You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
KAIN IBU SYAITAN – A. DARWISY Hari pertama Azham bekerja di Muzium Tekstil Negara, dia sudah diganggu dengan perkara-perkara aneh. Bukan dia seorang saja, tetapi hampir semua pekerja di dalam muzium itu turut merasai pengalaman yang menakutkan. Kemuncaknya, adalah pada program Denai Malam yang dianjurkan oleh Jabatan Muzium Malaysia. Apa yang terjadi pada malam itu? Apa pula kaitannya dengan siri kejadian seram yang menimpa mereka sebelum ini? Benarkah muzium itu berhantu atau ada cerita di sebaliknya yang mereka tidak tahu? “Setiap yang lama itu, ada penjaganya...” CANANG ANISAH – SUZANI NADZIR Satu tugasan yang diterima membawa sekumpulan ahli arkeologi ke Gua Cha. Perjalanan merek...
Aku adalah kau... / PERJANJIAN TANPA RELA Kematian Tarmizi memberi impak pada Nancy. Dia menyesal dan tertanya-tanya kenapa semua ini berlaku. Akhirnya, Nancy menemui jawapannya apabila puaka di dalam cermin di sebuah kedai antik di mana dia bekerja telah membongkar segala rahsia. Puaka itu mengatakan bahawa kini dia adalah penjaga Nancy kerana perjanjian telah berlaku tanpa disedari Nancy. Tiga permintaan, ada syarat termeterai, ada korban perlu dipersembahkan... / 3 PERMINTAAN Sofea Jane, seorang model jelitawan kegilaan ramai lelaki tetapi mempunyai hobi pelik, iaitu taksub pada cermin dan kecantikan. Cermin antik pemberian Damian yang dipecahkan telah bercantum kembali. Tanpa disedari, ada jin menghuni cermin itu. Jin itu menawarkan tiga permintaan kepada Sofea Jane, tetapi dengan syarat-syarat yang cukup berat untuk ditunaikan. Bila hati termakan bisikan syaitan, maka dia terjerumus dengan tipu daya jin.
Andai jiwamu lemah, maka itu makanan hati yang rapuh... Tiga belas orang novelis menghadiri Program Santai Bersama Peminat yang dianjurkan oleh pihak penerbit. Mereka semua ditempatkan di Pulau Chenta Aroma. Banglo resort menjadi tempat penginapan mereka yang dimiliki oleh sepasang suami isteri. Anehnya, sebarang alat komunikasi langsung tidak boleh mengakses internet dan laman sosial selain berhubung sesama sendiri di dalam pulau itu. Tanpa diduga, satu per satu makhluk ciptaan para novelis muncul dan memburu penciptanya dan peminat mereka. Ada di antara mereka yang menjadi korban makhluk-makhluk itu. Bertambah malang apabila semua editor yang terlibat hilang begitu sahaja. “Sis, you perasan tak batu ni membentuk kubur dan kubur ni saling tak tumpah seperti kubur bernyawa dalam novel you tu?” - Roszita “Maafkan Nuar, Kak Julie. Nuar sendiri tak tahu macam mana Lanang boleh muncul di Pulau Chenta Aroma. Nuar sendiri pelik, mustahil Ambarningsih menghidupkan kembali wong menyak. Watak tu Nuar dah matikan tapi...”- Anuar “Dia ni dah kena sampuk ke apa? Tak pasal-pasal panggil abang Pawarka... Pawarka... ni dah kenapa?”- Abang ZZ
“Selamat datang tuan...” / BELL-BOY - NINIE OTHMAN Writer’s block yang melanda Farish telah memberi idea kepada Ariff untuk menginap di sebuah hotel yang dikatakan berpuaka. Dengan harapan ilhamnya akan datang mencurah-curah dan mahu menamatkan writer’s blocknya, akhirnya Farish bersetuju untuk menginap di hotel berpuaka itu selama 4 hari. Kisah kematian penuh tragis seorang bell-boy yang pernah bekerja di hotel itu telah menarik minat Farish untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Dia cuba menyiasat apa yang telah menyebabkan bell-boy itu dibunuh dengan kejam. Namun, keberanian Farish dan Ariff semakin goyah apabila mereka sering diganggu dengan gangguan-gangguan yang menakutkan ke...
Persengketaan di bumi bermula sejak penderhakaan pertama di langit!~ SINOPSIS Bermula Perang Salib, dunia tercampak ke dalam petaka yang dahsyat. Seekor makhluk derhaka lahir dan mencetuskan hura-hara serta kacau bilau. Dunia cuba diheretnya sehingga ke titik kehancuran! Sehingga pada tahun 2018, Firman dan Izara masih tidak berputus asa mencari Furqan yang dilarikan Azazil. Dalam masa sama, Malaysia digemparkan dengan penemuan mayat wanita hamil dalam keadaan mengerikan. Lambang misteri ditinggalkan di lokasi kejadian. Inspektor Rasyid yakin kes yang berlaku mempunyai kaitan dengan kejadian ngeri pada tahun 2015. Doktor Latifah seorang pakar psikiatri hadir bagi membantu siasatan. Ustaz Yus...
