Welcome to our book review site go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

SASTERA TERAS NEGARA BANGSA
  • Language: ms
  • Pages: 434

SASTERA TERAS NEGARA BANGSA

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2015
  • -
  • Publisher: ITBM

Buku ini menghimpunkan kertas kerja daripada para cendekiawan dan sasterawan yang terlibat secara langsung dalam perkembangan kesusasteraan di Malaysia untuk Sidang Kemuncak Penulis Malaysia yang pertama kali diadakan.

Membilang Usia Songsang di Lantai Gua yang Panjang
  • Language: ms
  • Pages: 136

Membilang Usia Songsang di Lantai Gua yang Panjang

Sepi tidak bermakna sepi kerana pertapa tua memang sentiasa bercium dengan sepi di atas batas-batas kehidupan membilang usia-usia songsang di lantai gua yang tersusun panjang.

V for Veterinar
  • Language: ms
  • Pages: 196

V for Veterinar

Tahukah anda apa itu veterinar? Bukan. Bukan berusia dan berpengalaman, itu veteran. Ops! Bukan lagi. Bukan yang suka makan sayur, itu vegetarian. OK. Kami beri klu. Bayangkan begini. Seorang lelaki. Memakai kot putih dengan stetoskop di leher. Duduk di atas kerusi yang boleh berpusing-pusing di sebuah klinik dan berkata : Hari ini sakit apa? Ya. Mereka lah doktor! Doktor yang bertanya banyak soalan, memeriksa jantung pesakit, mencucuk dengan jarum dan kemudiannya memberi preskripsi ubat. Cuma pesakit mereka bukan manusia, tetapi para haiwan! Bolehkah seekor kucing mengadu, “Doktor, saya demam pagi ini.” Bagaimana seekor lembu berkata, “Doktor, saya dah tiga hari cirit-birit!” Atau seekor ular berdesis, “Hissss… lidah sssaya ssssakit...” Kalau mahu tahu bagaimana doktor ini melayan kerenah pesakit istimewa ini, segalanya ada di dalam naskhah ini. Sudah bersedia? Sudah tahu apa itu veterinar? Ya. V for veterinar!

Sastera Siber: Penciptaan dan Apresiasi Puisi (UUM Press)
  • Language: ms
  • Pages: 133

Sastera Siber: Penciptaan dan Apresiasi Puisi (UUM Press)

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2016-01-01
  • -
  • Publisher: UUM Press

“Tak kenal, tanpa ilmu dan tanpa meminati puisi, maka tak akan seseorang jatuh cinta kepada puisi”. Inilah kembara penulis dunia puisi siber yang dijelmakan dalam buku Sastera Siber: Penciptaan dan Apresiasi Puisi. Puisi dan soneta siber yang dihidangkan sebagai bahan apresiasi difikirkan agak kontemporari selari dengan perkembangan teknologi dan komputer. Dalam hal ini, kesusasteraan Melayu tidak terlepas berada dalam landaan arus ini justeru, kemunculan sastera siber turut menyemarakkan perkembangan kesusasteraan Melayu. Buku ini dihasilkan berdasarkan pengalaman penulis yang terlibat secara langsung dalam penulisan dan apresiasi serta penciptaan puisi siber. Kandungan buku ini merupak...

Diri Puisi dan Interpretasi (UUM Press)
  • Language: ms
  • Pages: 218

Diri Puisi dan Interpretasi (UUM Press)

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2020-01-01
  • -
  • Publisher: UUM Press

Diri puisi boleh diinterpretasi daripada pelbagai dimensi dengan menggunakan pelbagai alatan sastera. Di sebalik susunan aksara dalam puisi, terungkap pelbagai makna sama ada secara tersurat atau tersirat. Interpretasi diri puisi boleh dilakukan dari dimensi, misalnya keagamaan, bahasa, politik, kemanusiaan dan cinta. Buku yang memuatkan bab-bab berserta sebuah wawancara melalui e-mel antara penulis dengan Rimanilzah, seorang pelukis dan penyair siber membicarakan hal-hal interpretasi yang dimaksudkan itu. Namun, secara khususnya buku ini membincangkan, antaranya tentang citra, simbol, polisemi, sinisme, multimedia puisi siber, elemen jenaka, Asmaul Husna, kreativiti, anjakan paradigma dalam penggubahan puisi siber dan pengungkapan mesej perpaduan di Malaysia.

