Welcome to our book review site go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

ALLAH HIDUP MATIKU HANYA UNTUK-MU
  • Language: ms
  • Pages: 300

ALLAH HIDUP MATIKU HANYA UNTUK-MU

Merupakan sebuah bicara mengenai hakikat hidup sementara di dunia ini. Tiada yang kekal kecuali ALLAH dan hanya kepada-NYA sebaik-baik tempat bergantung. Jadikan buku ini sebagai kekuatan diri untuk terus bangun dan melangkah menuju bahagia saat diuji Ilahi. Mudah-mudahan ketaatan dan kesabaran ini selayaknya untuk kita meraih syurga yang abadi.

Kerana-MU Aku Berubah
  • Language: ms
  • Pages: 448

Kerana-MU Aku Berubah

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2011
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Ilmu ILAHI tiada kesudahannya. Semakin digali semakin tidak cukup. Oleh kerana itu, marilah kita menjadi hamba-NYA yang tawaduk, yang tidak malu untuk mengakui kesilapan diri. Elakkanlah menjadi insan yang bangga diri. Bergaullah dengan golongan yang bersih dan luhur lidah mereka, barulah kita kenal akan akhlak mulia. Matlamat nyawa kita bukanlah di atas dunia semata-mata. Nyawa kita masih diperlukan di alam abadi nanti. Ketika itulah tingkah laku di dunia menjadi cagarannya. Nikmatilah setiap denyut nafas yang dipinjamkan-NYA mengikut acuan yang telah ditetapkan syariat. Cara hidup Islam bukan untuk menyusahkan sesiapa, sebaliknya menjanjikan kebahagiaan abadi yang berganda-ganda.

KASIHMU SEMERBAK FIRDAUSI
  • Language: ms
  • Pages: 368

KASIHMU SEMERBAK FIRDAUSI

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2010
  • -
  • Publisher: Alaf 21

AYAH DAN IBU... pada mereka ada syurga buat kita. Jasa mereka tidak terhitung, bakti mereka tidak ternilai. Betapa makbulnya doa ayah ibu hingga kita mampu hidup bahagia. Namun, andai terguris hati kecil mereka, bisa membuka pintu kegagalan dan dosa. Di sebalik kesibukan kita mengejar duniawi, usah sesekali lupa pada insan yang paling berjasa dalam sejarah hidup kita. Setitis air mata kesedihan ayah ibu yang tumpah kerana kita, beberapa langkah sudah terjarak kita daripada reda dan syurga-NYA. KASIHMU SEMERBAK FIRDAUSI mengajak kita menghayati betapa sucinya kasih ayah dan ibu. Hargailah mereka ketika denyut nafas masih dipinjam-NYA dan teruslah berbakti meskipun jasad mereka sudah reput dimamah bumi. Izinkan kenangan indah bersama insan rabbani ini terus hidup dalam jiwa kita. Ayah dan ibu ingin kulafaz jutaan terima kasih di atas kasih terindah, kasih yang melindungi

Kau Hadir Dalam Munajatku
  • Language: ms
  • Pages: 484

Kau Hadir Dalam Munajatku

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2011
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Sedarilah... tanah yang dipijak ini adalah milik ALLAH S.W.T dan udara yang dihirup ini juga milik-NYA. Andai pernah terlanjur membuat-NYA murka, masih ada masa untuk membuka lembaran baru. Andai terasa diri sudah sempurna, teruskanlah amalan hingga ke hujung nyawa. Semoga kalimah terakhir kita adalah laailaahaillallah... NIKMAT dunia sememangnya tidak akan habis dikejar. Biarlah dunia berlari. Sudah sampai masa kita berjalan dengan tenang untuk mengutip amalan yang tertinggal. Dan sudah sampai masa kita membuang debu-debu kotor yang melekat di badan agar tidak menjadi beban di Padang Mahsyar kelak. Ketika menyiapkan bekalan, sudah semestinya kita memerlukan kehadiran TUHAN. Rasailah kasih s...

Sesat ke Syurga
  • Language: ms
  • Pages: 168

Sesat ke Syurga

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2017
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Naskhah yang menyediakan pelbagai nasihat dan peringatan sebagai panduan untuk menelusuri kehidupan. Tujuan utama penulisan ini ialah untuk membawa hamba beriman melalui laluan menuju syurga. Sesungguhnya, tanpa teguran kita tidak akan berada di landasan hidup yang benar. Dan tanpa peringatan, pasti kita akan sesat ke syurga! Mengapa harus miliki buku ini/kekuatan: Tidak semua insan berdosa itu selamanya sesat, dan tidak semua hamba beriman itu tidak pernah melakukan dosa. Buku ini berperanan membawa setiap insan untuk mengenal kebaikan, bahkan membimbing diri agar jauh daripada melakukan dosa. Naskhah yang wajib dimiliki oleh setiap orang untuk membawa langkah menuju syurga Allah.Realitinya, ada hati yang perlu disentuh, ada jiwa yang perlu didik, dan lahirlah buku istimewa ini.

KEWANGAN HARIAN KITA HALAL @ HARAM?
  • Language: ms
  • Pages: 288

KEWANGAN HARIAN KITA HALAL @ HARAM?

