Welcome to our book review site go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

Displaced & Forgotten
  • Language: en
  • Pages: 176

Displaced & Forgotten

Displaced. Forgotten. Having nowhere to go. A heart-breaking tales of persecution, forced migration, separation and exploitation. Anecdotes of courage, resilience, faith and hope. Behind all the complex academic discussions and sensational news in the media about wars and displacement, refugees are after all humans. Displaced and Forgotten: Memoirs of Refugees is hoped to bridge the gap between the majority population and this vulnerable group which is often misunderstood and misrepresented. Because the world needs to know about the refugees’ stories, their experiences and their struggles in search of a place called home.

Temukanku Dengan Cinta
  • Language: en
  • Pages: 512

Temukanku Dengan Cinta

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2012
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Pertemuan pertama antara Qaseh Hazwani dan Ikmal Hisham membibitkan rasa benci dan prasangka. Namun, dalam diam masing-masing menyimpan rasa hati. Sayangnya, rasa cinta itu dipendamkan kerana diracuni salah sangka. Ikmal bukan mata keranjang biarpun Lydia tergila-gilakannya setengah mati. Hanya Qaseh yang tidak mengerti perasaannya. Lydia yang kecewa nekad mahu mengenakan Qaseh. Tindakan Lydia telah menghancurkan kepercayaan Qaseh terhadap Ikmal. “Awak dah salah sangka pada saya. Saya bukannya nak kahwin dengan dia. Saya tahu awak bencikan saya kerana peristiwa tu. Bagi awak, saya ni lelaki yang tak bermaruah, lelaki yang suka berpoya-poya dan gatal. Itu yang awak fikir tentang saya, kan? Saya sayangkan awak dan nak awak jadi isteri saya.” Ikmal merayu. Malangnya, Qaseh sudah nekad untuk pergi jauh. Ikmal semakin panasaran. Seorang pergi, seorang lagi menanti… Di manakah titik pertemuan mereka? “Cinta datang sendiri dan kita tak perlukan sebab untuk jatuh cinta...”

Selamat Tinggal Memori
  • Language: en
  • Pages: 586

Selamat Tinggal Memori

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2006
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Adlan yang diburu oleh geng-geng pengedar dadah sering dibayangi memori silam ketika terjebak dalam penagihan dadah. Sepanjang pelariannya dia tidak pernah tenteram. Akhirnya dengan Najmil dan Azlin sehingga dia mengharungi pelbagai suka duka yang membuka episod baru dalam hidupnya. Ketulusan Adlan mencuri hati Azlin, namun Najmil pula diburu cemburu sedangkan Adlan mendambakan cinta sejati. Apakah yang dilakukan oleh Adlan kerana cintanya amat membara terhadap Azlin. Perlukah dia melukai hati Najmil yang pernah menolongnya dahulu?

Keimanan Adalah Paksi
  • Language: ms
  • Pages: 323

Keimanan Adalah Paksi

Mengapa tema iman menjadi pilihan? Kerana keimanan adalah paksi kepada seorang yang beragama Islam. Tiada warden di rumah untuk menyebat kita sekiranya kita lewat solat. Melainkan keimanan kita menggerakkan kita untuk berdisiplin menunaikannya. Tiada siapa mampu menghalang kita daripada melakukan maksiat kepada Allah s.w.t., melainkan iman kita yang bergetar dan merasa amat yakin betapa Allah s.w.t. sedang melihat kita. Tiada siapa mampu menunjukkan kepada kita syurga Allah s.w.t. yang dijanjikan jikalau kita bersabar, jikalau kita memikul beban dakwah, dan sebagainya. Tetapi, imanlah yang membuatkan kita yakin seakan-akan kita pernah melihatnya. Ya, begitulah juga dalam banyak situasi yang lain, iman memainkan peranan. Iman ibarat matahari, yang menjadi paksi kepada bima sakti, yang menjadi pusat kepada orbit planet-planet, yang menjadi sumber tenaga dan punca kehidupan di Bumi. Tanpa keimanan, jiwa kita akan gelap dan tidak mempunyai arah yang benar. Terganggu keimanan, maka akan ada masalah pada aktiviti hidup kita sebagai seorang Muslim.

