Welcome to our book review site go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

Perfect Imperfections: Honouring Flaws as Human Nature
  • Language: en
  • Pages: 119

Perfect Imperfections: Honouring Flaws as Human Nature

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2024-05-23
  • -
  • Publisher: Puteh Press

In Perfect Imperfections, author Ummu Ahmadain invites readers on a soul-stirring exploration of the beauty found within our imperfections. Through poignant storytelling and profound reflections, this book gently nudges us to embrace the quirks and complexities that make us uniquely human. With each chapter, we’re reminded that perfection is not the goal; rather, it’s in our flaws that our true essence shines brightest. Whether grappling with self-doubt or seeking validation, this book offers solace and guidance, reminding us that our imperfections are not shortcomings, but rather, they are the threads that weave the rich tapestry of our humanity. Perfect Imperfections is a heartfelt ode to self-acceptance and a celebration of the exquisite messiness of life.

Nabi SAW Juga Seorang Manusia
  • Language: ms
  • Pages: 320

Nabi SAW Juga Seorang Manusia

Kita selalu disajikan dengan kisah hidup Nabi SAW yang penuh keajaiban dan mukjizat. Namun, ia sering kali membuatkan sirah yang dibaca semakin jauh daripada realiti hidup kita yang tidak sempurna. Bagaimana jika kita berkenalan semula dengan Baginda SAW - sebagai seorang manusia? Andai diteroka sedalamnya, apa yang kita lalui sehari-hari mempunyai persamaan dengan apa yang dilalui oleh Nabi SAW. Baginda SAW juga melalui kehidupan yang sarat ujian; Baginda SAW juga berasa sedih, takut, gementar dan risau; Baginda SAW juga terbuat silap, sehingga ditegur Allah SWT. Baginda SAW insan maksum, namun turut memiliki fitrah semula jadi seperti kita. Melalui buku ini, Khubaib Akhi merungkai sisi manusiawi Nabi SAW yang selalunya tersembunyi. Ia bukanlah untuk meremehkan Baginda SAW, sebaliknya untuk menambah keakraban dan kecintaan kita terhadap Baginda SAW, lalu meneladaninya dalam segenap aspek kehidupan.

Perjalanan Muhammad SAW Menuju Sempurna
  • Language: ms
  • Pages: 308

Perjalanan Muhammad SAW Menuju Sempurna

Kita semua mengimpikan keperibadian diri yang terbaik — namun tiada manusia yang mempunyai peribadi sempurna melainkan Nabi Muhammad SAW. Baginda SAW menjadi lambang kesempurnaan manusia. Betapa tinggi empatinya, sempurna sabarnya, dan besar tawakalnya. Akan tetapi peribadi Baginda SAW itu tidaklah tumbuh sekelip mata, bahkan bukan pula muncul secara magis. Kesempurnaan itu terbentuk melalui sebuah proses terperinci yang telah ditetapkan Allah SWT — proses yang perlu dilalui agar Baginda SAW menjadi manusia terbaik. Persoalannya, mampukah manusia biasa seperti kita meneladani proses itu untuk turut menjadi peribadi yang terbaik? Melalui buku ini, Khubaib Akhi menawarkan jalan praktikal dan sistematik untuk kita mencapai keperibadian seperti Nabi SAW melalui adunan wahyu berserta sains kemanusiaan yang dikaji. Mencapai kesempurnaan total adalah mustahil, tetapi melalui buku ini, kita ada jalan terbaik sebagaimana yang ditempuh oleh Baginda SAW.

Nabi SAW Juga Disakiti Manusia: Memaknakan Konflik Dalam Perhubungan Melalui Sirah Nabi
  • Language: ms
  • Pages: 254

Nabi SAW Juga Disakiti Manusia: Memaknakan Konflik Dalam Perhubungan Melalui Sirah Nabi

Aku rasa dekat dengan Tuhan, tapi entah kenapa jauh daripada manusia.” “Susahnya bergaul dengan orang. Akhirnya, aku juga yang terluka.” Memang rumit berhubungan dengan manusia. Ada saja konflik yang muncul, atau harapan yang tidak dipenuhi – baik sesama suami isteri, ibu bapa dengan anak, guru dengan anak murid, mahupun majikan dengan pekerja. Kegagalan memenuhi harapan-harapan ini membuatkan perhubungan menjadi semakin dingin dan kaku. Interaksi dirasakan hanya seperti transaksi; maknanya menghilang. Patutkah kita memilih untuk menyendiri saja? Hakikatnya, tidak lengkap hubungan dengan Allah SWT tanpa hubungan dengan manusia. Manusia ialah ciptaan yang secara fitrahnya hidup secara bersosial. Kita tidak akan bahagia dengan hidup bersendiri di dunia ini. Melalui buku ini, Khubaib Akhi menghuraikan cara untuk memaknai semula perhubungan dan menguruskan konflik menerusi teladan serta inspirasi daripada Nabi SAW; supaya dengannya setiap luka dan sakit berbaloi dihadapi, setiap calar dan parutnya membawa erti. Kalaupun berpisah di hujungnya, kita tetap dalam teduhan takwa kepada Ilahi.

