You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Yaya, gadis awal remaja yang menjadikan Oci, seekor itik sebagai sahabat. Fizikalnya yang berkulit hitam seperti arang menjadikan dia bahan ejekan. Meskipun miskin, Yaya merupakan pelajar yang pintar. Suatu hari, sekumpulan remaja nakal melastik Oci sehingga cedera dan membunuhnya pada malam kejadian. Keajaiban berlaku. Seorang anak remaja yang tampan, memperkenal diri sebagai Koci dan cuba mendampingi Yaya tanpa gadis itu tahu bahawa dia sebenarnya Oci yang menjelma dalam bentuk manusia.
Hana dan Risya, pasangan kembar tidak seiras. Bukan rupa mereka sahaja tidak sama, malahan sikap serta perwatakan mereka juga berbeza. Risya adalah pelajar harapan sekolah manakala Hana digelar si dungu yang hanya mahir dalam subjek yang melibatkan pengiraan. Kekurangan itu menyebabkan dia tercampak ke kelas belakang sehingga dicemuh oleh rakan-rakan Risya yang tidak pernah tahu bahawa kedua-dua beradik itu adalah kembar. Seorang di kelas atas dan seorang lagi di kelas bawah. “Kalau semua buku yang dibaca selama ini pandai bercakap, mungkin mereka marah saya asyik baca tetapi tidak faham-faham apa yang mereka cuba sampaikan. Mungkin juga ini takdir saya, takdir si dungu” Hana.
Hanis aktif bermukbang. Identitinya menjadi misteri kerana dia sering kali muncul bertopeng menggunakan nama Mukbang Girl. Dia diminati ramai kerana sesi mukbangnya sering diselit nasihat dan kata-kata semangat kepada penontonnya. Ruby, Dahlia, dan Ayumi, tiga serangkai yang menjadi musuh Hanis di sekolah. Mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa Hanis, yang mereka sangkakan seorang pelajar miskin sentiasa mengalahkan mereka dalam semua aspek, akademik dan juga sukan. Walaupun mencemburui Hanis, mereka bertiga sebenarnya adalah peminat tegar Mukbang Girl. Kehadiran surat misteri yang mengetahui identiti sebenar Hanis membuatkan hidupnya jadi tidak tentu arah. Dapatkah Hanis terus menyimpan rahsianya sebagai Mukbang Girl? Siapakah yang mengkhianati Hanis?
An a.k.a Farhan, seorang budak Gaming, berpengaruh di arena e-sport. Realitinya, Farhan yang bijak itu cukup malas untuk melakukan apa-apa selain bermain game sepanjang hari. Dia yang dipaksa tinggal bersama nenek di kampung, bengang apabila sering diganggu hilaian cik pontianak saban malam. Akif yang tidak pernah merasai nikmat mengadakan aktiviti pada malam sepertimana rakan-rakan sekolahnya, mula mempengaruhi Farhan supaya menyertainya untuk menyiasat misteri sebenar kewujudan cik pontianak. Farhan bukannya tidak curiga tetapi dia bimbang kalau-kalau ada misteri yang tidak sepatutnya mereka rungkai. Ada klu yang menguatkan firasatnya bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan Kampung Mata Tiga. Aku tak boleh bertindak melulu. Kalau tekaan aku benar, nyawa nenek tentu terlibat sama. Papa tak hantar aku ke sini untuk bahayakan nyawa nenek! - Farhan
Di bahu remaja 16 tahun itu, terpikul beban sebagai ibu dan ayah kepada dua orang adik setelah kematian orang tuanya sejak pertengahan tahun lalu. Demi amanah, Ezza mengunci mulut. Telinganya dibiar pekak. Bagi Ezza, mulut tempayan boleh ditutup, topi mulut manusia hanya berhenti tatkala penat. Dia perlu menjadi seteguh Ru di pantai. Batangnya besar dan keras. Kulitnya tebal. Daunnya keras. Dahannya kukuh. Akarnya, kuat. “Kau fikir secara rasional boleh tak? Tak ada satu manusia pun yang tak dapat faham kalau mereka berada di tempat kau! Relakslah. Mama tak pernah fikir macam tu pada kau. Ezza, kita ni baru 16 tahun! Apa yang orang dewasa boleh harapkan pada kita?” - Fahmi Ini kisah Ezza. Kisah gadis yang punya kecekalan dan kekuatan yang luar biasa. Gadis yang hanya tahu menapak demi adik-adiknya. Yang mungkin pada mereka yang tidak diuji hanya kedengaran dongeng dan rekaan semata.
