You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Naskhah kelima daripada Rasid Muhamad ini masih lagi berkisar tentang motivasi Islamik. Ia menghimpunkan pandangan-pandangan para ilmuwan dalam membentuk peribadi dan akhlak yang mulia. Ringkasnya, naskhah ini memberi suluhan jalan untuk kita menjadi muslim yang lebih baik. Justeru, pengisiannya amat sesuai untuk dihadam oleh kita semua.
Soalan: Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Persoalannya, apakah persedian yang harus dilakukan oleh kita yang masih hidup untuk menghadapi sebuah kematian indah? Jawapan:alam hidup ini kita perlu merancang. Apa jua yang dilakukan, memerlukan perancangan agar ia dapat dilakukan dengan baik dan tiada kesilapan yang berlaku. Bahkan, untuk kematian juga memerlukan perancangan teliti agar di akhirat kelak tiada penyesalan apatah lagi rasa ingin kembali semula ke dunia untuk beribadat walau sekejap cuma. Alam Barzakh Dalam Islam, kematian bukanlah sebuah pengakhiran, malah ia merupakan permulaan siri perjalanan yang panjang dan abadi. Alam kubur merupakan perantaraan untuk menunggu hari kiamat iaitu hari pembalasan daripada Yang Maha Adil. Alam tersebut merupakan alam mencabar. Alam yang mungkin menjadi satu taman daripada taman-taman syurga atau mungkin menjadi satu lubang daripada lubang-lubang neraka. Namun, alam kubur ini adalah satu hakikat yang akan ditempuhi oleh setiap insan. Dan ini jugalah yang ditempuhi oleh Anwar sekarang. Mudah-mudahan Anwar menghadapi hari-hari yang aman di sana...
"Kita adalah hamba yang punya tanggungjawab untuk mengabdikan seluruh kehidupan kepada-NYA. Namun, ada ketika kita tersasar sehingga ada yang bertuhankan hawa nafsu. Sucikan hati, luruskanlah semula nurani agar pengabdian hidup kita benar-benar bertuhankan Yang Maha Esa. Maka, usah pernah lupakan-NYA kerana DIA sentiasa mengingati kita." KITA insan yang tidak sempurna. Tetapi, kita adalah makhluk yang istimewa. Akal fikiran yang dikurniakan mengangkat martabat diri melebihi makhluk lain. ALLAH S.W.T Maha Adil dorongan nafsu yang berpaksikan as-syaitonirrajim menjadi kayu ukur darjat keimanan yang dimiliki. Andai pernah tersasar ke lorong hitam, masih ada pusingan U demi sebuah tekad untuk berubah.
KESYUKURAN yang setulus dan tidak terˇkira dirafakkan ke hadrat ALLAH kerana dengan keizinan-NYA jua buku Merintis Kecemerlangan Islam: Sumbangan, Cabaran dan Masa Hadapan Umat Muhammad ini dapat disempurnakan penulisannya. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad, pembawa obor kebenaran dan pembina tamadun insan sejagat. Selawat dan salam juga kepada para sahabat, keluarga serta pengikut baginda hingga ke hari kiamat. Buku ini ditulis berdasarkan satu hasrat iaitu sebagai pelaksana amanah agar ilmu yang sedia ada walaupun sedikit, dapat disebarluaskan. Ia juga merupakan satu realisasi daripada arahan Rasulullah yang menggesa “sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat.”
Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud: Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. - Surah al-Imran: 185 SEMENJAK di lohmahfuz lagi, kematian kita telah direncanakan oleh ALLAH S.W.T. Walaupun mati itu pasti, namun tiada seorang pun mengetahui bila dan di mana Izrail akan menjemput kita menghadap ILAHI. Usah jadikan rahsia tersebut sebagai alasan untuk kita tidak mempersiapkan diri menghadapi detik-detik sakaratulmaut. Sesungguhnya dari tanah kita berasal, kepada tanah jualah kita dikembalikan. Setiap yang kita miliki di dunia ini, satu per satu akan diambil semula oleh Pemiliknya. Dunia hanyalah pinjaman semata-mata. Selagi jasad masih bernyawa, rebutlah peluang menggandakan amal ibadat demi menjadi hamba-NYA yang cemerlang di akhirat sana. SOALAN BOCOR DARI KUBUR ini mengupas setiap persoalan yang akan ditanya oleh Munkar dan Nakir di alam barzakh nanti. Sematkan di dalam hati akan hakikat sebuah kematian dan pertemuan dengan Yang Maha Pencipta. Persiapkanlah diri dengan amalan soleh, mudah-mudahan kita bakal ditempatkan di syurga firdausi yang kekal abadi.
