Welcome to our book review site go-pdf.online!

You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.

Sign up

Illusions of Location Theory: Consequences for Blue Economy in Africa
  • Language: en
  • Pages: 466

Illusions of Location Theory: Consequences for Blue Economy in Africa

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2021-01-05
  • -
  • Publisher: Vernon Press

"Illusions of Location Theory: Consequences for Blue Economy in Africa" questions the relevance of ‘location theory’ in explaining the coastal-hinterland continuum and the implications for the utilization of blue economy ecosystem in such a contested space in Africa. It pays more attention to territorial contestations, maritime disputes, vulnerabilities of landlocked states, and expansionist policies as displayed through spatial organizational regimes. These areas of investigation have previously been largely studied from the narrow perspective of ‘location’, unduly focusing on comparative advantages of ‘distance’, while neglecting the influence of ‘forces’ such as technology...

Pengantar Kerja Sosial (UUM Press)
  • Language: ms
  • Pages: 376

Pengantar Kerja Sosial (UUM Press)

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2021-11-01
  • -
  • Publisher: UUM Press

Buku ini diolah bagi membincangkan beberapa perkara asas yang difikirkan amat perlu diketahui dan difahami oleh mereka yang terlibat secara langsung dengan profesion kerja sosial. Buku ini juga disusun untuk memenuhi keperluan bahan bacaan dalam bahasa Melayu dalam bidang kerja sosial di Malaysia. Penerbitan buku ini diharap dapat sedikit sebanyak menampung kekurangan bahan bacaan dan juga sumber rujukan dalam bidang kerja sosial di negara ini. Ia mengandungi penulisan daripada para pensyarah Program Pengurusan Kerja Sosial Universiti Utara Malaysia sejajar dengan perkembangan perkhidmatan sosial dan isu-isu sosial yang semakin kompleks.

Remaja dan Kawalan Sosial Informal (UUM Press)
  • Language: ms
  • Pages: 94

Remaja dan Kawalan Sosial Informal (UUM Press)

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2012-01-01
  • -
  • Publisher: UUM Press

Buku ini memaparkan permasalahan sosial remaja di perumahan pangsa kos rendah. Buku ini menilai adakah sistem hubungan kejiranan sedia ada berupaya bertindak sebagai mekanisme kawalan sosial informal bagi menangani salah laku remaja. Buku ini juga menggabungkan kedua-dua kaedah kuantitatif dan kualitatif serta pengumpulan data menggunakan kaedah tinjauan, temu bual dan pemerhatian. Terdapat perbezaan hubungan kejiranan berdasarkan faktor bangsa ibu bapa dan terdapat hubungan antara hubungan kejiranan dengan salah laku remaja. Subbudaya remaja, keadaan anomie dan kegagalan hubungan kejiranan untuk bertindak sebagai mekanisme kawalan sosial infomal, menjadi punca remaja terlibat dalam pelbagai salah laku.

Pengurusan & Amalan Kerja Sosial (UUM Press)
  • Language: ms
  • Pages: 304

Pengurusan & Amalan Kerja Sosial (UUM Press)

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2011-01-01
  • -
  • Publisher: UUM Press

Buku ini merupakan himpunan artikel yang dihasilkan oleh ahli akademik daripada Program Pengurusan Kerja Sosial, Universiti Utara Malaysia. Ianya dihasilkan bagi memperkasa lagi bahan bacaan ilmiah dalam bahasa kebangsaan berkaitan kerja sosial di negara ini. Buku ini memaparkan dan mengupas pelbagai isu yang berkait rapat dengan pengurusan dan amalan kerja sosial. Buku ini juga mengajak pembaca memahami dan meneliti aspek pengurusan, teori dan amalan kerja sosial yang menjurus kepada pelbagai golongan sasaran dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada kumpulan ini. Antara tajuk yang dibincangkan ialah dasar sosial, pentadbiran organisasi kerja sosial, kebajikan sosial kanak-kanak, kerja sosial di sekolah, kelompok kecil, penglibatan ibu bapa dan kanak-kanak istimewa, remaja dan juvenil, penagihan bahan, stigma dan AIDS serta kepentingan pembelajaran reflektif dalam pendidikan kerja sosial.

