Welcome to our book review site go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

Kau Menjadi Kata-kata yang Tak Sempat Kubaca
  • Language: ms
  • Pages: 122

Kau Menjadi Kata-kata yang Tak Sempat Kubaca

Aku telah memasukkanmu ke dalam bingkai tak bergambar dan menggantungmu ke dinding tak bertiang. Kumpulan Puisi persendirian pertama Hafizul Faiz - penulis yang membina dirinya untuk menjadi penyair romantis yang menjanjikan.

KISAH MALAYSIA BERKURUNG
  • Language: ms
  • Pages: 206

KISAH MALAYSIA BERKURUNG

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2020-04-15
  • -
  • Publisher: JT Books

Entah mengapa, ujian berkurung ini dilanjutkan oleh Allah. Mungkin kerana doa kita agar wabak COVID-19 diangkat oleh Allah belum dimakbulkan sepenuhnya. Mungkin kerana iklim bumi belum benar-benar pulih setelah lama dicederakan oleh manusia. Mungkin kerana arahan berkurung oleh kerajaan belum benar-benar kita patuhi. Mungkin kerana solat jemaah dalam rumah kita belum cukup mengisi ruang rohani dalam keluarga yang selama ini penuh leka. Mungkin kerana hubungan keluarga masih belum erat rapat dalam tempoh berkurung sebelum ini. Mungkin kerana bacaan al-Quran kita masih belum mencapai sasaran rohani sepatutnya. Mungkin kerana darjat sabar kita belum benar-benar teruji. Mungkin, mungkin, mungkin?

PERJALANAN TERAKHIR BUYA HAMKA
  • Language: ms
  • Pages: 330

PERJALANAN TERAKHIR BUYA HAMKA

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2021-03-15
  • -
  • Publisher: JT Books

Perjalanan Terakhir mengisahkan saat-saat terakhir perjalanan beliau yang amat mengharukan itu. Ia lengkapi dengan catatan dan kenangan daripada para sahabat dan murid-murid almarhum dari pelbagai profesion baik ulama, cendekiawan, ahli politik, sasterawan, generasi muda sampai kepada orang awam atau rakyat biasa yang merasa dekat dengan almarhum. Ia berupa pengalaman peribadi, catatan dari suatu peristiwa ketika bersama Buya Hamka, ataupun komentar-komentar atas wafatnya almarhum baik mengenai keperibadian, integriti ataupun kepemimpinan selama hayatnya.

Yang Singgah dan Pergi
  • Language: ms
  • Pages: 222

Yang Singgah dan Pergi

Buku ini menghimpunkan catatan-catatan fikir Hafizul Faiz, seorang sasterawan, sejarawan & ilmuan muda ketika menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sebagai seorang penuntut, Hafizul Faiz mencatat apa sahaja momen-momen yang bermakna dan bermanfaat; ada dalamnya pergaduhan wacana, peperangan perasaan, anekdot-anekdot keluh-kesah seorang anak muda yang sentiasa memarahi keadaan dan mencari sebab di sebalik segala keadaan. Kata Ustaz Pahrol Mohd Juoi, “Sungguh, Hafizul Faiz bukan sekadar menulis, tetapi dia berjaya menata satu rasa hingga kita sendiri ‘dipaksa’ membaca diri sendiri ketika membaca dirinya! Bacalah perjuangan anak muda ini di pelbagai gelanggang, kembaranya yang merentas lautan dan daratan, kita pasti kagum malah cemburu bagaimana dia memanfaatkan masa lapangnya. Lalu relung masa itu terisi, dengan pelbagai cita dan citra. Ada tafsir, ada sajak, ada kembara, ada suka, ada duka…dan pastinya ada cinta!”

Rama-rama yang Merangkak dengan Sayap Terkoyak
  • Language: ms
  • Pages: 118

Rama-rama yang Merangkak dengan Sayap Terkoyak

Selamat tinggal kepada angin dan matahari rama-rama sayap terkoyak sudah tersadai di sini. Tidak akan ia pulang, mencari cintanya merangkak dengan sayap yang terkoyak. Kumpulan Puisi sulung Adibah Abdullah bakal mempertemukan pembaca dengan makna yang malar hijau sekaligus menghidupkan kehidupan yang sebenar, yang turut mempunyai dua sisi seperti rama-rama: indah, tapi sesungguhnya rapuh.