44 Rahsia Bina Hati Bahagia menjadi panduan kepada hati-hati yang ingin meninggalkan sejarah hitam. Naskhah ini juga menjawab permasalahan hati kerana masa-masa silam dahulu. Ayuh! Ubahlah segera hati ‘hitam’ kepada hati ‘emas’. Pasti, ALLAH akan membantu.
LUMRAH kehidupan... ada yang mahu berkahwin awal kerana ingin menghalalkan yang haram. Namun, tujuan itu tidak akan diam tanpa cubaan. Pun begitu umur bukanlah persoalannya, tetapi persediaan dari aspek tanggungjawab dan cabaran alam rumah tangga perlu diutamakan. Maka, untuk memastikan hierarki kasih sayang dalam rumah tangga dapat dibina dengan sempurna, diri sendiri harus di'islah' terlebih dahulu. Jadikan titipan al-Quran dan sunah sebagai panduan agar perkahwinan berpaksikan Islam bukannya nafsu semata-mata. KAHWIN PADA USIA MUDA: BAHAGIA ATAU DERITA? Sebuah perkongsian realiti yang diselitkan sketsa kehidupan rumah tangga. Hayatilah... mudah-mudahan panduan ini membantu kita membina keluarga bahagia.
AL-MASIH ISA putera Maryam, seorang Rasul mulia utusan ALLAH untuk semua Bani Israel pada ketika itu. Ajaran baginda ditaati para hawariun, pembantu setia yang tidak pernah lelah berjuang mempertahankan tauhid pada Yang Esa. Paul hadir lalu mencorak citra baru ajaran baginda. Kristianiti muncul dan lakarannya pula tidak senada. Tapi ia mampu mencapai agenda, mencuri hati para pemujanya. Islam datang lantas diterima warga dunia. Katanya ALLAH itu Esa, Isa itu kekasih-NYA. Inilah yang diuar-uarkan saat Muhammad menjadi pesuruh-NYA. Dan ia akan terus berkumandang sehingga tibanya saat yang pasti… Namun, jalan tauhid itu penuh cabaran. Diuji para hamba-NYA sebagai bukti tanda keimanan.Sesungguhnya Islam sudah lama bertapak di sini. Kehadirannya tidaklah semudah yang disangka. Banyak cabaran yang dilalui hingga menggugat kedudukannya di tanah bertuah ini. Justeru, bagaimanakah cara terbaik untuk menghadapinya? Ingatlah... pertahankanlah akidah! Jangan ragu-ragu! Inilah satu-satunya harta yang kita ada! Bekalan saat bertemu dengan-NYA.
AL-FATIHAH mencerminkan intipati al-Quran yang seharusnya dibaca dengan penuh penghayatan, tafakur dan tadabur agar segala butiran dapat diambil dan diamalkan tanpa ragu. Namun, pernahkah kita terfikir untuk mengetahui maksud ayat-ayatnya? Mendalami setiap patah kalimah & memahami erti serta tafsiran di sebalik setiap ayat? PETUNJUK JALAN LURUS merupakan ringkasan tafsir surah al-Fatihah yang dimulakan dengan sejarah penurunan ayat, nama lain bagi surah tersebut, pengertian setiap ayat dan kesannya di dalam kehidupan serta pentafsiran dari ayat pertama hingga akhir. Juga disertakan fadilat surah ini agar menjadi sebab utama bagi setiap orang agar beriman untuk membacanya saban hari.
"Duka, gundah dan sengsara itu tidak diminta bahkan kita disuruh berlindung dengan ALLAH daripada semuanya. Namun, betapa ajaibnya makhluk yang bernama derita. Ia boleh datang dalam pelbagai rupa, menerjah ke dalam dada dan jiwa. Perasaan itu sukar dikawal bahkan adakala kita sukar mengerti perasaan yang dialami..." "Ujian bagaikan bicara atau sapaan ALLAH agar kita ingat apa yang lupa, ubah apa yang salah atau tambahkan pahala dan padamkan dosa. Hiasilah hidup dengan istighfar, iaitu kembali kepada ALLAH dan mohon ampuwwn kepada-NYA dengan jujur, dengan luhur, dengan khusyuk. Itulah penawar yang akan membuka kebahagiaan. Itulah janji-NYA..."