Antologi Puisi: KOTA TULIP
  • Language: ms
  • Pages: 140

Antologi Puisi: KOTA TULIP

  • Type: Book
  • -
  • Published: Unknown
  • -
  • Publisher: ITBM

None

Beginilah Tarbiyah Mengajarkan Aku
  • Language: ms
  • Pages: 232

Beginilah Tarbiyah Mengajarkan Aku

“Kak, akak nak pergi solat zuhur ke?” aku menyapa. Kakak itu terkejut sebentar ditegur secara tiba-tiba oleh seorang stranger. “Boleh saya ikut?” Saya ‘freshie’. Baru masuk.” aku menerangkan tanpa sempat ditanya. Kakak bertudung labuh itu tersenyum manis. Mesra. “Oh yeke? Jarang new intake musim macam sekarang.” Masa tu awal Februari. New intake selalunya pada bulan Jun-Julai. “Aah. Saya dengan classmates masuk guna result trial MARA. SPC[1]. First batch social science”, terangku kepadanya. “Oo...” “Akak, akak pakai tudung labuh ni mesti join usrah kan? Kalau akak buat usrah saya nak join, boleh?” Tanyaku random. Selamba. Terkejut kakak tu dengan soalan random itu. “Ada, insya Allah. Kenapa nak usrah?” “Saya takut sesat, saya takut murtad. Kita kan nak pergi oversea...” Itulah pintu masuknya Itulah muka surat pertama. [1] Skim Pelajar Cemerlang (SPC) – program khas dibawah tajaan MARA untuk pelajar MRSM yang cemerlang didalam Peperiksaan Perubaan MARA.

Hijrah
  • Language: ms
  • Pages: 164

Hijrah

Adapun hijrah itu merupakan satu perubahan daripada jahat kepada baik. Tapi macam mana pula yang sebaliknya? *** “Umar?” Aku bingkas bangun dan berlari ke arahnya. Hanya beberapa meter sahaja lagi untuk sampai kepadanya, Umar tiba-tiba terbakar. Api berwarna kuning oren itu sangat marak, galak membakar sahabat baikku itu. Dalam kepanasan api itu, aku dapat dengar suara Umar yang sedang menjerit kesakitan, memanggil-manggil namaku. “MAJIDDDDDD!!!!!”

Hidup Penuh Erti
  • Language: ms
  • Pages: 265

Hidup Penuh Erti

Buku motivasi yang bertajuk Hidup Penuh Erti: Cerita dari Hati adalah sebuah buku gabungan Hilal Asyraf dan Aiman Azlan. Mereka berdua berkongsi pelbagai isu yang mencuit daripada pelbagai topik yang menjalar dalam kehidupan kita, dengan harapan supaya di celah-celah penyampaian buku ini, dapat kita mengenali diri sendiri. Identiti kita yang sebenar adalah kita merupakan hamba Allah s.w.t. Itu identiti kita. Segala pergantungan kita adalah kepada-Nya, segala tindak-tanduk, dan perlakuan kita adalah kerana-Nya. Semoga cerita-cerita hidup kita nanti, kala ditayangkan di akhirat kelak, merupakan cerita-cerita yang indah, dan menjadi punca untuk Dia merahmati kita, seterusnya memberikan kita tempat di syurga-Nya. Semoga Allah s.w.t. meredhai kita semua. Insya Allah.

Wajah Wanita
  • Language: ms
  • Pages: 208

Wajah Wanita

Wajah Wanita memfokuskan perbincangan berkenaan muka atau wajah wanita dengan membawakan pengertiannya menurut syariat Islam, memperjelas batas atau sempadan muka dan jenis-jenis bulu yang tumbuh di muka. Penulis juga menerangkan hukum bagi perkara-perkara berikut: · Menutup muka di hadapan lelaki bukan mahram. · Tabarruj. · Menggunakan kosmetik dan alat solek. · Mencabut atau mencukur bulu di wajah. · Bertatu dan menjarakkan gigi. · Pembedahan kosmetik dan rawatan kecantikan. · Mendedahkan wajah untuk tujuan promosi dan pengiklanan.

BERCINTA SELEPAS NIKAH
  • Language: ms
  • Pages: 184

BERCINTA SELEPAS NIKAH

BERBICARA tentang cinta, topik ini seperti sudah menjemukan. Apatah lagi ia sering diulang-ulang dan tidak diulas dengan pemahaman yang mendalam. Jodoh pula adalah rahsia ALLAH kepada hamba-NYA. Namun, cinta dan jodoh adalah topik yang sentral dalam Islam kerana ia mampu mempengaruhi tingkah laku dan tindakan kita. Jadi, berusahalah mempersiapkan diri secara rohani dan jasmani kerana alam rumah tangga yang bakal dilalui itu nanti tidak kurang hebat cabarannya buat pasangan yang bercinta.