Welcome to our book review site go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

Projek Seram : Lif
  • Language: en
  • Pages: 298

Projek Seram : Lif

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2017
  • -
  • Publisher: Buku Prima

Kau Kuseru - Ninie Othman Desakan untuk mencari rumah sewa baru telah membawa Amira, Melissa dan Erin hingga ke bangunan rumah pangsa, Blok Mawar. Dengan bantuan Zairil, mereka bertiga berpindah masuk ke situ. Selepas seminggu tinggal di situ, mereka diuji dengan pelbagai peristiwa pelik sejak hari pertama mereka menyewa di flat itu. Amira sering kali ternampak gadis berpakaian putih yang dikotori darah, Melissa seringkali mencium bau hanyir darah ketika berada di kawasan lif. Erin yang memberi idea supaya mereka mendapatkan jawapan kepada semua kejadian pelik itu menggunakan papan Ouija. Adakah semua persolan terjawab atau apakah musibah yang bakal menanti mereka? Berjayakah mereka hingga k...

Projek Thriller : Vape
  • Language: en
  • Pages: 341

Projek Thriller : Vape

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2017
  • -
  • Publisher: Buku Prima

Definisi Rokok elektronik atau vape terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu bateri, atomizer dan penyedut serta e-liquid. Kemunculan semula vape menimbulkan satu fenomena baru dalam industri rokok. Wujud tanda tanya dalam kalangan masyarakat akan keselamatan, kesihatan seterusnya menyebabkan gejala sosial berleluasa tanpa sekatan. Namun begitu, kesahihan mengenai kesan vape ini masih lagi menjadi persoalan sehingga wujud pelbagai spekulasi di dunia vape itu sendiri. 1 ) Nyamuk Seekor nyamuk ingin melawan seekor naga? Mampukah? Kata-kata itu terus berlegar dalam kotak fikirannya. Wirna menarik nafas panjang. Ya... tak mungkin seekor nyamuk mampu melawan seekor naga.- Zaifuzaman Ahmad 2...

Jeritan Puaka
  • Language: en
  • Pages: 336

Jeritan Puaka

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2017
  • -
  • Publisher: Buku Prima

“Apabila dua dunia menjadi satu” Sikap teruja mahu melihat sendiri dunia syaitan yang penuh kejahatan akhirnya membawa malapetaka kepada diri mereka. Di saat hijab mata terkunci kemas, mereka menempah musibah dengan membiarkannya terbuka luas sehingga akhirnya memakan diri mereka sendiri. Tatkala kaki melangkah masuk ke dunia itu, mereka tahu mereka telah membuat keputusan yang salah tetapi semuanya sudah terlambat. Apakah pengakhiran hidup mereka? Dapatkah mereka berpatah balik atau terus terkubur di alam sana? “Abang harap tak ada di antara kita yang lemah semangat. Kalau ternampak, terdengar atau tercium apa-apa, jangan sesekali tegur.” – Abang Kipli “Sal nampak perempuan mata putih masa abang Iman dibawa naik tadi,” – Salmi “Memang sebiji suara kau. Lepas tu pintu terbuka. Mati-mati kita orang ingat kau yang buka pintu,” – Azrul

Projek Seram Highway
  • Language: en
  • Pages: 415

Projek Seram Highway

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2016
  • -
  • Publisher: Buku Prima

“Aku takut… aku masih belum mahu mati!” / JALAN TERAKHIR Perjalanan Razak sebagai penghantar barang ke Pantai Timur telah diganggu. Rakannya yang juga penemannya, Azhar telah hilang secara misteri. Siapakah Fatin yang sentiasa setia menemani Razak? Siapakah lelaki tua misteri yang dijumpai Razak di pinggir lebuh raya? Adakah nyawa Razak bakal terancam dengan gangguan makhluk halus sepanjang perjalanannya? Yang mati yang semestinya pergi. / GANGGUAN Tarmizi dan Nazrin, dua orang pemandu van jenazah perlu menghantar satu jenazah ke sebuah perkampungan di Kedah. Satu susuk wanita berjubah putih kerap kali mengganggu dan menghantui perjalanan malam mereka sebaik sahaja mereka keluar dari tanah perkuburan itu. Setiap kali munculnya wanita itu, pasti dengan wajah yang menakutkan, mata yang bersinar merah menyala dan seakan-akan marah. Siapakah wanita itu? Mengapa wanita itu terus-terusan mengekori perjalanan malam Tarmizi dan Nazrin? Apa yang wanita itu mahukan?

Meremang
  • Language: ms
  • Pages: 558

Meremang

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2015
  • -
  • Publisher: Unknown

Kematian tunang yang bakal dinikahinya dua minggu lagi merupakan satu titik hitam dalam hidup Zamia Izaiqa. Selepas kematian Mohd Azriq, Zamia Izaiqa sering diganggu dengan kejadian-kejadian pelik. Sentiasa menghantui alam lena dan jaganya. Dia bertindak melarikan diri ke banglo biru yang terletak jauh di Terengganu untuk menenangkan perasaannya yang terseksa. Banglo biru memberikannya ketenangan yang dicari-cari dan memulihkan semangat yang semakin pergi dari hidupnya. Kehadiran Mak Tam menambahkan perasaan bahagia selama dia berada di situ. Namun di sebalik kebahagiaan itu, terselit sejuta rahsia dan mula terbongkar satu demi satu. “Ibu takkan benarkan Mia balik sana, Danny. Banglo tu tak elok!” ~ PUAN HATILA “Azriq cakap dia diganggu sebab kotorkan pokok besar kat belakang rumah tu. Lepas tu dia ada cadang kat tunang dia supaya tebang pokok tu.” ~ FAKHRUL “Hampir semua orang kampung pernah nampak, dengar dan kena kacau dengan iblis-iblis kat banglo tu.” ~ IMRIZ “Keturunan kau tu milik aku! Kau tahu tak? Aku akan rampas anak yang ada kat dalam perut kau tu!”

