.S, Filosof Islam Ibnu Rusyd, Cendekiawan Muslim Al-Ghazali, Sufi besar Abu Yazid al-Busthami dan Jalaluddin Rumi, Sufi Wanita Rabiah al-Adawiyah, Sufi humoris Nashrudin Hoja, Ulama masyhur Hasan al-Bashri dan Ahli Fikih Abu Hanifah. Nama-nama tersebut sudah sangat akrab terdengar di kalangan kaum muslimin dan ...
Setiap hari kita menggunakan wang untuk jual beli produk ataupun membayar perkhidmatan. Namun bagaimana pengurusan tersebut dijalankan, itulah yang perlu dititikberatkan. Kewajipan kita dengan memastikan sumber rezeki, cara pengurusan dan ke mana ia disalurkan perlu menepati piawaian syariat Islam. Paling penting perbelanjaan kita mestilah bersih daripada riba, tidak terlalu boros atau kedekut, tiada penyelewengan dan menghormati hak orang lain. Kewangan Harian Kita Halal @ Haram membincangkan beberapa aspek muamalat Islam yang menjadi asas dalam pengurusan ekonomi kita. Sistem ekonomi Islam sangat istimewa. Ia diatur sendiri oleh ALLAH SWT yang sememangnya menjaga kebajikan, menolak kemudaratan dan tidak menyekat hak kita untuk memiliki harta. Tetapi, kita mestilah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan syarak. Moga rezeki kita lebih halal, berkat dan hidup bahagia dalam redha-NYA.