Tiada Mausoleum Buat Mussolini
  • Language: ms
  • Pages: 166

Tiada Mausoleum Buat Mussolini

"Tiada mausoleum bagi Mussolini setelah ideologinya mengeras sebengis kapak, mengayau sulur-sulur nalar dan naluri. kaum buruh terus ditindas dan dibunuh kapitalis yang tumbuh." Lewat puisi yang bertemakan kemanusiaan, religi dan protes, Bintang Kartika menyantuni golongan yang sering dimarginalkan pihak berwenang, malah tidak betah beliau membiarkan keculasan penguasa berleluasa tanpa ditegur selayaknya. - Haizir Othman

Pluviophile
  • Language: ms
  • Pages: 221

Pluviophile

Pluviphile - Pencinta hujan; orang yang berjumpa ketenangan dan kebahagiaan dalam suasana hujan. Keindahan hidup terletak pada takdir, pertemuan tak terjangka, juga kebetulan-kebetulan tak tersangka. Seperti dibasahkan titis-titis hujan menyegarkan, setiap yang turun adalah persis persona yang datang dan pergi, memberikan kenyamanan tak terjangkaukan - sehinggakan, makna hidup menjadi semakin terang dan jelas. Di hujung gerimis, cahaya matahari pun terbit dari celah awan, menandakan betapa kita telah bertemu cahaya. Begitu penulis menitipkan pesan-pesan dan pengalaman yang dikutip sepanjang hidupnya, lalu digabungjalin dalam cerita-cerita pendek. Sebahagian besar inspirasinya turut terpancar daripada Hamka - maka kisah-kisahnya bukan saja berkait falsafah hidup, seputar keelokan peribadi, malah makna sebenar kebahagiaan, kehidupan dan cinta. Melalui kisah-kisah ini, percayalah - anda juga akan menjadi pemikir yang dalam saat melalui segala detik yang berlalu, apalagi saat hujan turun dan daun-daun luruh. Selamat menjadi pencinta hujan!

KERANA CINTA AKU DERHAKA
  • Language: ms
  • Pages: 288

KERANA CINTA AKU DERHAKA

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2017-10-02
  • -
  • Publisher: JT Books

Sekiranya runtuhan kota dan pasir sungai di Kota Tinggi dapat berkata-kata, tentulah mereka akan berkata di sini dahulu, Kesultanan Johor diasaskan putera Sultan Melaka. Ketika William Shakespeare berkarya di London, Di negeri inilah Bendahara Tun Seri Lanang menulis buku Sejarah Melayu. Sejarah daerah Kota Tinggi saling berkaitan dengan kejatuhan Kesultanan Melaka. Patah tumbuh hilang berganti, empayar Johor mula menguasai Selat Melaka. Johor Lama menjadi pusat utama perdagangan dunia seolah-oleh mengulangi kegemilangan Melaka dahulu. Kerajaan Johor pernah diserang oleh Portugis, Jambi dan Aceh berkali-kali. Namun, kerajaan tidak tumbang walaupun Sultan Johor beberapa kali ditawan, istana kerap kali diruntuhkan dan ibu negeri punah dihancurkan.

Saga HERO 2: Pemburu
  • Language: ms
  • Pages: 447

Saga HERO 2: Pemburu

Malaysia di ambang peristiwa besar. Pembebasan Masjidil Aqsa, kini bukan lagi mimpi, bahkan tidak lama lagi menjadi realiti. Malaysia menerajui misi agung tersebut engan kepimpinan kini yang sangat jujur, dedikasi dan amanah dalam melakukan tanggungjawab. Kejahatan tidak meredhai akan hal ini. Satu organisasi rahsia mula melancarkan serangan demi serangan dari dalam untuk memporak-perandakan Malaysia, meruntuhkan kredbilitinya dengan peristiwa demi peristiwa buruk. Bakri dan bapanya Mustafa, punya sejarah hitam dengan organisasi rahsia ini. Orang yang mereka cintai telahg diragut daripada kehidupan mereka. Mengetahui organisasi tersebut mula memberikan fokus kepada Malaysia, mereka menuju ke sana. Di Malaysia, pertembungan antara kebenaran dan kebatilan, berlangsung!

GURU AINI
  • Language: ms
  • Pages: 307

GURU AINI

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2023
  • -
  • Publisher: JT Books

Banyak faktor dan pendorong yang boleh menjadi sebab kejayaan seseorang. Tiada kejayaan tanpa usaha yang gigih dan tanpa mengenal rasa putus asa. Itulah yang mahu disampaikan oleh penulis Laskar Pelangi ini, Andrea Hirata melalui novelnya – Guru Aini. Menulis novel yang bertemakan pendidikan dan perguruan bukanlah perkara baru buat Andrea Hirata. Dan melalui novel ini, pembaca dihidangkan dengan pelbagai kisah suka, duka, komedi, kekeluargaan dan persabahatan, yang kebanyakkannya turut mencerminkan warna sebenar dalam dunia pendidikan dan pembelajaran.