You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Buku Rekayasa Bahasa: Teori dan Aplikasi ini mengandungi sepuluh bab yang memperkatakan secara langsung dan tidak langsung tentang penerapan ilmu bahasa, khususnya yang menyentuh teori penggunaan dan perkembangan bahasa. Keunikan buku ini dapat dilihat melalui kupasan ilmiah berkenaan ilmu bahasa dalam setiap bab merangkumi aplikasi teori dan perkembangan bahasa Melayu itu sendiri. Buku ini sesuai untuk bacaan umum dan diharap dapat menjadi rujukan dan panduan kepada para pengkaji bahasa, pelajar dan golongan pembaca yang berminat alam bidang kajian bahasa.
Antologi Puisi 40 Tahun UUM, Setiap Kali Kau Tiba 16 Februari: Landskap Nostalgia Di Lembah Sintok memaparkan puisi berkaitan Universiti Utara Malaysia (UUM) hasil idea kreatif warga UUM termasuk alumni dan pesara. Buku ini merungkai makna jiwa pada setiap penghuninya melalui bait-bait indah dan puitis pada kata dan rangkap sebagai penzahiran rasa cinta dan syukur atas bumi UUM yang memberi ruang dan waktu kepada warganya dan khalayak pembaca untuk terus menyusuri perjalanan sejarahnya, jatuh dan bangunnya, harapan dan kejayaan yang dibawa bersamanya.
Buku Dinamika dalam Aplikasi dan Praktis Bahasa membincangkan isu-isu penggunaan bahasa dalam konteks yang pelbagai seperti matlamat kajian, medium penelitian sama ada lisan mahupun tulisan, bidang tujahan, variasi data yang diinterpretasikan dan dianalisis serta metodologi yang empirikal dan dinamik. Kekuatan buku ini ditunjangi dengan cara kepelbagaian kupasan data yang menyentuh aspek penggunaan bahasa yang mampu menterjemah idea, wahana dan buah fikiran sesebuah bangsa. Buku ini juga dihasilkan untuk memberi pendedahan kepada pembaca berkenaan kepelbagaian penggunaan bahasa dalam memahami ekspresi budaya yang menjadi prinsip dan pegangan sesuatu komuniti bahasa dalam membentuk identiti sesebuah bangsa. Buku ini diharap dapat memberikan gambaran dan informasi berguna terhadap penggunaan bahasa, yang akhirnya dapat dijadikan sumber rujukan pengkaji bahasa, pelajar dan masyarakat umum untuk menggunakan bahasa dengan baik dan berkesan.
Buku Linguistik Terapan daripada Perspektif Pengguna dan Penggunaan mengandungi 10 bab terpilih yang membincangkan isu-isu linguistik hasil penyelidikan daripada kepelbagaian sudut pandang disiplin bahasa dan linguistik seperti bidang semantik dan pragmatik, analisis wacana, psikolinguistik, sosiolinguistik dan terjemahan. Buku ini dihasilkan untuk memberikan pendedahan kepada pembaca berkenaan variasi bentuk penggunaan bahasa dengan kepelbagaian tujuan, medium penelitian, aspek tujahan serta data yang digunakan oleh pengguna. Tunjang kekuatan buku ini adalah dari segi cara penghujahannya yang diadun secara empirikal dan saintifik oleh peneliti dan pengkaji bahasa, sesuai dengan keperluan dan kehendak dunia penyelidikan linguistik terkini. Buku ini sesuai dijadikan sumber rujukan dan dimanfaatkan sebaiknya oleh pengkaji bahasa, pelajar dan masyarakat umumnya untuk memahami perilaku penggunaan bahasa oleh pengguna secara nyata. Buku ini juga diharap dapat dijadikan pemangkin dan pencetus semangat kepada kumpulan penyelidik baharu yang baru hendak berjinak-jinak terjun ke dunia penyelidikan, dalam usaha memugar bahasa dari aspek pengguna dan penggunaan.
Bidang pendidikan amat memerlukan guru-guru yang berkualiti. Penghasilan guru-guru yang berkualiti dapat menjamin keberkesanan pengajaran. Buku “Guru Berkesan: Petua dan Panduan” ini telah diterbitkan untuk kegunaan institusi-institusi pengajian berkaitan pendidikan khususnya untuk para pensyarah, pendidik dan bakal pendidik serta pengamal pendidikan. Buku ini membincangkan unsur-unsur yang penting dalam proses penyediaan seorang guru yang berkesan terutama dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap guru. Antara perbincangan yang diberi penekanan dalam buku ini ialah dari segi pengajaran yang berkesan, kualiti peribadi guru berkesan, komunikasi guru berkesan, motivasi guru berkesan, guru berkesan dari aspek ilmu pengetahuan dan pengurusan bilik darjah yang berkesan.
Bidang pendidikan memerlukan guru-guru yang berkualiti kerana proses penghasilan guru-guru yang berkualiti dapat menjamin keberkesanan pengajaran. Buku Pedagogi: Dari Sekolah ke Institut Pendidikan Tinggi ini diterbitkan untuk kegunaan institusi-institusi pengajian yang berkaitan dengan pendidikan khususnya untuk pensyarah, pendidik dan bakal pendidik. Buku ini membincangkan amalan-amalan penting dalam pedagogi. Antara kandungan buku ini ialah perbincangan tentang konsep pedagogi dan pengajaran serta konsep ilmu dalam bidang pendidikan. Seterusnya perbincangan tentang model-model pengajaran, mengenal pasti dan membezakan pelbagai jenis model pengajaran dan menjelaskan kepentingan model pengajaran. Seterusnya pelbagai gaya pengajaran guru dan gaya pembelajaran pelajar serta kajian-kajian tentang gaya pengajaran dan gaya pembelajaran pelajar juga dibincangkan.
The Safavid World brings together thirty chapters on many aspects of the complex Safavid state, 1501–1722. With the latest insights and arguments, some offer overviews of the period or topic at hand, and others present new interpretations of old questions based on newly found sources. In addition to political history and religious life, the chapters in this volume cover economic conditions, commercial links and activities, social relations, and artistic expressions. They do so in ways that stretch both the temporal and geographical perimeters of the subject, and contributors also examine Safavid Iran with an eye to both its Mongol and Timurid antecedents and its long afterlife following th...
Includes S.A. Wurm - Papua - New Guinea nationhood; the problem of a national language, separately catalogued.