DINAMIKA GENDER & PERUBAHAN SOSIAL
  • Language: id
  • Pages: 166

DINAMIKA GENDER & PERUBAHAN SOSIAL

Perbedaan gender tidaklah menjadi masalah sepanjang tidak melahirkan ketidakadilan gender. Namun, ternyata perbedaan gender telah melahirkan berbagai ketidakadilan, baik bagi laki-laki dan terutama terhadap perempuan. Ketidakadilan gender merupakan sistem dan struktur dimana baik kaum laki-laki dan perempuan menjadi korban dari sistem tersebut. Dalam bidang politik, politisi atau komunikator perempuan kurang percaya diri dalam berkomunikasi di panggung politik baik secara formal dan non formal. Interaksi simbolik yang berjalan antara komunikator politik perempuan dengan konstituennya lebih berfokus pada isu-isu permasalahan pendidikan, kesehatan, keluarga dan anak. Apa yang di lakukan tidak ...

Pembangunan Komuniti di Malaysia dan Indonesia (UUM Press)
  • Language: ms
  • Pages: 214

Pembangunan Komuniti di Malaysia dan Indonesia (UUM Press)

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2014-07-01
  • -
  • Publisher: UUM Press

Buku ini menilai kesan pembangunan terhadap komuniti yang merangkumi peluang, isu dan masalah yang dihadapi oleh komuniti terpilih. Antara isu yang mendapat perhatian ialah pembangunan komuniti, praktis kerja sosial dengan komuniti, pemerkasaan komuniti dan isu-isu semasa yang melibatkan komuniti. Buku yang membincangkan komuniti sebelum ini kebanyakannya hanya menumpukan isu pembangunan yang dijalankan terhadap komuniti itu sahaja. Namun demikian, buku ini lebih memberi tumpuan kepada aspek sumbangan bidang kerja sosial terhadap pembangunan komuniti. Golongan sasaran yang dikenal pasti juga merupakan antara tujahan kelompok sasaran dalam bidang kerja sosial yang merangkumi kelompok minoriti...

Perancangan dan Pembangunan Komuniti (UUM Press)
  • Language: ms
  • Pages: 251

Perancangan dan Pembangunan Komuniti (UUM Press)

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2015-01-01
  • -
  • Publisher: UUM Press

Buku ini membincangkan tentang perancangan terhadap program-program pembangunan yang dijalankan serta program pembangunan yang dilaksanakan terhadap sesuatu komuniti terpilih. Buku-buku yang membincangkan komuniti sebelum ini kebanyakannya hanya menumpukan kepada isu-isu pembangunan yang dijalankan oleh pihak kerajaan, swasta atau agensi-agensi tertentu secara global mahupun di peringkat lokaliti. Namun demikian buku ini lebih menumpukan kepada aspek sumbangan bidang sosiologi, psikologi dan kerja sosial terhadap pembangunan komuniti. Beberapa program yang dijalankan melibatkan bantuan kebajikan terhadap komuniti miskin, program ICT, pembangunan komuniti Orang Asli, serta pemulihan dalam komuniti yang melibatkan penagih dadah, pesakit mental dan remaja bermasalah. Buku ini diharap dapat memperkayakan ilmu dalam bidang sains sosial yang merangkumi bidang antropologi, sosiologi, psikologi, kerja sosial, polisi dan pembangunan. Ia juga diharap dapat menambah bahan rujukan kepada para pengkaji komuniti, pensyarah, pelajar Institusi Pengajian Tinggi, perancang bandar dan luar bandar, pihak badan bukan kerajaan (NGO), pengamal kerja sosial dan pembuat polisi.

