Welcome to our book review site go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

Disaster! 19 Pengalaman Getir Menghadapi Tragedi dan Bencana
  • Language: ms
  • Pages: 266

Disaster! 19 Pengalaman Getir Menghadapi Tragedi dan Bencana

Malang sentiasa tak berbau. Bas jatuh ke dalam gaung. Kilang terbakar, asap dan jelaga menyelubung. Sungai diracun. Di negara orang, perang meletus. Pesawat hilang di udara. Sekali-sekala gempa bumi menggegar alam. Sekelip mata, nasib manusia berubah. Kehilangan harta, nyawa. Trauma mengekori dan menghantul. Kita hanya sedar apabila mendengar pembaca berita melapor teks di teleprompter, kaku. Di zaman media sosial, kita baca komen dan tonton video yang berlegar, hanya mampu menggeleng kepala. Bagaimana jika kita berada di sana, di tempat mereka? Naskhah ini menghulurkan sudut-sudut pandang mereka yang pernah berdepan situasi getir pelbagai jenis bencana. Ada yang benar-benar menjadi mangsanya. Ada doktor yang menguruskan rawatan. Ada pula wartawan, mengumpul bahan di lokasi. Nah, pakailah kasut mereka, baca apa yang terlihat di mata. Sejauh mana kita boleh menanggung segala emosi yang tersayat di indera?

Mencari Frekuensi di Laut Merah
  • Language: ms
  • Pages: 176

Mencari Frekuensi di Laut Merah

Kembara Kewartawanan: Mencari Frekuensi di Laut Merah merupakan karya daripada seorang wartawan muda yang pernah berkhidmat di TVAlhijrah dan IKIMfm. Melalui pengalaman kewartawanan di beberapa negara seperti Gaza, Mesir, Jordan, Arab Saudi, Turki, dan Greece, kisah perjalanan ini dirakamkan agar pembaca sedar bahawa pengalaman inilah yang akan menjadi memoir dalam lipatan kerjaya. Dengan latar pengajian daripada Universiti Al-Azhar, Mesir, beliau membawa pembaca menelusuri detik-detik sepanjang di dalam bidang penyiaran.Kesinambungan kisah-kisah ini diadun kemas melalui perjalanan realiti seorang wartawan dalam bidang penyiaran dan radio.

KOTA SUBUH
  • Language: ms
  • Pages: 78

KOTA SUBUH

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2013
  • -
  • Publisher: ITBM

None

Antologi Puisi: KOTA TULIP
  • Language: ms
  • Pages: 140

Antologi Puisi: KOTA TULIP

  • Type: Book
  • -
  • Published: Unknown
  • -
  • Publisher: ITBM

None

IZRAIL SIBUK DI GAZA
  • Language: ms
  • Pages: 230

IZRAIL SIBUK DI GAZA

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2014
  • -
  • Publisher: ITBM

None

Saya Ialah Satria dalam Cerita yang Saya Karang
  • Language: ms
  • Pages: 208

Saya Ialah Satria dalam Cerita yang Saya Karang

“Saya memanjat almari untuk mencapai topi berbulu ushanka. Lipatan di atas topi tersebut dibuka membolehkannya menutupi telinga Saya yang sedikit capang. Ushanka ini ialah hadiah daripada seorang nenek yang tinggal bersendirian di sebuah pekan kecil di sebelah barat daya kota urban metropolitan Moscow. Saya menjadi resah dan serba salah sejak kembali memegang kamera itu. Ia seperti seorang gadis jelita yang mempunyai persona dan mampu berkata-kata dengan pujukan mesra. Sungguhpun telinga Saya tertutup dengan ushanka tetapi ia tidak cukup kedap untuk menyerap bunyi misteri ini. Dengan topi ushanka yang berbulu, Saya mengambil gambar sendiri. Argh. Serta-merta itu juga Saya seperti disedut ke dalam kamera tersebut.” –petikan cerpen DSLR Naskhah ini mengumpulkan 16 cerpen realisme magis yang memerangkap pembaca dalam dunia kembara diri yang serba labirin, mengkritik masyarakat dari sudut pandang politik dan sosial, dengan Rusia dan Malaysia sebagai latar yang berselang-seli. ****** “Di tangan Khairil Idham Ismail, tabiat bermain kamera boleh bertukar menjadi penjara minda.” –Wan Nor Azriq, novelis

Tiada Mausoleum Buat Mussolini
  • Language: ms
  • Pages: 166

Tiada Mausoleum Buat Mussolini

"Tiada mausoleum bagi Mussolini setelah ideologinya mengeras sebengis kapak, mengayau sulur-sulur nalar dan naluri. kaum buruh terus ditindas dan dibunuh kapitalis yang tumbuh." Lewat puisi yang bertemakan kemanusiaan, religi dan protes, Bintang Kartika menyantuni golongan yang sering dimarginalkan pihak berwenang, malah tidak betah beliau membiarkan keculasan penguasa berleluasa tanpa ditegur selayaknya. - Haizir Othman

#Jangan Kata Abang Tak Payung
  • Language: ms
  • Pages: 210

#Jangan Kata Abang Tak Payung

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2015-12-01
  • -
  • Publisher: Komrad Buku

“...Mahu mencari pil anti-stress dan nasihat yang segar,bacalah karya beliau...” Nor Azizah Aling, Istana Kehakiman, Putrajaya “Buku ini mempermainkan perasaan saya. Mula-mula saya ketawa tidak berhenti-henti... Tiba-tiba, terasa muka ini ditampar oleh realiti...” Hairul Faizal Adli, Penjual Buku Online “...rawatan alternatif bagi merawat hati yang galau...” N. Safinas Ghazali, Kakitangan Kerajaan “...bijak menyelitkan nasihat, sindiran, dan teguran dengan cara yang lebih ‘berlapik’...” Norfadilawati Shamsawi, Suri Rumah “Beliau umpama ahli hikmah yang bermain FB...” Alif Firdaus Azis, Kartunis dan Animator “Baha... kau buat buku ni dengan PTS la, Baha...” Wanzu Alwan (bukan nama sebenar)

Sajak kepada Tuhan
  • Language: ms
  • Pages: 100

Sajak kepada Tuhan

Kumpulan puisi sulung yang mengandungi siri-siri sajak kepada Tuhan, oleh Faisal Mat Zawi, dan sejumlah sajak kritik sosial terhadap masyarakat. Sajak kepada Tuhan (5) Tuhan setelah aku ke sana dan ke mari hilang di waktu petang pulang mengetuk pintu-Mu di waktu pagi seperti anak nakal. aku menuliskan pada-Mu semoga kartu yang bernamaku tetap sampai seperti selalu.

Kau Menjadi Kata-kata yang Tak Sempat Kubaca
  • Language: ms
  • Pages: 122

Kau Menjadi Kata-kata yang Tak Sempat Kubaca

Aku telah memasukkanmu ke dalam bingkai tak bergambar dan menggantungmu ke dinding tak bertiang. Kumpulan Puisi persendirian pertama Hafizul Faiz - penulis yang membina dirinya untuk menjadi penyair romantis yang menjanjikan.