You may have to Search all our reviewed books and magazines, click the sign up button below to create a free account.
Bilangan muka surat : 166 Isbn : 9789672361343 ISI KANDUNGAN Mukadimah 1 Bahagian A Keutamaan Berdoa 5 Bahagian B 21 Rahsia Doa Mustajab 25 Bahagian C Adab-Adab Ketika Berdoa 109 Bahagian D Golongan yang Dimustajabkan Doanya 137 Penutup Andai Doaku Tak Kunjung Tiba 151 Biodata Penulis 159
Buku ini merupakan sebuah perkongsian daripada Cikgu Mohd Hairi Bin Nonchi mengenai 14 panduan yang harus dijadikan pegangan dan amalan oleh para pelajar agar mereka memperoleh kejayaan yang cemerlang, bukan sahaja di dunia malah di akhirat kelak. Dengan laras bahasa yang mudah difahami , disulami dengan ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW yang sahih serta diperkukuh dengan pengalaman penulis sebagai seorang pendidik, menjadikan buku ini amat sesuai untuk dimiliki oleh semua lapisan pelajar,guru mahupun ibu bapa.
Malaysian Human Rights Report 2017 SUARAM’s Annual Human Rights Report on Malaysia is widely recognized as the most objective, comprehensive and dependable source of information on the state of human rights in Malaysia. It documents the human rights violations of all the fundamental liberties as well as the struggles of human rights defenders that take place in Malaysia during the year. In 2017, Malaysia struggled with growing repression as the 14th General Election approached. With the competition for political dominance, freedom of expression became the victim and there was widespread arrest, detention and prosecution for online comments made on social media, and the silencing of print a...
Membentangkan perbahasan mengenai niat yang ikhlas dan amal yang benar. Perbincangan ini amat penting kerana telah wujud salah faham di kalangan masyarakat Islam berkenaan dengan persoalan niat yang ikhlas. CUKUPKAH SEKADAR NIAT memberi penekanan akan pentingnya mengkaji setiap amalan yang dilaksanakan. Ini amat mustahak memandangkan sebahagian daripada ibadat kita sudah diresapi unsur-unsur bidaah yang sama sekali tidak pernah mendapat keizinan daripada ALLAH dan Rasul-NYA. Mudah-mudahan, pengisian buku ini akan dapat membetulkan kembali salah faham yang menyelubungi pemikiran segelintir umat Islam
KESYUKURAN yang setulus dan tidak terˇkira dirafakkan ke hadrat ALLAH kerana dengan keizinan-NYA jua buku Merintis Kecemerlangan Islam: Sumbangan, Cabaran dan Masa Hadapan Umat Muhammad ini dapat disempurnakan penulisannya. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad, pembawa obor kebenaran dan pembina tamadun insan sejagat. Selawat dan salam juga kepada para sahabat, keluarga serta pengikut baginda hingga ke hari kiamat. Buku ini ditulis berdasarkan satu hasrat iaitu sebagai pelaksana amanah agar ilmu yang sedia ada walaupun sedikit, dapat disebarluaskan. Ia juga merupakan satu realisasi daripada arahan Rasulullah yang menggesa “sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat.”
Corona Virus yang membawa kepada wabak Covid-19 ini telah berjaya meragut ribuan nyawa manusia. Namun amat mendukacitakan apabila, dalam suasana negara sedang bergelut dengan kekalutan ini, wujud pula segolongan manusia, termasuk agamawan dan selebriti terkenal, menghasut masyara supaya tidak perlu bimbang terhadap ancaman wabak tersebut, lantas meninggalkan segala ikhtiar yang boleh menghindarkan mereka daripada bahaya yang dibawa bersamanya. Sekilas pandang, kenyataan-kenyataan yang diungkapkan oleh golongan ini kelihatan indah dan mirip kepada kebenaran. Namun pada hakikatnya, ia adalah sebuah kebatilan yang bukan sahaja berpotensi mendatangkan kemudaratan kepada kesejahteraan manusia, tetapi juga boleh menggugat kestabilan negara dan merosakkan citra ajaran Islam yang murni. Sekalipun buku ini secara khusus menyentuh isu-isu berkaitan wabak Covid-19, namun secara umumnya, segala pengajaran, nasihat, saranan dan amalan yang terkandung di dalam buku ini juga boleh diaplikasikan pada semua bentuk musibah yang dihadapi oleh setiap Muslim.
Menjelaskan mengenai peristiwa-peristiwa aneh yang terjadi ketikan kelahiran bagind SAW. Adakah benar atau sebaliknya.
AL-MASIH ISA putera Maryam, seorang Rasul mulia utusan ALLAH untuk semua Bani Israel pada ketika itu. Ajaran baginda ditaati para hawariun, pembantu setia yang tidak pernah lelah berjuang mempertahankan tauhid pada Yang Esa. Paul hadir lalu mencorak citra baru ajaran baginda. Kristianiti muncul dan lakarannya pula tidak senada. Tapi ia mampu mencapai agenda, mencuri hati para pemujanya. Islam datang lantas diterima warga dunia. Katanya ALLAH itu Esa, Isa itu kekasih-NYA. Inilah yang diuar-uarkan saat Muhammad menjadi pesuruh-NYA. Dan ia akan terus berkumandang sehingga tibanya saat yang pasti… Namun, jalan tauhid itu penuh cabaran. Diuji para hamba-NYA sebagai bukti tanda keimanan.Sesungguhnya Islam sudah lama bertapak di sini. Kehadirannya tidaklah semudah yang disangka. Banyak cabaran yang dilalui hingga menggugat kedudukannya di tanah bertuah ini. Justeru, bagaimanakah cara terbaik untuk menghadapinya? Ingatlah... pertahankanlah akidah! Jangan ragu-ragu! Inilah satu-satunya harta yang kita ada! Bekalan saat bertemu dengan-NYA.
Imam Shaykh al-Islam Taqiyuddin Ahmad Ibn Taymiyyah (1263-1328M), seorang mujtahid yang lahir sebagai penyelesai masalah umat. Hadir berbekalkan keimanan yang jitu dan ketajaman akal fikiran, kewibawaan beliau tidak mampu diganggu gugat. Bukti kebijaksanaan termaktub pada himpunan fatwa-fatwa di dalam karya besar beliau yang bertajuk Majmu Fatawa Shaykh al-Islam Ahmad Ibn Taymiyyah. Secara umum, Khazanah Cinta ILAHI merupakan terjemahan ringkas sebahagian daripada ijtihad-ijtihad beliau. Naskhah ini mendedahkan kepada kita cara terbaik untuk meraih cinta ALLAH melalui proses penyucian jiwa (tazkiyah al-nafs) yang digarap daripada wahyu-NYA.
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) ALLAH dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati ALLAH banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)." Al-Ahzab : 21 Jauh jarak kita dengan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW umpama langit dan bumi. Lebih 1400 tahun jauhnya sehingga kita kadangkala terasa untuk mengenali baginda itu satu utopia sahaja. Padahal sudah disediakan jambatan antara kita dengan baginda. Jambatan yang menjadi penghubung antara kita dengan Pencipta. Jambatan itu pula adalah himpunan ayat al-Quran dan hadis yang sangat tinggi nilainya. Daripada keduanya...