You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
AL-FATIHAH mencerminkan intipati al-Quran yang seharusnya dibaca dengan penuh penghayatan, tafakur dan tadabur agar segala butiran dapat diambil dan diamalkan tanpa ragu. Namun, pernahkah kita terfikir untuk mengetahui maksud ayat-ayatnya? Mendalami setiap patah kalimah & memahami erti serta tafsiran di sebalik setiap ayat? PETUNJUK JALAN LURUS merupakan ringkasan tafsir surah al-Fatihah yang dimulakan dengan sejarah penurunan ayat, nama lain bagi surah tersebut, pengertian setiap ayat dan kesannya di dalam kehidupan serta pentafsiran dari ayat pertama hingga akhir. Juga disertakan fadilat surah ini agar menjadi sebab utama bagi setiap orang agar beriman untuk membacanya saban hari.
Ilmu ILAHI tiada kesudahannya. Semakin digali semakin tidak cukup. Oleh kerana itu, marilah kita menjadi hamba-NYA yang tawaduk, yang tidak malu untuk mengakui kesilapan diri. Elakkanlah menjadi insan yang bangga diri. Bergaullah dengan golongan yang bersih dan luhur lidah mereka, barulah kita kenal akan akhlak mulia. Matlamat nyawa kita bukanlah di atas dunia semata-mata. Nyawa kita masih diperlukan di alam abadi nanti. Ketika itulah tingkah laku di dunia menjadi cagarannya. Nikmatilah setiap denyut nafas yang dipinjamkan-NYA mengikut acuan yang telah ditetapkan syariat. Cara hidup Islam bukan untuk menyusahkan sesiapa, sebaliknya menjanjikan kebahagiaan abadi yang berganda-ganda.
Bagaimana mengikut Nabi? Adakah dengan menghidangkan kambing, kita sudah benar-benar mengikut Nabi? Ataupun apabila kita makan kurma dan memanggil saudara-mara? Buku ini ada jawapannya
Dalam badan kita ada sesuatu yang disebut sebagai jiwa. Dan ia menjadi sumbu kepada kehidupan seseorang. Justeru nilai kehidupan ini adalah diukur berdasarkan kekuatan jiwa seseorang seperti yang pernah disebut oleh baginda Nabi ﷺ; 'Bukanlah orang yang kuat atau hebat itu mereka yang menang dalam pergaduhan tetapi orang yang kuat atau hebat itu ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.' [HR. Al-Bukhari dan Muslim] Jiwa yang sakit perlu dirawat, oleh itu buku ini ditulis sebagai panduan dalam merawat dan membantu menyembuhkan jiwa-jiwa yang sakit akibat gangguan syaitan dan tipu-dayanya. Semoga ianya dapat memberikan manfaat dan menjawab persoalan umat. Ustaz Emran Ahmad
Hayatilah keindahan didikan jiwa ALLAH SWT ini berasaskan keindahan beragama. Sesungguhnya DIA tidak pernah mencabut sesuatu daripada kita kecuali menggantikannya dengan yang lebih baik andai kita sabar dan redha atas kehilangan yang ditentukan. Ini bermakna kita perlu melihat dengan penuh yakin melalui mata hati bahawa di sebalik kehilangan dan musibah, terdapat ganti serta balasan teragung daripada-NYA....itulah syurga abadi. Jika demikianlah sifat dan sikap yang dimiliki, maka layaklah kita masuk ke syurga sebagai imbalan setelah berjihad, bersabar, berteguh menghadapi ujian dan memurnikan segalanya untuk DIA, merasai pertolongan-NYA dan melupakan semuanya kecuali DIA. Mampukah kita memiliki perwatakan sehebat ini? Cubalah. Yakinlah pertolongan-NYA itu amat dekat.