Sisi Berakhlak Yang Hilang
  • Language: ms
  • Pages: 205

Sisi Berakhlak Yang Hilang

Mengapa sebenarnya seseorang gagal mencapai apa yang diinginkan dalam hidup? Walhal cita-cita sudah jelas, azam sudah sempurna, dan semangat juga sudah melangit. Rupa-rupanya, yang hilang daripada kita adalah sikap. Ia merupakan sains dan sunnatullah di sebalik mana-mana kejayaan. Mahu menjadi keluarga terbaik, tetapi tidak proaktif dalam menzahirkan cinta. Mahu menjadi teman akrab, tetapi sentiasa menjatuhkan antara satu sama lain. Mahu menjadi masyarakat unggul, tetapi tidak mahu bertoleransi. Mahu menjadi pemimpin kompeten, tetapi tidak strategik dalam menyusun prioriti. Melalui buku Sisi Berakhlak Yang Hilang, Ustaz Hasrizal merumuskan sikap-sikap yang boleh meningkatkan kualiti diri individu. Ia menjadi pemangkin besar dalam merealisasikan segala impian yang telah dicitakan, dengan izin Allah SWT.

Mendorong Anak Suka Mengaji
  • Language: ms
  • Pages: 128

Mendorong Anak Suka Mengaji

“Saya penat mengajar anak saya mengaji, tapi dia masih tidak mampu” “Anak saya malas untuk mengaji, apa yang perlu saya buat?” “Ada sahaja alasan dia tidak mahu mengaji” Setiap anak mempunyai kemampuan dan perkembangan yang berbeza. Ada yang mampu mengaji dengan baik, ada yang perlu diberi perhatian yang lebih. Jangan salahkan anak dan jangan salahkan diri. Setiap cabaran yang kita lalui ada solusinya. Antara Tip dan Teknik Mendorong Anak Suka Mengaji adalah: - Mulakan mengaji dengan menyanyi - Lakukan aktiviti yang menarik sambil mengaji - Berikan pujian segera seperti, “Bagus” dan “Terbaik” - Tetapkan jadual waktu untuk anak mengaji Mendorong Anak Suka Mengaji adalah buku yang menggabungkan perspektif agama dan psikologi kanak-kanak. Buku ini didedikasikan khas buat ibu bapa dan para pendidik untuk mengajar anak-anak mengaji, dalam masa yang sama menanamkan perasaan suka dan cinta untuk mengaji al-Quran dalam diri anak-anak.

Sedikit, Tapi Cukup: Menyemai Rasa Bahagia Dengan Apa Yang Ada
  • Language: ms
  • Pages: 248

Sedikit, Tapi Cukup: Menyemai Rasa Bahagia Dengan Apa Yang Ada

Kita sering merasakan apa yang kita miliki sekarang tidak cukup. Jika ditambah, ada sahaja perkara lain yang kita inginkan dan perlukan. Gajet baru, baju baru, gaji tinggi. Jika tidak dapat, kita sedih, kecewa dan murung. Jika dapat, kita gembira, namun kemudian … Kita akan mencari lagi dan lagi – yang lebih baru, yang lebih cantik, yang lebih hebat. Duit, masa dan tenaga yang dilaburkan semakin banyak, tetapi kita masih belum puas hati. Tanpa sedar, kita terperangkap dalam satu kitaran berbahaya. “Aku nak lagi.” “Apa yang aku ada belum cukup.” “Aku perlukan semua ini.” Mengapa kita berada dalam situasi ini? Sebenarnya, apakah perkara yang kita betul-betul perlukan? Adakah wujud satu “produk” di dunia ini yang boleh mengisi kekosongan dalam diri itu? Menerusi buku ini, Fakhri Fadzli menjelaskan kepada kita bahawa punca segala masalah yang timbul akibat keinginan berterusan ini adalah kerana kehilangan rasa bahagia dengan apa yang ada. Dengan tulisan yang santai, penulis mengajar kita cara membina kekayaan jiwa melalui qanaah – berasa cukup dan reda dengan susunan Allah SWT. “Jika engkau memiliki hati yang berasa cukup, engkau dan raja dunia sama sahaja.”

