You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Kematian adalah nasihat yang paling agung. Apabila ajal menjemput, segala nikmat dunia tidak menjadi kepentingan. Pada ketika itu, hanya amalan di dunia menjadi bekalan bagi menentukan di mana destinasi abadi kita, syurga ataupun neraka. Kata-kata Ad-Diqaq, “Seseorang yang banyak mengingati mati akan mendapat tiga kemuliaan, iaitu bersegera dalam bertaubat, hati yang menerima kecukupan (qana'ah), dan tekun dalam beribadah.” Antara topik menarik dalam buku ini adalah: • Hakikat Kematian dan Kesengsaraannya • Alam Barzarh, Alam Kubur, dan Alam Roh • Hari Kiamat dan Hari Kebangkitan • Hisab Amalan dan Pembalasan Dosa • Timbangan Mizan dan Titian Sirat • Golongan Ahli Syurga dan Ahli Neraka
Mukjizat bererti sesuatu yang di luar kebiasaan dan kemampuan mana-mana manusia untuk melakukannya. Kemukjizatan al-Quran bukan hanya pada kehebatan bahasanya yang tidak mampu ditandingi, bahkan meliputi segenap aspek ilmu. Kemukjizatan al-Quran juga tidak hanya terhad pada tempoh tertentu, malahan ia kekal sehingga kiamat. Ayat-ayat al-Quran bukan semata dibaca, bahkan ia boleh diamalkan sebagai doa penyembuh, pelindung, penyelamat, penjaga, penguat dan sebagainya. Buku ini membawakan beberapa fadhilat dan khasiat kesemua 114 surah dalam al-Quran, antaranya: * Doa keselamatan daripada gangguan binatang, jin jahat dan manusia * Doa terhindar daripada penyakit dalaman * Doa untuk melawan orang yang melakukan kezaliman * Doa menghilangkan rasa penat.
Kemunculan Dajal pada akhir zaman sudah termaktub dalam Al-Quran dan hadith. Misi utamanya adalah mahu menyesatkan umat Muhammad s.a.w. dan membawa kita semua ke dalam lembah kehinaan. Rasulullah s.a.w. dengan keras memberi peringatan kepada kita bahawa Dajal pasti datang dan kita perlu bersedia dengan iman dan hati yang jitu. Anas bin Malik menyatakan, Rasulullah s.a.w. berkata, “Allah tidak mengutus seorang nabi kecuali para nabi sudah mengingatkan umatnya berkenaan orang yang buta sebelah lagi pendusta. Ingatlah, sesungguhnya Dajal itu buta sebelah dan sesungguhnya Tuhan kamu tidak buta sebelah.” (Hadith direkodkan oleh Al-Bukhari dan Muslim) Dengan membawa agenda licik dan halus, umat manusia kadangkala tidak sedar bahawa Dajal sedang menipu kita pada akhir zaman. Dikaitkan dengan agenda Yahudi dan kafir penentang Islam, tidak hairan mengapa golongan itu sering melakukan kekejaman dan siri penipuan terhadap umat Islam. Apakah Dajal itu sudah wujud dalam kalangan mereka pada hari ini? Siapakah makhluk yang disebut Tuhan sebagai Pembawa Bencana Pada Akhir Zaman?
Pesona Muhammad s.a.w. memikat hati umatnya. Sesiapa juga yang berbicara dengan Baginda rasa dihargai, disayangi, dan diberi perhatian. Hati sahabat-sahabat tersentuh tatkala ditegur dan dinasihati. Baginda bukan sahaja menyampaikan wahyu Tuhan, malah turut berpadu dengan rasa kasih sayang, empati, dan cinta. "Sesungguhnya, adalah untuk kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu untuk orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik pada hari akhirat." (Surah Al-Ahzab, ayat 21) Walaupun disakiti dan dihina, Nabi Muhammad s.a.w. tetap memaafkan penduduk Taif yang membaling Baginda dengan batu dan Lubaid bin A'sham yang menyihir Baginda. Demikian, betapa lembutnya hati Baginda, setulus rasa cinta Baginda kepada umatnya. Selembut Hati Rasulullah menghimpunkan 102 kisah keagungan peribadi Rasulullah s.a.w. dan para sahabat yang dapat dijadikan teladan sepanjang zaman.
Tuhan menciptakan manusia dengan kehidupan dan kematian. Kehidupan sebagai awal, kematian sebagai akhir di dunia ini. Ada beberapa langkah yang diambil oleh seseorang untuk mengakhiri kematian. Kematian terdiri dari beberapa kategori, yaitu kematian fisik, rohani dan kekal. Bagi orang percaya, kematian bukan lagi hal yang menakutkan karena sudah ada jaminan akan kehidupan yang kekal. Orang percaya hanya mengalami kematian fisik. Namun bagi yang belum percaya kepada Yesus Kristus, pasti ketiga kematian tersebut akan dialami. Ada beberapa topik yang dibahas dalam buku ini, yaitu penciptaan alam semesta dan manusia versi Batak Toba, hakikat manusia, pandangan terhadap tindakan kematian, klasisfikasi orang mati menurut budaya Batak Toba, akhir hidup manusia adalah kematian, mati suri, penghormatan pada orang mati dan penyembahan kepada nenek moyang, sikap terhadap kematian, ke mana sesudah mati, kebangkitan tubuh manusia, dll.
materi khusus tentang sunnah Rasulullah Muhammad Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam sehari-hari mulai dari bangun tidur sampai tidur lagi. Dan oleh karena waktu yang disediakan hanya 14 hari,
Menampilkan komik-komik berhantu daripada artis-artis Komik-M seperti: BAGAI ‘RASENGAN’ DI HATIMU oleh Tembakau HANTU KUBUR oleh Hyrohiku MIMPI oleh Faye & Huzza-TBG HANTU DALAM AKU oleh Koma TAK ADA APA-APA? oleh Fatin ND PERGI JAUH-JAUH oleh Jas HANTU POKOK BESAR oleh Bophairy IBLIS oleh Al-Hafiz
Kehidupan di dunia hanya sementara, sedangkan kehidupan di akhirat kekal abadi. Begitulah pemahaman yang tertanam di benak pikiran kebanyakan kita selama ini. Akan tetapi, ternyata kekalnya kehidupan di alam akhirat masih menuai pro-kontra. Ada yang mengatakan, kehidupan di akhirat itu kekal. Ada pula pendapat yang menegaskan, akhirat itu tidak kekal. Di ujung cerita, akhirat akan digulung menuju kehancuran sehingga porak-poranda semesta surga dan neraka, serta lenyaplah para penghuninya. Kedua pendapat ini mendasarkan pandangannya pada logika agama (dalil-dalil yang bersumber dari al-Qur’an dan hadits) dan teori-teori sains modern. Sehingga, masing-masing pendapat teguh dengan pendirianny...
Pernahkah kita berasa Allah s.w.t. tidak berlaku adil kepada kita kerana Dia belum mengabulkan doa dan permintaan kita? Pernahkah kita berasa Allah s.w.t. berbuat kejam kerana menimpakan suatu ujian atau musibah kepada kita sehingga kita berasa Allah s.w.t. tidak sayang kepada kita? Di dalam buku ini, ada jawapannya.