Welcome to our book review site go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

Hijrah
  • Language: ms
  • Pages: 164

Hijrah

Adapun hijrah itu merupakan satu perubahan daripada jahat kepada baik. Tapi macam mana pula yang sebaliknya? *** “Umar?” Aku bingkas bangun dan berlari ke arahnya. Hanya beberapa meter sahaja lagi untuk sampai kepadanya, Umar tiba-tiba terbakar. Api berwarna kuning oren itu sangat marak, galak membakar sahabat baikku itu. Dalam kepanasan api itu, aku dapat dengar suara Umar yang sedang menjerit kesakitan, memanggil-manggil namaku. “MAJIDDDDDD!!!!!”

Wajah Wanita
  • Language: ms
  • Pages: 208

Wajah Wanita

Wajah Wanita memfokuskan perbincangan berkenaan muka atau wajah wanita dengan membawakan pengertiannya menurut syariat Islam, memperjelas batas atau sempadan muka dan jenis-jenis bulu yang tumbuh di muka. Penulis juga menerangkan hukum bagi perkara-perkara berikut: · Menutup muka di hadapan lelaki bukan mahram. · Tabarruj. · Menggunakan kosmetik dan alat solek. · Mencabut atau mencukur bulu di wajah. · Bertatu dan menjarakkan gigi. · Pembedahan kosmetik dan rawatan kecantikan. · Mendedahkan wajah untuk tujuan promosi dan pengiklanan.

Isu 05 - Ramadhan Ada Umph!
  • Language: ms
  • Pages: 100

Isu 05 - Ramadhan Ada Umph!

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2012-07-20
  • -
  • Publisher: Deen Prints

Ramadhan Ada Umph! merupakan terbitan khas Majalah Jom! bersempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia dan barakah. Walaupun ia bertemakan Ramadhan, namun artikel-artikel di dalamnya menggarap pengisian-pengisian ilmu tentang Ramadhan, renungan dan pengajaran, tips survival, perkongsian pengalaman dan pelbagai lagi input yang evergreen agar para pembaca dapat menjiwai erti sebenar Ramadhan dan mengekalkan ruh Ramadhan tersebut sepanjang tahun, bukan hanya di bulan Ramadhan.

Isu 42 - Ah, Sia-sia Saja Berdoa!
  • Language: ms
  • Pages: 100

Isu 42 - Ah, Sia-sia Saja Berdoa!

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2015-08-25
  • -
  • Publisher: Deen Prints

"Biar betul?! Ada ke doa yang sia-sia? Kalau macam ni, lebih baik tak payah doa!" kata anda, sambil hentak kaki. Ops, tunggu! Jangan gelabah dulu. Isu kali ini membawakan anda huraian tentang hadis ke-10 yang menyatakan satu sebab paling kukuh, doa kita tidak diterima. Malangnya, perkara ini sering kali diremehkan oleh kita dengan tanpa sedar. Hah, apakah ia? Nah, temukan jawapannya di dalam ini!

Isu 36 - Villaku Perfect 5
  • Language: ms
  • Pages: 100

Isu 36 - Villaku Perfect 5

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2015-02-23
  • -
  • Publisher: Deen Prints

Terbitnya isu ke-36 ini menandakan lengkaplah cycle 3 tahun Majalah Jom! Setelah begitu banyak naik turun yang dilalui, alhamdulillah majalah kecil ini masih bertahan dalam mengharungi arus besar majalah lain di Malaysia. Villaku Perfect 5 itu tajuk pilihan kami bagi isu kali ini. Ada yang bertanya, “Apa 5 tu?” Segera kami menjawab, “Nak tau kenalah baca!” Hehe. Seperti terbitan sebelum ini, kami menggunakan kitab Hadith 40 Imam Nawawi untuk mengangkat tema bagi sesebuah isu itu. Makanya, sudah tibalah giliran hadis ketiga di dalam kitab ini. “Hadith ketiga? Apa tu?” tanya anda dengan muka penuh hairan. Hadis ketiga secara kasarnya menceritakan bahawa Islam itu terbina di atas lima perkara, dan lima perkara tersebut adalah: "Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah utusan Allah. Mendirikan solat. Mengeluarkan zakat. Mengerjakan haji ke Baitullah. Menunaikan puasa pada bulan Ramadhan" Jadi, apa kaitannya Villaku Perfect 5 dengan hadis ini?” tanya anda lagi sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal itu. Ha, jika nak tahu, kenalah beli dan baca dahulu! :D

Isu 40 - Misi Tak Mustahil!
  • Language: ms
  • Pages: 100

Isu 40 - Misi Tak Mustahil!