Duduk Sebentar : Bagaimana Khusyuk Dapat Memberi Kelegaan Dalam Dunia Serba Laju
  • Language: ms
  • Pages: 192

Duduk Sebentar : Bagaimana Khusyuk Dapat Memberi Kelegaan Dalam Dunia Serba Laju

“Aku tak sampai hati nak cakap‘tak boleh’kalau orang dah minta.” “Dia pun berjaya buat benda tu, takkan aku tak boleh?” Setiap hari, hidup kita seakan-akan pentas perlumbaan dalam menentukan apa yang patutkita buat, ataupun siapa yang patut kita jadi. Kita membandingkan diri dengan orang lain. Kitaterkejar-kejar untuk menjadi lebih baik. Semua perkara mesti dibuat dan diberikan perhatian. Akhirnya, kita tidak lagi mampu memberi erti kepada setiap sesuatu dilakukan, sehinggakehidupan terasa kosong. “Banyaknya benda nak kena buat....” Dunia moden semakin menghubungkan, tetapi kita semakin hilang ketenangan. Mungkin sebenarnya kita perlu belajar menikmati semula hidup hari ini. Membuang semua gangguan. Menyusun kecamuk fikiran .Memperlahankan dunia; duduk sebentar. Menerusi buku ini, Fakhrul Islam membawakan perspektif al-Quran dalam menguruskeserabutan terhadap gangguan dan kesibukan dunia yang sentiasa bergerak laju, agarsetiap sisi hidup terasa lebih khusyuk, tenang, lagi bermakna. “Dalam hiruk-pikuk dunia yang melemaskan, semoga kalam Tuhan menjadi peneman yang menyamankan.

Adakah Ini Yang Terbaik? Memahami Seni Berinteraksi dengan Tuhan Melalui Istikharah Sebelum Membuat Pilihan
  • Language: ms
  • Pages: 256

Adakah Ini Yang Terbaik? Memahami Seni Berinteraksi dengan Tuhan Melalui Istikharah Sebelum Membuat Pilihan

“Aku tak tahulah nak pilih yang mana. Semua macam okey je.” “Betul ke ini keputusan yang aku patut buat?” Dalam satu hari, kita dihadapkan dengan seribu satu pilihan. Masa pula bergerak laju, bagaikan mendesak kita untuk membuat keputusan serta-merta. Semua ikhtiar kita lakukan — bertanya rakan dan pakar, juga merujuk artikel — agar tidak salah memilih. Namun, apabila usaha tidak berhasil, kita bingung. Apa yang silap? Mungkin, sewaktu kita mencari bantuan daripada orang lain, kita terlupa bahawa tiada pun yang lebih mengetahui apa yang terbaik selain Allah SWT. Rasulullah SAW juga pernah bersabda, maksudnya; “Jika engkau hendak meminta, mintalah kepada Allah. Jika engkau hendak memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah.” Menerusi buku ini, Nazrin Nashir melakar semula peranan dan makna istikharah; dalam kehidupan yang dipenuhi perkara memeningkan fikiran dan merunsingkan jiwa. Tatkala kita lemas dalam lautan pilihan yang tidak pernah habis, istikharah muncul sebagai rahmat dan penyuluh jalan daripada Tuhan.

Al-Quran untuk Kita
  • Language: ms
  • Pages: 250

Al-Quran untuk Kita

“Macam mana nak rasa dekat dengan al-Quran?” “Aku nak sangat faham al-Quran, tapi tak tahu nak mula dari mana.” Sejak kecil, kita diajar yang al-Quran perlu dihormati dan dijaga, kerana kedudukan kalamullah ini sangat istimewa dalam hati setiap Muslim. Tidak cukup sekadar membaca, menjadi cita-cita tertinggi kita untuk dapat berinteraksi dengan ayat-ayatnya. Namun ramai berhenti mencuba apabila merasakan ilmu al-Quran terlalu tinggi. Mereka rasa tidak mampu, bahkan rasa tidak layak untuk memahaminya. Jadi bagaimanakah caranya untuk mendekati al-Quran? Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Yang menjadikan al-Quran ini istimewa adalah apabila kita sedar bahawa ia petunjuk buat semua manusia - termasuk diri kita. Setiap daripada kita mampu mendekati dan memahaminya, setelah kita mengenali dan mencintainya. Melalui buku ini, penulis membawa kita menelusuri jalan untuk berkenalan semula, jatuh cinta, dan akhirnya tetap setia bersama al-Quran. Dengan penjelasan menyentuh jiwa, beliau meyakinkan kita bahawa al-Quran itu sememangnya untuk kita.