"Duka, gundah dan sengsara itu tidak diminta bahkan kita disuruh berlindung dengan ALLAH daripada semuanya. Namun, betapa ajaibnya makhluk yang bernama derita. Ia boleh datang dalam pelbagai rupa, menerjah ke dalam dada dan jiwa. Perasaan itu sukar dikawal bahkan adakala kita sukar mengerti perasaan yang dialami..." "Ujian bagaikan bicara atau sapaan ALLAH agar kita ingat apa yang lupa, ubah apa yang salah atau tambahkan pahala dan padamkan dosa. Hiasilah hidup dengan istighfar, iaitu kembali kepada ALLAH dan mohon ampuwwn kepada-NYA dengan jujur, dengan luhur, dengan khusyuk. Itulah penawar yang akan membuka kebahagiaan. Itulah janji-NYA..."
"Kita adalah hamba yang punya tanggungjawab untuk mengabdikan seluruh kehidupan kepada-NYA. Namun, ada ketika kita tersasar sehingga ada yang bertuhankan hawa nafsu. Sucikan hati, luruskanlah semula nurani agar pengabdian hidup kita benar-benar bertuhankan Yang Maha Esa. Maka, usah pernah lupakan-NYA kerana DIA sentiasa mengingati kita." KITA insan yang tidak sempurna. Tetapi, kita adalah makhluk yang istimewa. Akal fikiran yang dikurniakan mengangkat martabat diri melebihi makhluk lain. ALLAH S.W.T Maha Adil dorongan nafsu yang berpaksikan as-syaitonirrajim menjadi kayu ukur darjat keimanan yang dimiliki. Andai pernah tersasar ke lorong hitam, masih ada pusingan U demi sebuah tekad untuk berubah.
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) ALLAH dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati ALLAH banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)." Al-Ahzab : 21 Jauh jarak kita dengan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW umpama langit dan bumi. Lebih 1400 tahun jauhnya sehingga kita kadangkala terasa untuk mengenali baginda itu satu utopia sahaja. Padahal sudah disediakan jambatan antara kita dengan baginda. Jambatan yang menjadi penghubung antara kita dengan Pencipta. Jambatan itu pula adalah himpunan ayat al-Quran dan hadis yang sangat tinggi nilainya. Daripada keduanya...
AL-MASIH ISA putera Maryam, seorang Rasul mulia utusan ALLAH untuk semua Bani Israel pada ketika itu. Ajaran baginda ditaati para hawariun, pembantu setia yang tidak pernah lelah berjuang mempertahankan tauhid pada Yang Esa. Paul hadir lalu mencorak citra baru ajaran baginda. Kristianiti muncul dan lakarannya pula tidak senada. Tapi ia mampu mencapai agenda, mencuri hati para pemujanya. Islam datang lantas diterima warga dunia. Katanya ALLAH itu Esa, Isa itu kekasih-NYA. Inilah yang diuar-uarkan saat Muhammad menjadi pesuruh-NYA. Dan ia akan terus berkumandang sehingga tibanya saat yang pasti… Namun, jalan tauhid itu penuh cabaran. Diuji para hamba-NYA sebagai bukti tanda keimanan.Sesungguhnya Islam sudah lama bertapak di sini. Kehadirannya tidaklah semudah yang disangka. Banyak cabaran yang dilalui hingga menggugat kedudukannya di tanah bertuah ini. Justeru, bagaimanakah cara terbaik untuk menghadapinya? Ingatlah... pertahankanlah akidah! Jangan ragu-ragu! Inilah satu-satunya harta yang kita ada! Bekalan saat bertemu dengan-NYA.
NIKMATKAH MAKSIAT menghuraikan konsep dosa dalam Islam, dosa sepuluh anggota tubuh kita dan mengapa kita melakukannya. Setiap dosa tersebut disertakan dengan jenis-jenis kesalahan yang berkaitan di mana ia tidak hanya tertumpu kepada anggota fizikal sahaja. Malah, hati dan akal juga tidak terkecuali. Ingatlah… kita bertanggungjawab untuk menjaga anggota tubuh kita sebaik mungkin kerana ia akan dipersoalkan nanti. Demi mengukuhkan setiap hujah yang dibentangkan, dalil daripada nas al-Quran dan sunnah dinyatakan dengan jelas untuk pemahaman kita. Sama-samalah kita jadikan perkongsian ilmu ini sebagai renungan, motivasi dan pengajaran dalam kehidupan kita agar terselamat daripada kemurkaan ALLAH S.W.T.