NOVELIS
  • Language: ms

NOVELIS

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2020-03-01
  • -
  • Publisher: Buku Prima

Andai jiwamu lemah, maka itu makanan hati yang rapuh... Tiga belas orang novelis menghadiri Program Santai Bersama Peminat yang dianjurkan oleh pihak penerbit. Mereka semua ditempatkan di Pulau Chenta Aroma. Banglo resort menjadi tempat penginapan mereka yang dimiliki oleh sepasang suami isteri. Anehnya, sebarang alat komunikasi langsung tidak boleh mengakses internet dan laman sosial selain berhubung sesama sendiri di dalam pulau itu. Tanpa diduga, satu per satu makhluk ciptaan para novelis muncul dan memburu penciptanya dan peminat mereka. Ada di antara mereka yang menjadi korban makhluk-makhluk itu. Bertambah malang apabila semua editor yang terlibat hilang begitu sahaja. “Sis, you perasan tak batu ni membentuk kubur dan kubur ni saling tak tumpah seperti kubur bernyawa dalam novel you tu?” - Roszita “Maafkan Nuar, Kak Julie. Nuar sendiri tak tahu macam mana Lanang boleh muncul di Pulau Chenta Aroma. Nuar sendiri pelik, mustahil Ambarningsih menghidupkan kembali wong menyak. Watak tu Nuar dah matikan tapi...”- Anuar “Dia ni dah kena sampuk ke apa? Tak pasal-pasal panggil abang Pawarka... Pawarka... ni dah kenapa?”- Abang ZZ

Pusaka - Ebriza Aminuddin
  • Language: ms

Pusaka - Ebriza Aminuddin

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2022-07-19
  • -
  • Publisher: Karangkraf

Cahayakan pusaka kita, cu! Ezra sering diganggu dengan kehadiran roh atuk dan nenek di dalam mimpi dan di dalam jaganya. Roh atuk dan nenek itu mengaku Ezra adalah cucu mereka dan meminta Ezra menyelamatkan pusaka mereka. Ezra buntu dan amat tertekan. Setiap kali roh atuk dan nenek itu muncul, pasti akan diiringi makhluk halus yang akan mencederakannya. Apakah benar Ezra adalah cucu kepada roh atuk dan nenek itu? Kenapa makhluk-makhluk halus itu mahu mencederakan Ezra? “Kenapa saya yang perlu selamatkan pusaka atuk? Saya tak kenal atuk. Saya tak tahu siapa atuk.” - EZRA “Petakanya amat dahsyat. Hanya cucu yang mampu menyelamatkannya. Kembalikan pusaka kita, cu.”- ROH ATUK “Rumah ni milik kami, kami takkan keluar. Kau yang patut keluar. Tinggalkan kami di sini!” - PUAKA

Projek Seram Hotel
  • Language: ms
  • Pages: 528

Projek Seram Hotel

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2016
  • -
  • Publisher: Buku Prima

“Selamat datang tuan...” / BELL-BOY - NINIE OTHMAN Writer’s block yang melanda Farish telah memberi idea kepada Ariff untuk menginap di sebuah hotel yang dikatakan berpuaka. Dengan harapan ilhamnya akan datang mencurah-curah dan mahu menamatkan writer’s blocknya, akhirnya Farish bersetuju untuk menginap di hotel berpuaka itu selama 4 hari. Kisah kematian penuh tragis seorang bell-boy yang pernah bekerja di hotel itu telah menarik minat Farish untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Dia cuba menyiasat apa yang telah menyebabkan bell-boy itu dibunuh dengan kejam. Namun, keberanian Farish dan Ariff semakin goyah apabila mereka sering diganggu dengan gangguan-gangguan yang menakutkan ke...

Ummu Sibyan
  • Language: ms
  • Pages: 288

Ummu Sibyan

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2018-02-07
  • -
  • Publisher: Buku Prima

Ummu Sibyan ialah jin betina yang suka mengganggu kanak-kanak di bawah umur dua tahun dan ibu-ibu mengandung. Kehadirannya membawa pelbagai malapetaka kepada keluarga tok ketua. Kemudian satu per satu kejadian seram dan menakutkan berlaku di Kampung Hulu 8 sehingga memaksa Tok Guru Semail bertindak menyelesaikan kes-kes itu dengan bantuan tok ketua, Samad, Berahim dan Leman. Ada yang berdamping dengan iblis sehingga sanggup menggadaikan iman dan ada yang merayu untuk dipulihkan kerana tidak sanggup menjadi mangsa kepada dosa-dosa nenek moyang mereka. Semua kes cuba diselesaikan dengan baik walaupun kadangkala nyawa mereka menjadi galang gantinya. Adakah apa yang diusir itu terus pergi ataupu...

The Sayings of Abubakar Othman
  • Language: en
  • Pages: 22

The Sayings of Abubakar Othman

  • Type: Book
  • -
  • Published: 1999
  • -
  • Publisher: Unknown

None