Meen tidak memilih untuk menjadi pendiam tetapi terpaksa diam kerana apa yang terlintas dalam fikirannya tidak pernah sama dengan apa yang bibirnya lontarkan. Pada ketika mereka di sekeliling menuduhnya biadab, Kamarul bertindak memahami meski mereka tidak pernah sebulu. Meen pernah memenangi pingat emas pada Kejohanan Silat Peringkat Negeri pada ketika usianya 12 tahun. Disebabkan insiden kecelakaan, Meen dihurung trauma. Dia menjauhkan diri dan enggan bersilat lagi. Bahkan, tegar membiarkan sahaja dirinya dibuli biarpun, tubuhnya disakiti. Kamarul tidak betah membiarkan Meen tersungkur jatuh. Dia tidak mampu berpejam mata membiarkan Meen semakin jauh. Dia perlu lakukan sesuatu agar semangat Meen untuk beraksi di gelanggang kembali riuh. Dia mungkin lebih hebat daripada abang. Maafkan saya sekali lagi. Saya tak cakap kosong. Kalau dulu, dia mungkin saingan saya tapi sekarang, serangannya seperti kilat. Sedar-sedar, lawan dah berada di atas tanah. Tersungkur tanpa orang tahu apa yang dah berlaku – Kamarul
Aria bingung. Rumahnya bukan lagi rumahnya. Binaan batu sudah bertukar kepada kaca. Mustahil sekelip mata ia berubah. Ingatannya luar biasa, tidak mungkin menipu. Dia hanya tergelincir ke dalam lubang di belakang bangunan usang sekolah. Seorang gadis berpakaian lagak pelatih tentera, memperkenal diri sebagai Waziraa. Dakwanya, mereka berada pada tahun 2333. Aria pasti dia sedang lena. Pasti ada cara untuk dia terjaga. Sedang dia bingung memikirkan apakah yang sedang berlaku itu mimpi mahupun realiti, dia dikejutkan dengan teknologi di situ yang jauh lebih maju daripada apa yang dilaluinya setiap hari. Jadi, benarkah dakwaan Waziraa yang mengatakan bahawa dia berada pada ratusan tahun ke hadapan? Tidak semudah itu dia mengaku tewas. Tentu ada sebab kenapa dia telah dibawa ke suatu garis masa yang jauh.
Sejak menerima sampul putih berlabel ‘GOVERNMENT SPECIAL ACADEMY’, Meen merasakan gerak-gerinya sentiasa diperhati. “Apa motif kau intip aku? Apa yang kau boleh buat kalau aku berkeras dengan keputusan aku?” - Meen “Kenapa kau tolak GSA mentah-mentah? Bukankah ini usaha kerajaan untuk tangani isu buli? GSA adalah akademi khas yang ditubuhkan untuk mendidik para pembuli supaya menjadi individu berguna supaya mampu berkhidmat menjaga keselamatan negara. Dan kau sebagai pesilat, akan bertindak sebagai individu yang mengekalkan keseimbangan dalam komuniti di GSA” - Fairuz Di atas alasan tersendiri, Meen akhirnya melaporkan diri ke akademi yang dikawal ketat bagai penghuni tahanan penjara. Namun, dia tidak pernah berminat untuk campur tangan apabila para pelajar saling bertumbuk sehingga mencederakan.
At the conclusion of the twentieth century, the US economy was booming, but the gap between the rich and poor widened significantly in the 1990s, poverty rates among women and children skyrocketed, and there was an unprecedented rise in familial homelessness. Based on a four-year ethnographic study, Anne R. Roschelle examines how socially structured race, class, and gender inequality contributed to the rise in family homelessness and the devastating consequences for parents and their children. Struggling in the Land of Plenty analyzes the appalling conditions under which homeless women and children live, the violence endemic to their lives, the role of the welfare state in perpetrating poverty, and their never-ending struggle for survival.
It is an undisputed reality that the tourism industry in Asia is getting exposed to more innovative technologies than ever before. This proposed book provides the latest research in the application of innovative technology to the tourism industry, covering the perspectives, innovativeness, theories, issues, complexities, opportunities and challenges. This book, a blend of comprehensive and extensive effort by the contributors and editors, is designed to cover the application and practice of technology in tourism, including the relevant niches. This book focuses on the importance of technology in tourism. This also highlights, in a comprehensive manner, specific technologies that are impactin...