Rama-rama yang Merangkak dengan Sayap Terkoyak
  • Language: ms
  • Pages: 118

Rama-rama yang Merangkak dengan Sayap Terkoyak

Selamat tinggal kepada angin dan matahari rama-rama sayap terkoyak sudah tersadai di sini. Tidak akan ia pulang, mencari cintanya merangkak dengan sayap yang terkoyak. Kumpulan Puisi sulung Adibah Abdullah bakal mempertemukan pembaca dengan makna yang malar hijau sekaligus menghidupkan kehidupan yang sebenar, yang turut mempunyai dua sisi seperti rama-rama: indah, tapi sesungguhnya rapuh.

Stetoskop: Aku Budak Medik 3.0
  • Language: ms
  • Pages: 180

Stetoskop: Aku Budak Medik 3.0

Menjadi pelajar perubatan tidak pernah sunyi daripada pelbagai kebisingan. Ragam suara yang pelbagai. Intuisi, suara hati, ataupun suara luaran yang memakai rupa ‘cabaran’. Melalui ‘Stetoskop’ ini anda dapat mendengar segala itu. Tiap degup. Tiap suara. Tiap masalah yang berlegar di sebalik kerenah seorang budak medik yang berkot putih. Naskhah ini merakamkan setiap pengalaman dan kebisingan untuk pembaca turut sama mendekati dan mengenali kerenah bakal doktor. Nah. Stetoskop sudah di tangan. Tarik nafas. Dan dengarlah. Lubb dupp! Lubb dupp!

IZRAIL SIBUK DI GAZA
  • Language: ms
  • Pages: 230

IZRAIL SIBUK DI GAZA

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2014
  • -
  • Publisher: ITBM

None

Tiada Mausoleum Buat Mussolini
  • Language: ms
  • Pages: 166

Tiada Mausoleum Buat Mussolini

"Tiada mausoleum bagi Mussolini setelah ideologinya mengeras sebengis kapak, mengayau sulur-sulur nalar dan naluri. kaum buruh terus ditindas dan dibunuh kapitalis yang tumbuh." Lewat puisi yang bertemakan kemanusiaan, religi dan protes, Bintang Kartika menyantuni golongan yang sering dimarginalkan pihak berwenang, malah tidak betah beliau membiarkan keculasan penguasa berleluasa tanpa ditegur selayaknya. - Haizir Othman

Pluviophile
  • Language: ms
  • Pages: 221

Pluviophile

Pluviphile - Pencinta hujan; orang yang berjumpa ketenangan dan kebahagiaan dalam suasana hujan. Keindahan hidup terletak pada takdir, pertemuan tak terjangka, juga kebetulan-kebetulan tak tersangka. Seperti dibasahkan titis-titis hujan menyegarkan, setiap yang turun adalah persis persona yang datang dan pergi, memberikan kenyamanan tak terjangkaukan - sehinggakan, makna hidup menjadi semakin terang dan jelas. Di hujung gerimis, cahaya matahari pun terbit dari celah awan, menandakan betapa kita telah bertemu cahaya. Begitu penulis menitipkan pesan-pesan dan pengalaman yang dikutip sepanjang hidupnya, lalu digabungjalin dalam cerita-cerita pendek. Sebahagian besar inspirasinya turut terpancar daripada Hamka - maka kisah-kisahnya bukan saja berkait falsafah hidup, seputar keelokan peribadi, malah makna sebenar kebahagiaan, kehidupan dan cinta. Melalui kisah-kisah ini, percayalah - anda juga akan menjadi pemikir yang dalam saat melalui segala detik yang berlalu, apalagi saat hujan turun dan daun-daun luruh. Selamat menjadi pencinta hujan!