Jangan biarkan dia wujud! Iman Zaman seorang novelis seram tersohor, sudah tidak mampu menulis cerita seram lagi. Semuanya bermula setelah dirinya mengalami masalah rumah tangga dengan isterinya, Diana. Dalam diam, Iman mengesyaki Diana curang. Namun, Diana tetap membantu Iman mencari sebuah rumah sewa di kawasan pedalaman semata-mata ingin membantu Iman menyiapkan karyanya. Di rumah disewanya itu, Iman telah menjumpai senaskhah manuskrip lama yang belum lengkap. Dia mula bercadang untuk memplagiat karya itu. Sejak itu, Iman sering diganggu pelbagai kejadian seram dan aneh. Termasuk kehadiran seorang lelaki yang menyuruh Iman menyiapkan segera manuskripnya.
Kupersembah korban yang kuseru... Suria sering diganggu kelibat seorang wanita dan kanak-kanak lelaki. Gangguan semakin hebat apabila seekor ular hitam muncul dan mengganggu dirinya. Tidak semena-mena Suria dijangkiti penyakit kulit hingga membawa dia ke Kampung Gua Rastali. Di situ, dia diganggu Jamri. Lelaki tua yang dianggap gila. Keadaan semakin kalut apabila teman lelaki Suria bermimpi tentang sebuah gua. Kupersembah korban yang kuseru... / KORBAN HITAM Jeritan suara nyaring sering mengganggu lena Randy. Jingkai terus bercerita tentang mitos gua suara maut di Guilin, China selepas Randy menceritakan mimpinya. Cerita itu menarik perhatian rakan-rakan yang lain sehingga membawa mereka ter...
Masanya sudah tiba! Kuasa hitam sudah bangkit! Kuasa yang akan memusnahkan dunia jika tidak dihalang! Dato Saufie segera mengumpulkan manusia yang telah ditakdirkan menentang Sang Purba yang dibantu oleh Tar dan Nyi Ratu Kidul. Pengembaraan mereka bermula menyelusuri alam bunian, bertemu naga Tasik Chini, berdepan dengan hantu gigi jarang dan menentang tentera junta Myanmar. Mampukah Dato Saufie mencari serta meyakinkan Haziq, Aiman Aklaken, Raiqal, Salim Bach dan Shikin menentang makhluk durjana yang dibangkitkan apabila sumpahannya terlerai? Berjayakah misi mereka menentang Sang Purba? “Dunia memang takkan kiamat lagi. Tapi dunia akan sengsara jika tuan tak bertindak sekarang.” - Dato Saufie “Jadi saya dan Raiqal diperlukan untuk menghadapi Sang Purba?” - Aiman Aklaken “Buru makhluk pemakan daging manusia! Dah lama aku nak buru makhluk tu!” - Raiqal
CINCIN PUAKA ZAMRUD (AIDA ADIA)> Setelah kematian bapanya, Aryan sering didatangi mimpi pelik yang menggambarkan roh bapanya seolah-olah tidak tenteram di alam sana. Aryan mengesyaki peti kayu Jawa kuno warisan tinggalan nenek moyangnya disimpan oleh arwah bapanya itu pasti menyimpan suatu rahsia atau jawapan akan maksud mimpi-mimpinya itu. Namun, setelah berjaya membuka peti lama itu, bukan jawapan yang Aryan perolehi tetapi bala pula menimpa diri serta keluarganya. Sebentuk cincin zamrud yang disimpan di dalam peti lama itu rupanya berpuaka dan sepatutnya dimusnahkan oleh arwah bapanya, namun tidak sempat kerana arwah bapanya jatuh sakit dan meninggal dunia dalam keadaan tragis. SAKTI CINC...
Kehidupan Norliesa mula tidak tentu arah setelah kematian ketiga-tiga anaknya. Bagi Norliesa, kehilangan ketiga-tiga zuriatnya itu berpunca daripada anak bongsunya, Nurul Shafiqah. Shafiqah disisihkan oleh ibunya sendiri. Keadaan itu membuatkan Lutfi selaku suami Norliesa dan ayah kepada Shafiqah hidup dalam dilema. Pada waktu yang sama, Shafiqah yang sedang menuntut di sebuah kolej mula berhadapan kejadian misteri. Seorang demi seorang rakan serumahnya hilang tanpa jejak. Hidup Shafiqah mula tidak tenteram dan sering diganggu kejadian aneh sepanjang menyewa di rumah batu berhampiran kawasan kolejnya itu. Jiwa Lutfi terus diasak rasa serba salah apabila Romeor, rakan lamanya meminta pertolon...