  • Type: Book
  • -
  • Published: Unknown
  • -
  • Publisher: Alaf 21

Setiap hari kita menggunakan wang untuk jual beli produk ataupun membayar perkhidmatan. Namun bagaimana pengurusan tersebut dijalankan, itulah yang perlu dititikberatkan. Kewajipan kita dengan memastikan sumber rezeki, cara pengurusan dan ke mana ia disalurkan perlu menepati piawaian syariat Islam. Paling penting perbelanjaan kita mestilah bersih daripada riba, tidak terlalu boros atau kedekut, tiada penyelewengan dan menghormati hak orang lain. Kewangan Harian Kita Halal @ Haram membincangkan beberapa aspek muamalat Islam yang menjadi asas dalam pengurusan ekonomi kita. Sistem ekonomi Islam sangat istimewa. Ia diatur sendiri oleh ALLAH SWT yang sememangnya menjaga kebajikan, menolak kemudaratan dan tidak menyekat hak kita untuk memiliki harta. Tetapi, kita mestilah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan syarak. Moga rezeki kita lebih halal, berkat dan hidup bahagia dalam redha-NYA.

Taubat Pasport Ke Syurga
  • Language: ms
  • Pages: 200

Taubat Pasport Ke Syurga

Wahai insan yang tidak sempurna, bersihkanlah noda yang ada. Mohon hanya pada Yang Berkuasa. Titiskan air mata penyesalan sepenuh jiwa. Menginsafi khilaf diri seikhlas rela. Dunia sekadar pinjaman semata-mata. Tiada yang kekal melainkan DIA. Moga husnul khatimah sebagai pengakhiran hidup kita. Astaghfirullahalazim… pastikan lisan kita sentiasa dibasahi dengan kalimah ringkas ini. Hikmahnya berupaya menggugurkan sekecil-kecil dosa sehinggalah yang besar, andai bertepatan dengan syarat di samping keinsafan berterusan. Biarpun dosa menggunung, godaan nafsu sukar terbendung, namun rahmat dan kasih sayang Yang Maha Agung… tiada siapa dapat menghitung. Taubat Pasport ke Syurga menjadi panduan buat kita yang sering alpa. Tuntutan taubat nasuha menyucikan karat-karat dosa yang meliputi diri kita. Hanya dengan bertaubat, hati akan menjadi tenang dan jiwa kembali ke jalan kebenaran. Moga seikhlas amalan memberi jaminan kita menempah tiket sebagai penghuni syurga yang abadi. Insya-ALLAH.

NIKMAT HIDUP BERTUHANKAN ALLAH
  • Language: ms
  • Pages: 312

NIKMAT HIDUP BERTUHANKAN ALLAH

Dakwah bukan tugas yang mudah. Sudah pasti dalam melaksanakannya, kita akan dihidangkan dengan pelbagai cabaran, dugaan bahkan juga ancaman. Inilah yang terpaksa dihadapi. Hal ini juga turut dirasai oleh para nabi serta para sahabat sebelum kita. Tugas yang paling berat dalam dakwah ialah bagaimana kita mampu meyakinkan masyarakat serta orang awam untuk menerima apa yang kita sampaikan. Lebih mencabar, apabila ada sesetengah keadaan, yang menjadi penghalang datang daripada ahli keluarga kita sendiri. Maka atas dasar inilah, kita perlu fahami bahawa tidak semua orang berhajat dan berkehendak kepada ajakan dakwah. Buku ini, Nikmat Hidup Bertuhankan Allah merupakan himpunan tazkirah harian pengubat jiwa, menghidupkan kembali hati yang telah mati serta menerbitkan kesedaran dalam melakukan sesuatu tindakan. Ia adalah wadah untuk membangkitkan kembali kesedaran umat agar mengenal erti adanya Tuhan. Mari kita kembali mencari Tuhan.

Merintis Kecemerlangan Islam
  • Language: ms
  • Pages: 352

Merintis Kecemerlangan Islam

KESYUKURAN yang setulus dan tidak terˇkira dirafakkan ke hadrat ALLAH kerana dengan keizinan-NYA jua buku Merintis Kecemerlangan Islam: Sumbangan, Cabaran dan Masa Hadapan Umat Muhammad ini dapat disempurnakan penulisannya. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad, pembawa obor kebenaran dan pembina tamadun insan sejagat. Selawat dan salam juga kepada para sahabat, keluarga serta pengikut baginda hingga ke hari kiamat. Buku ini ditulis berdasarkan satu hasrat iaitu sebagai pelaksana amanah agar ilmu yang sedia ada walaupun sedikit, dapat disebarluaskan. Ia juga merupakan satu realisasi daripada arahan Rasulullah yang menggesa “sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat.”

JADI MUSLIM SUPER HEBAT
  • Language: ms
  • Pages: 320

JADI MUSLIM SUPER HEBAT

Menjadi muslim cemerlang dan berjaya amat dituntut oleh Islam. Apatah lagi ia seharusnya menjadi impian kita yang secara fitrahnya dilahirkan sebagai muslim sejati. Sama ada menjadi muslim tunggul atau unggul, kitalah yang menentukannya. Bagaimana, di mana dan apa kaedahnya kitalah yang harus bijak memilih supaya hasilnya dapat menentukan sama ada kita ini mampu mencipta perubahan atau statik di takuk lama. Atau kita ini hanya seorang muslim tetapi gagal menyumbang walau sekecil usaha untuk Islam? Ditulis dalam gaya santai dan bersahaja membuatkan pembaca akan lebih mudah memahami, sekali gus dapat mempraktikkan formula, tip juga kaedah yang diberi. Ayuh! Bentuk diri kita bermula sekarangMenjadi Muslim Super Hebat!