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2015-06-23
  • -
  • Publisher: Deen Prints

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah! Majalah Jom! sudah sampai edisi ke-40! Perjalanan yang amat mencabar, itu kami akui. Namun, atas rahmat Allah dan kasih sayang-Nyalah kami masih bertahan di sini. Misi Tak Mustahil!? Hm, agaknya apa pula yang dibawakan oleh edisi terbaru Majalah Jom! ini ya? Seperti biasa, kami mengangkat tema yang diekstrak daripada hadis kelapan an-Nawawiyah. Jika dibaca sekali imbas, hadis ini menyatakan bahawa kita perlu MEMERANGI manusia sehingga mereka bersyahadah, mendirikan solat dan menunaikan zakat. “Ahah! Jadi betullah agama Islam ini agama kekerasan?” tanya anda sambil membulatkan mata. Eh, tidak. Untuk fahami apa yang diertikan melalui hadis ini, ...

Isu 30 - Ini Serius Pelik!
  • Language: ms
  • Pages: 100

Isu 30 - Ini Serius Pelik!

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2014-08-22
  • -
  • Publisher: Deen Prints

Ramadhan sudah berlalu. Syawal juga semakin meninggalkan kita. Namun harap-harapnya, kita masih tetapi istiqamah dalam amal ibadah kita insya-Allah. Majalah Jom! kini kembali lagi dengan edisi seterusnya (percaya atau tidak, edisi yang ke-30!) bertajuk; ‘Ini Serius Pelik!’ Apa yang pelik sangat tu? Majalah Jom! kali ini mengenengahkan pula tema daripada surah al-‘Alaq bahagian kedua, yang mengisahkan tentang perangai manusia yang pelik ini. Sudahlah diberi semuanya oleh Allah, bukan sahaja tidak disyukuri, malah dirasakan bahawa semuanya adalah dia yang punya!

Isu 13 - Yeah! Kita Pasti Menang!
  • Language: ms
  • Pages: 100

Isu 13 - Yeah! Kita Pasti Menang!

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2013-03-22
  • -
  • Publisher: Deen Prints

Lengkap sudah 1 putaran (baca: cycle) Majalah Jom! Dengan izin Allah, kami telah berjaya menerbitkan isu ke-13 yang bertajuk ‘Yeah! Kita Pasti Menang!’ Kali ini, dengan membawa tema daripada surah an-Nasr, Majalah Jom! memfokuskan pula kepada jaminan kemenangan daripada Allah S.W.T kepada para mukmin. Setelah para mukmin dihadapkan dengan pelbagai ujian dan halangan yang datang dari dalam dan luar, termasuklah cabaran daripada orang-orang yang terdekat yang tidak menyokong perubahanyang mereka lakukan serta dakwah yang mereka perjuangkan, Allah menjanjikan pula kemenangan kepada mereka yakni dengan masuknya orang secara berduyun-duyun ke dalam Islam.

Isu 32 - Bila Hati Sudah Suka
  • Language: ms
  • Pages: 100

Isu 32 - Bila Hati Sudah Suka

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2014-10-23
  • -
  • Publisher: Deen Prints

Tengok cover sahaja sudah cukup buat kita bernyanyi girang sendiri, mengubat luka di hati, kan? Ya! Dalam isu kali ini, majalah Jom! mengupas surah kegemaran ramai iaitu surah al-Insyirah. Yakni tentang surah yang terdapat dalamnya penekanan pada ayat (yang bermaksud): "Sesungguhnya bersama kesulitan, ada kemudahan." Ya, ia datang bersama - seperti kombo. Tanpa kesulitan, tiada juga kemudahan. Maka pasti kita teruja nak tahu kupasan-kupasan menarik tentang tema kali ini. Check it out!

Isu 03 - Aku Mahu Bebas Jahiliyah
  • Language: ms
  • Pages: 100

Isu 03 - Aku Mahu Bebas Jahiliyah

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2012-05-18
  • -
  • Publisher: Deen Prints

Isu ke-3 Majalah Jom! membawakan tema sayonara (selamat tinggal) jahiliyah, yang membawa makna mencabut segala yang bukan bernama Islam dan mencelupkan diri dengan celupan (sibghah) Islam seperti firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 138. Sangat mudah untuk kita menyebutnya daripada melaksanakan. Tetapi yakinlah akan pertolongan dan janji Allah dan bermujahadahlah untuk terus mempelajari makna Islam dan cernakan dalam kehidupan sedikit-sedikit agar akhirnya, seluruh kehidupan kita diwarnai Islam. Jom katakan Hai Islam, Bye-bye Jahiliyah!