Tema Baru Penulisan Sejarah (Penerbit UM)
  • Language: ms
  • Pages: 215

Tema Baru Penulisan Sejarah (Penerbit UM)

Buku ini bertujuan memberi dorongan dan pendedahan bahawa penulisan sejarah bukanlah bersifat kaku dan tertumpu kepada aspek tertentu sahaja. Penulisan tradisional dahulu, menekankan hanya bukti tertulis sahaja dikatakan sejarah dan tumpuan lebih kepada kajian terhadap politik. Oleh itu kajian sosial atau ekonomi dalam penulisan sejarah amat terhad. Namun pada masa kini corak dan pola penulisan sejarah sudah berubah berkaitan sejarah manusia dengan pandangan lebih menye-luruh. Ini membuktikan bahawa kajian dan penulisan sejarah adalah bersifat dinamik serta mempu-nyai ruang untuk menyelongkar isu dan tema baru. Dalam masa sama, kaedah dan sumber yang digunakan turut divariasikan dengan memanfaatkan sumber lisan, visual dan pelbagai disiplin ilmu lain. Usaha dijalankan itu memperkukuh lagi pengajaran dan pemahaman dalam bidang sejarah. Inilah yang diketengahkan melalui buku ini dengan merangkumi tema baru penulisan sejarah

Cabaran dan Pendekatan Pendidikan Semasa Pandemik Covid-19 (UUM Press)
  • Language: ms
  • Pages: 286

Cabaran dan Pendekatan Pendidikan Semasa Pandemik Covid-19 (UUM Press)

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2023-03-19
  • -
  • Publisher: UUM Press

Buku ini membincangkan pelbagai isu dan cabaran dalam bidang pendidikan semasa era pandemic COVID-19. Buku ini ditulis melalui koleksi penulisan yang bertumpu kepada isu dan cabaran yang dihadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran semasa pandemik iaitu merangkumi transisi pengajaran dan pembelajaran, integrity akademik dan kejujuran ilmiah, pengaplikasian teknologi digital, perspektif pengguna iaitu pelajar terhadap kesan pandemik dan perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran serta cabarannya kepada kumpulan sasar yang berbeza. Secara umumnya, bab-bab ini ditulis berdasarkan kajian yang dijalankan secara empirikal, kajian kepustakaan dan pengalaman yang berlatar belakangkan situasi semasa COVID-19 di Malaysia. Kesinambungan isu yang dibincangkan menarik pembaca untuk mempertingkatkan pengetahuan dan memahami implikasi yang wujud dalam pendidikan semasa pandemik COVID-19 dengan lebih menyeluruh.

Konsep Pentadbiran Awam (UUM Press)
  • Language: ms
  • Pages: 443

Konsep Pentadbiran Awam (UUM Press)

  • Type: Book
  • -
  • Published: 2012-01-01
  • -
  • Publisher: UUM Press

Pentadbiran awam merupakan satu bidang yang umum (generic) dan merangkumi segala aspek kehidupan manusia. Pentadbiran awam menaungi pelbagai cabang bidang kajian dan juga menjadi teras pengetahuan (body of knowledge) kepada beberapa bidang penting yang lain. Dari segi asal usulnya, pentadbiran awam merupakan cabang kepada bidang sains sosial yang luas itu. Oleh itu, bersama-sama bidang ini terdapat beberapa lagi bidang lain yang berkongsi teras pengetahuan yang sama. Keadaan ini menggambarkan bahawa bidang pentadbiran awam merupakan satu bidang yang mengandungi pelbagai disiplin (multidisciplinary). Kajian atau pemahaman terhadap bidang ini tidak akan lengkap tanpa turut memberi perhatian kepada bidang berkaitan yang lain juga. Banyak istilah dan konsep dalam pentadbiran awam menjadi istilah jenis ‘guna sama’, iaitu dikongsi bersama dengan bidang yang lain. Kedudukan sebenar bidang ini perlu dijelaskan untuk meningkatkan pemahaman atau menghuraikan kekeliruan tentang bidang yang umum ini, serta pertindanan dengan bidang yang lain.